Thursday, December 17, 2009

Tauliah sementaraku dari JAIS berakhir

Syukur,Alhamdulillah kerana dengan nikmat kurniaannya aku masih lagi dapat meneruskan perjuangan ini dan masih lagi boleh berbicara mengenai nikmat nya yang tidak akan dapat dibalas oleh insan yang lemah ini yg bernama Zulwafi...aku bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberi aku peluang untukku menyumbangkan sesuatu untuk agama yang diredhoinya,yakni ISLAM...walaupun sumbangan aku ini tidak seberapa namun aku berharap apabila aku disoal olehnya nanti.."APAKAH SUMBANGAN DIKAU KEPADA ISLAM",insyaallah..aku ada sesuatu untuk ditunjukkan.
"Abang nak pangil ustad ke nak panggil abang Zul"
-adik2 bertanya
Tidak ku sangka tujuan ku berjumpa untuk menanyakan pada seorang ustad mengenai ada atau tidak Usrah disini,kerana aku merasakan hari aku tidak terisi dengan perkara yang berfaedah lantas aku ditaklifkan sebagai guru sementara kerana kekurangan tenaga pengajar bagi sebuah program anjuran JAIS yang dilakukan bagi setiap masjid di Selangor "Program Daurah Kefahaman ISLAM dan Penghayatan Al-Quran Remaja Negeri Selangor"untuk mengisi masa lapang adik2 di sungai choh mengenai perkara2 asas fardhu ain dan sebagainya,program ini disertai oleh 100 orang peserta dari umur 8 hingga 16 tahun yang dijalankan selama 4 minggu.

"Ustad saya ni tak berapa tahu sangatlah tentang nak mengajar ni terutama Tajwid,saya lemah sikit"..Zulwafi.

"Boleh..ajar asas je"...Ustad Khaizir.

It's not easy to teach especially for candidates below 12years old..phew, memang memeningkan macam -macam perangai yang mereka tunjukkan tetapi ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan,sedikit tips untuk mendidik adik2:-insyaallah...

1.Sentiasa senyum
2.Jangan melenting jika mereka melakukan kesalahan.
3.Sentiasa bersama mereka.
4.Belanja mereka.
5.Sentiasa mendengar apa yg mereka ingin katakan.
6.Sentiasa mengingatkan mereka perkara2 yg baik.
7.Sentiasa menjawab persoalan mereka.

Mungkin ini dapat membantu kita untuk kita mencari penganti kita pada masa hadapan,aku amat menghargai mereka...bila waktu terakhir aku bersama mereka,ketika "sesi salam semut" aku merasakan satu semangat untuk aku terus berjuang,aku mempunyai matlamat aku sendiri iaitu aku ingin mengubah kampungku sendiri sehingga tertegaknya pemerintahan ISLAM.Aku juga bersyukur kerana aku dapat mencari beberapa orang adek2 yg igin mengikuti usrah denganku ada diantaranya faham tentang usrah dan ada diantaranya baru mengenali dan ALHAMDULILLAH...aku juga sudah membuat usrah dengan mereka sebanyak 3kali...dan aku ingin bertemu dengan mereka lagi..untuk berusrah..,jika diizinkan ALLAH akan aku menjadikan usrah satu perkara yang penting dikampungku untuk merapatkan Ukhwah mereka..

Ketika program daurah dilaksanakan perkara yg aku titik beratkan kepada adik2 ialah mengenai masalah sosial remaja:-

1;Mengenai cerita lucah bukan cerita kartun.
2.Couple bukan perkara ringan.
3.Aurat mereka.
4.Adab mereka dengan Ibubapa.

Akhir kata,walaupun berakhirnya program daurah ini dan juga usrah pada tahun ini wajah2 adik2ku tidak akan terpadam dari ingatan ini,"aku berharap sumbangan aku untuk ISLAM tidak akan putus" bukan hanya ia berakhir sepertimana tauliah sementaraku berakhir pada 24/12/2009....Insyaallah...

Barisan FASILITATOR... Ok...adek2 semua bleh beratur.... Adek2 in my group.. Adek2 muslimin berjaya mendapat SIJIL dari JAIS...Tahniah... Muslimat sejati mendapat SIJIL...insyaallah...EH anak sape la ni? abg irfan,abg zul,abg am dan danish SENYUM..... 7 Golongan yg mendapat perlindungan dibawah ARASY ALLAH di akhirat kelak:-
Diantaranya ialah golongan dimana mereka bertemu dan berpisah kerana ALLAH..
INSYAALLAH KITA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH

Monday, December 14, 2009

CinTa BHg 2

"Ibu ku berkata kepadaku,Epi kalau kat matrik nanti jangan cari ilmu dunia sahaja carilah ilmu agama juga"...Pesanan Maslah Bnti Taib.

Itulah kata2 CINTA ibu kepada anaknya,Alhamdulillah apa yang ibuku seruhku car, akhirnya ku temu jua...Indahnya cinta Ibu kepada kita sehinggakan dia memikirkan kebaikan kita didunia dan diakhirat,Namun adakah kita mencintai ibu kita?Adakah segala suruhan yg ibu ingin kita laksanakan,kita laksanakan?...Ingatlah teman,ibu berkorban untuk kita,menahan segala kesakitan semata2 utk kita,sanggup berhempas pulas hanya utk kesenangan kita...

"Epi balik bila? nak suruh Abah ambil ke?"..Kata Bahaudin B.Watab.
"Abah terima kasih kerana tolong hantar dan ambil Epi kat Universiti?"...Kata2 Zulwafi
"Itulah tanggungjawab seorang bapa"...Kata Bahaudin B.Watab.

Cinta Ayah kepada anaknya,tidak kira penat dan lelah untuk memudahkan kita...Sehinggakan kita berasa segan untuk meminta bantuan darinya..Sahabat kadang kala,mgkin kita tidak sehaluan dengan Ayahanda kita,mungkin ayah mengatakan ini benar dan harus diikut tetapi berbeza dengan kita yang mengatakan ia salah jalan ini baru benar...Sahabat berlapanglah Dada utk Ayahanda kita selagi ia tidak mengakibatkan aqidah kita....

Sahabat bertanya kepada Rasulullah:-

"siapakah yang perlu kita sayang selain ALLAH dan RASULULLAH?"

Rasulullah menjawab:-

"Ibu,Ibu,Ibu,Ayah"

Sahabat...tingginya Darjat seorang ibu dan ayah kepada kita...Janganlah kita leka kepada benda yang lain sehinggakan perasaan ayah dan ibu kita tidak ambil peduli...Islam mengajarkan kita menghormati ibubapa kita,sentiasa ambil peduli tentang ibu kita dan Allah memurkai hambanya jika tidak menjaga perasaan hati ibubapa kita.Jangan biarkan ibubapa menangis kerana kemurkaan kita,biarlah ibubapa menangis kerana kejayaan kita.

Sahabat sentiasalah membuat IBUBAPA TERSENYUM kerana SENYUMANNYA ITU MEMBAWA ERTI KEREDHOAN ALLAH KEPADA KITA..ingatlah keredhoan Allah terletak kepada keredhoan ibubapa kita dan ALLAH AKAN MEMBERIKAN SERTA MERTA BALASAN JIKA KITA MENDERHAKA KEPADA IBUBAPA KITA...

Cintalah IbuBapa kerana ia cinta tulus suci selamanya...

Aku seorang anak yang kurang mendengar kata2 ibu mahupun bapa,aku seorang anak yang sentiasa membuat kelaianan dalam keluargaku,sehinggakan satu masa aku dibelasah oleh ibuku sampai kepalaku berada ditanah kerana mengikuti rakan kesatu tempah yang jauh dengan menaiki basikal,dan aku juga pernah dirotan dengan besi sehinggakan aku berguling di halaman kerana pergi lombong mengikuti rakan...Akhirnya baruku sedari betapa Cintanya ibu kepadaku

Abah..Emak ...Saya sayangkan DIRIMU...I'm proud to be your son...(alangkah indahnya jika abah,emak dapat membaca blog ini)

Wednesday, December 9, 2009

CiNta Bhg 1

Assalammualaikum…syukur kepada ALLAH kerana masih lagi diberi nikmat untuk menulis pada kali ini tanpa nikmat yg diberikan olehnya maka tangan ini tidak mungkin akan menulis,kali ini saya ingin membicarakan satu pendapat atau lebih kepada pengalaman diri mengenai Cinta manusia….sejauh manakah cinta manusia ini memberikan kebaikan kepada individu…adakah semua cinta manusia itu buruk?....Cinta is equal to Sayang...

Adakalanya cinta manusia itu timbul kerana kasihkan kepada sahabatnya,mencintai sahabatnya lebih daripada diri sendiri….itulah merupakan tingkatan ukhwah yg tertinggi…Ia bukan mudah untuk dicapai tetapi memerlukan usaha yg gigih…ini merupakan sedikit tips2 yg diperolehi utk kita lebih mencintai sahabat kita:-

External – 1)Sentiasa senyum kepada sahabat ketika berjumpa.
2)Makan bersama.
3)Sentiasa berhubung(Masej).
4)Sentiasa ziarah sahabat.
Internal - 1)Muhassabah diri.
2)Ikhlaskan hati bersahabat.
3) Sentiasa berlapang dada kpd sahabat.

Cinta merupakan fitrah manusia tipulah seseorang itu jika mengatakan dia tidak mempunyai perasaan kepada seseorng yg bernama wanita bagi lelaki dan lelaki bagi wanita….namun dengan Islam yg menjadikan Cinta ini terjaga agar ia tidak menjadi sesuatu yg buruk kepada individu mahupun masyarakat…Islam tidak pernah untuk menghalang kita bercinta tetapi islam menjadi pendidik agar cinta manusia tidak melebihi cinta kepada Ar-Rahman…

Jangan pula kerana bercinta kita pun leka entah kemana,jangan pula kerana cinta maruah agama tergadai….Cinta yg sejati hanya cintakan ilahi ,cinta ayah bonda tulus suci selamanya ,cintakan saudara masa berada hanya sementara,cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.

Aku jatuh cinta kerana wajahnya indah tanpa memikirkan jarak diantara aku dan dia sangat berbeza lantas cara utk memilikinya berdoa kepada tuhan yg esa agar bertemu di satu masa,tetapi aku sebenarnya tertipu dengan rupa parasnya baru ku sedar cintaku bertukar pada yg esa kerana asyik memohon padanya untuk memiliki sidia,diuji kali ini bukan dengan rupa parasnya tetapi dengan akhlaknya,lantas hatiku menjadi gundah gulana…lalu aku berkata pada yg maha esa “jika sidia diciptakan untuku maka satukan hati kami satu hari nanti tetapi jika dia bukan diciptakan untukku maka redholah hatiku dengan ketentuanmu”…Akan ku mencari Cinta yg Hakiki kerana Cinta ILAHI merupakan cinta abadi…Takkan aku mengalah untuk bercinta dengan mu YA ALLAH…I LOVE YOU ALLAH…Cuma cintaku ini belum diuji…adakah aku hanya berkata2 shj atau dari hati…..

Wednesday, October 28, 2009

EXAM siNONem Dgn KehiDupan KIta

Alhamdulillah bersyukur kepada RABB..dgn kurniannya kami telah berjaya melaksanakan kem "anak soleh solehah" yg diadakan di KEDAH [it was very nice journey for me,especially I want to share it with everyone but I need something else to write on this blog]...
Exam merupakan perkara biasa yg sering dihadapi oleh semua manusia ,ia bukan sekadar diambil oleh para2 pelajar /para2 intelektual sahaja malahan ia berlaku kepada semua manusia ..mungkin ia lebih sesuai di panggil ujian ..[ujian=exam]..Sebagai seorang Mahasiswa yg sering dikaitkan dengan golongan intelektual namun setakat mana golongan ini berguna kepada masyarakat..sebagai seorang mahasiswa WE ARE 3rd VOICE OF THE PEOPLE...oleh itu golongan ini tidak seharusnya BEBAL...

Exam juga dikatakan sebagai jalan untuk membezakan tahap kebijaksanaan seseorang namun sejauh manakah kebijaksanaanya itu memberikan satu kelebihan kepada dirinya ataupun kepada masyarakat justeru ISLAM merupakan penyelesaiannya...
Namun kadang2 diri ini berfikir adakah apa yg kita pelajari dapat kita aplikasikan dalam pekerjaan kita ataupun dalam kehidupan ...banyak didengari dari pendengaran ini bahawa apa yg di pelajari berbeza dengan pekerjaan yg dilakukan(sangat berbeza)...kadang2 kita risau akan result yg bakal diterima setelah menduduki peperiksaan takut2 GAGAL tetapi adakah kita risau akan result kita diakhirat nanti diberi kepada tangan kiri???[renungkanlah]..

SAHABAT sekalian ..

Usahlah dirimu risau akan result yg akan diterima nanti namun apa yang harus dilakukan hanyalah buat yg termampu,mengikut pengalaman diri ini MALAS is the oNE THat CAUSE ouR RESUlt to failed..sampai hari ini penyakit ini masih lagi di belenggu diri..sama2lah kita cuba hadapi penyakit ini...Exam dikatakan sinonem dgn diri kita kerana setiap kali kita ingin melangkah kemedan perjuangan yg baru kita akan diuji..ex:-UPSR TO PMR TO SPM TO CGPA...jika kita gagal perjuangan boleh diteruskan tetapi mgkin ia memakan waktu akibat kegagalan yg lepas..namun usah gunda gulana kerana reziki ALLAH berada dimana2 sahaja..kadang 2 rezeki bukan datang kerana kebijaksanaan kita tetapi ia juga mgkin kerana kemahiran yg kita perolehi,justeru kita seharusnya mencari serta mencongkel kemahiran yg ada..manfaatkan sesuatu kemahiran yg diperolehi...

Kemahiran+Kebijaksanaan+tawakal=rezeki yg diberkati

Sayang sekali jika kehidupan kita, kita berjaya dalam segala bentuk EXAM yg diberi sama ada berbentuk intelektual mahupun kehidupan namun jika kita menghadapi exam yg terang-terangan jawapannya diberi tetapi kita memperolehi RESULT diakhirat di TANGAN KIRI maka kita GAGAL BUAT SELAMA2NYA..there is NO REPEAT or taking Short SEM..

"Ia sangat dibenci oleh ALLAH jika kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan"(AS-SAFF-3)
diharap diri ini terlepas dari golongan yg dibenci oleh ALLAH ..nasihat yg diberikan hanyalah untuk diri dan sahabat sekalian..BERSYUKURLAH KITA MERUPAKAN UMAT NABI MUHAMMAD ..yg diberikan pelbagai kelebihan dari ALLAH ..yg baik dtg dari ALLAH dan buruk juga dtg dari ALLAH tetapi disandarkan pada diri yg lemah ini,Selamat menjalani peperiksaan bagi seluruh mahasiswa ..Sekian,SALAM 1 MALAYSIA..
my last day at semesco after spm exam

seronok gila da habes exam ...he

Study2 kat kampk he..yg pakai sweater tu sifu& supplyer makanan..he

Sunday, October 11, 2009

2 Forum In One DAY..

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana berjaya melaksanakan 2 forum anjuran seksyen a15 bagi forum yg pertama dan Saham bagi forum yg ke2 di universiti malaysia pahang(ump)...bukan mudah bagi mengarah 2 forum dalam 1 hari walaupun pelbagai permasalahan yg dihadapi tetapi ia tetap diteruskan jua..
JUMAAT(9/10), JAM 2.30-3.30 PTG...MASJID UMP.

Forum "bicara siswa:peranan visi dan misi ump kepada mahasiswa ump"...ia merupakan forum yg dilaksanakan sempena minggu tamadun..pelbagai kesulitan dihadapi utk mencari panel...Syukur akhirnya YDP MPP08/09 dan YDP MPP 07/08 sudi menjadi ahli panel...Selaku moderator bukan mudah utk berbicara dengan mereka yg dikatakan sebagai "pemimpin bayangan negara"....




Disebelah kiri moderator ialah saudara Salman bin Razeni(YDP MPP 07/08) & dihujung saudara Mohammad Suffi bin Kamari(YDP MPP 08/09)...perkara yg dibincangkan lebih menjerumus kepada bagaimana utk mencapai visi & misi ump iaitu menjadi sebuah universiti teknikal bertaraf dunia..Saya tertarik dengan kata2..ahli panel...

Suffi :Mahasiswa berbeza dengan Siswa kerana Mahasiswa merupakan satu title yg bukan boleh dibuat mainan..mahasiswa perlu berubah dengan mentransformkan diri dan bukan hanya sekadar duduk diam dengan hanya belajar....

Salman: Ump merupakan satu2nya universiti yg unik krn mempunyai nilai teras yg tiada pada universiti lain iaitu "Stronger with the creator"(hubungan kuat dengan maha pencipta)....kita bukan hanya perlu membangun dari sudut kemudahan,pembanggunan sesebuah universiti saja tatapi perlu seiring sahsiah dan pengetahuan..

Keseluruhan perbincangan daripada forum ini mengatakan" mahasisawa perlu berubah.." bagi mencapai visi dan misi sesebuah universiti itu sendiri..Ayuh Mahasiswa kita berubah bagi mencipta satu tamadun yg membangun dari pelbagai aspek dalam kehidupan...disamping mengejar keredhoan ilahi..

JUMAAT(9/10),JAM 9-11 MLM...SAME PLACE..

Satu gerak kerja yg ditubuhkan oleh unit dakwah dalaman saham bagi mengendali sebuah program iaitu "program samalam bersama masjid" yg merangkumi Forum yg bertajuk "Bicara cinta:Hatiku milik siapa?" serta Qiammulail perdana...walaupun perancangan program ini hanyalah seminggu namun ia berjaya dilaksanakan dengan prestasi yg cukup baik..

Abdul Basith selaku moderator dan panel diantara staff2 ump,dihujung ialah DR Sugeng Ariyono dan disebelah moderator ialah Ustad Tuan Sidek bin Tuan Muda bagi membincangkan satu topik yg berkait rapat dengan kehidupan remaja masa kini...Sebelum forum berlangsung sebuah rakaman video telah dipertontonkan kepada para penonton...mengenai apakah pandangan masyarakat Ump tentang milik siapakah hati ini?...ramai berpendapat hati ini milik tuhan yg satu syukur ...namun segelintir yg keliru...

Objektif Forum ini sebenarnya adalah untuk memberikan satu kefahaman kepada pelajar Ump bagaimana untuk mencari cinta yg diredhoi...Bagi sesiapa yg bercinta:-

Surah An-NUR:26.."..wanita yg baik utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik utk wanita yg baik"..Telah tercatat diseungkap nama d Luh Mahfuz utkmu cuma peribadinya ditentukn sejauh mana ketinggian peribadimu..TEGUHKAN CINTAMU KEPADA YG HAKIKI..jadilah yg soleh utk memperolehi yg solehah...

Akhir kata ...Kepada seluruh sahabat kmpk marilah kita mendoakan kebahagiaan PUAN JU(miss ju sblum kahwin) hingga ke anak cucu... Sory kak mas mulu xleh nak bersuara malam tu ..hee..

Sunday, October 4, 2009

Dia Kekasih ALLAH

Malu rasanya ,
Mengatakan Cinta,
Kepada dia kekasih ALLAH,
Kerana dia insan mulia,
Sedangkan diriku,
Insan biasa.

Ku pujuk jua,
Hati dan jiwa,
Meluahkan rasa,
Cinta membara,
Didalam pujian,
Ucapan selawat,
Tanda penghargaan ,
Seorang ummat.

Selagi upaya,
Ku turuti ajarannya,
Apa terdaya,
Ku amalkan sunnahnya,
Moga didunia,
Mendapat berkat,
Diakhirat sana,
Peroleh syafaat.

Kerana peribadinya,
Aku terpesona,
Kerna budinya,
Aku jatuh cinta,
Rindu kepadanya,
Tiada terkata,
Nantikanlah daku,
Di taman syurga.

Ya rasul...Ku rindu padamu...Syafaatkan daku...
Ya rasul...Syafaatkan Daku...Ku rindu padamu...

Sesungguhnya apa,
Yang ku dambakan,
Adalah cinta,
ALLAH yang esa,
Kerana cinta,
Kepada rasulullah,
Bererti cinta,
kepada ALLAH...

Selagi upaya,
Ku turuti ajarannya,
Apa terdaya,
Ku amalkan sunnahnya,
Moga didunia,
Mendapatkan berkat,
Diakhirat sana,
Peroleh syafaat.

Kerana peribadinya,
Aku terpesona,
Kerna budinya,
Aku jatuh cinta,
Rindu kepadanya,
Tiada terkata,
Nantikanlah daku,
Ditaman syurga...

Sesungguhnya apa,
Yang ku dambakan
Hanyalah cinta,
ALLAH yang esa,
Kerana cinta,
Kepada rasulullah,
Bererti cinta,
Kepada ALLAH..

Sahabat sekalian... marilah kita muhassabah diri setakat mana cinta kita kepada rasullullah...KERANA CINTA RASULLULLAH BERERTI CINTA KEPADA ALLAH..

"Cinta umpama pisau, kerana cinta ia memberi kebaikan seperti pisau yang boleh memotong apa jua makanan,kerana cinta juga ia memberi keburukkan seperti pisau yang boleh membunuh..."
Oleh itu carilah cinta yang sebenar2nya CINTA..

Tuesday, September 1, 2009

Say!!! if only 1 WORD...

Aku mula berfikir adakah aku layak untuk berkata-kata tentang kebaikan kepada orang lain sedangkan diri ini banyak melakukan dosa.....

ALLAH berfirman surah As-Saff ayat 3:-

"Itu sangat dibencikan disisi ALLAH jika kamu mengatakan tetapi kamu tidak mengerjakannya"

Lantas,ini merupakan ayat yang di turunkan kepada kita tentang amaran oleh ALLAH S.W.T bahawa janganlah kita mengatakan sesuatu yang kita tak lakukan..marilah kita sama2 muhassabah diri kita sempena di bulan ramadhan ini yang dikatakan bulan tarbiyyah mengenai adakah kita sebagai daie yang sering menyuruh orang membuat kebaikan tetapi kita sendiri tidak melakukannya,melalui pengalaman diri banyak perkara yang diri ini menyuruh orang lain membuat kebaikan tetapi diri ini tak melakukannya.. Subhanallah..

Kemudian aku merenung kepada sepotong Hadis ini :-

sabda Rasulullah S.A.W "Yuballighu anni walau ayyah"
bermaksud:sampaikan padaku walau satu ayat.

Melalui hadis ini banyak telah mengajarku tentang bagaimana rasulullah mengajar kita supaya perkara yang baik hendaklah kita sebarkan sebagai pengajaran dan peringatan kepada kita agar kita sentiasa berpesan2 ke arah kebaikan,selain itu ia juga menjadi satu semangat kepadaku untuk berani berkata2 tentang kebaikan walaupun ilmu yang ada tidaklah sebanyak mana namun sekadar apa yang diketahui dan dipelajari akan dilontarkan sebagai tazkirah kepada kita semua....Dikisahkan bagaimana Saidina Abu Bakr berpesan2 kepada sahabatnya yang lain walaupun hanya beberapa hari masuk islam setelah ditarbiyyah oleh Rasulullah kemudian 4 sahabatnya itu tadi telah menjadi diantara golongan yang dijanjikan syurga oleh ALLAH ...ini boleh digambarkan bahawa kita hendaklah berpesan2 kepada kebaikan walaupun ilmu tidaklah seperti ustad mahupun ulamak2 kerana jika kita tunggu diri kita untuk menjadi ulamak baruklah nak menyuruh orang membuat kebaikan nescaya tiada seorang pun akan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Imam Said bin Jubair berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.”
Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?”

Jadi sebagai umat islam siapakah kita untuk mengatakan diri kita sempurna?? tetapi kita merupakan umat yang cemerlang yang dipilih oleh ALLAH s.w.t kerana kita umat yang menyuruh orang membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran...,cuma diri ini ingin mengatakan jadilah seperti burung yang cuba untuk memadam api yang membakar nabi Ibrahim walaupun dia tahu yang dia tidak mampu untuk memadam api tersebut namun apabila berhadapan dengan ALLAH S.W.T dia ada sesuatu usaha yang ingin ditunjukkan.. Bagaimana dengan kita???adakah kita nak berhadapan dengan ALLAH dengan tangan kosong?? Fikir2kanlah....

Akhir kata diharapkan kita sebagai jundullah hendaklah menyuruh orang membuat kebaikan disamping kita juga cuba melakukan kebaikan yang diseru itu....ALLAHUAKHBAR

Friday, August 7, 2009

Pelik?? Tapi Benar..

Banyak yang ku pelajari dalam seminggu..tidak ku sangka ku niatku pulang hanya untuk sehari tetapi seminggu...Ia bermula pada 1 ogos 2009 ,ia merupakan satu penjelajahan yang tidak akn ku lupakan ..terima kasih Kak Fifah& Abg Hakim...ini merupakan 1 time I'm sleep in Pudu kerana untuk menunggu sahabat utk gerak sama2 kerumah sahabat isiukm di Bangi...Dlm linkungan pkul 11.30 aku sudah berada di SOGO ..wah...ramainye orang maklulmlah ade sale!! tetapi ramai jugak wanita yang memakai kostum yang dituntut dlm syariat islam(pham2 la..) berada di situ...aku lihat kelibat mereka lagi ramai apabila berada di foodcourt...aku makin kagum...

Dlm linkungan pkul 2 lebih..aku sudah berada di luar SOGO & ia mula di tutup..kerana diluar sana berlakunya demonstrasi ISA ...EMH22 itulah niatku sebenar berada disitu...aku lihat bilalah Abg ni nak masuk dalam kelompok tu ...aku xsabar lagi ni..secara perlahan2 kami mula masuk dan melakukan rebat serta dengan bertakbir ALLAHUAKHBAR...ku mula membetulkn niatku ...hampir 30min kemudian kami mula dihalang polis utk ke istana negara ...dengan tampa segan silunya mereka melepaskan asap pemedih mata...woah2...aku dan sahabat lain mula mengelap mata yg kepedihan ..barulah ku merasakan bagaimana nikmat perjuangan itu yang sering menghadapi mehnah dan tribulasi...apa yang pelik AKU MELIHAT MUSLIMAT YANG MASIH TEGUH UNTUK MENERUSKAN DEMONSTRASI ITU..WAHH..SYABAS AKU UCAPKAN KEPADA MEREKA ...apakah ini dikatakan tidak baik??menyusahkan??...kita tengok kejahilan kita!!!!! kita katakan muslimat itu hebat apabila dia berlakon ..maenyanyi & lain...BAGI AKU INI SUATU YANG PELIK!!!(ISLAM DATANG DENGAN DAGANG DAN BERAKHIR DENGAN DAGANG)...

Tiba ku di rumah setelah pulang berjuang...aku ingin meneruskan agenda aku yang telah terbantut ...ALHAMDULILLAH ..insyallah ia akan menjadi...biasalah RUMAH ,dahlah kakak aku banyak simpan CD cite (menimbun)..aku lihat ade cite "SYURGA CINTA" jadi tanpa melegahkan masa aku tengok ...PHEWW2...memang menjadi ar cite dia yg nak menggambarkan sosial masyarakat skrang...kemudian selang beberapa ari aku tengok plak cite 'TAKEN(18sg)"..cite ini mengisahkan seorang bapa yang usaha sedaya upaya untuk menyelamatkan anaknya dari sendiket pelacuran..touching gak..INI AKU NAK KISAHKAN PELIK TAPI BENAR !!!...apa yang aku nak ceritakan sini tentang perbandingan 2 cerita ini...1 cite(U)..1cite(18sg)..bile dikaji aku rasa cite melayu yang aku tengok ni lagi meluat dari cite org putih ni NAMA JE SYURGA CINTA AWAL2 DAH TUNJUK PEREMPUAN TAK TUTUP AURAT...sakit mata ..tapi CITE ORG BUKAN ISLAM NI AWAL2 DAH MEMBERI MASEG YANG POSITIF,malahan aku rase cite ni lagi sopan dari cite SYURGA CINTA walaupun yang dikatakan 18sg itu adalah aksinya...Tak ke pelik kita org beragama islam sendiri buat cite macam tu..:INGATLAH ISLAM TAK MENGHALALKAN CARA".

Sampai disini sajalah pengalaman yg hendak dikongsi....walaupun tak sehebat mane namun ape yg perlu dikongsi akan ku luahkan....SALAM UKHWAH..takbir!!!

Sunday, July 26, 2009

We are aqual to Abu Lahab??

Pernahkah kita terfikir adakalanya kita sama /we are equal to Abu Lahab..kita merupakan golongan manusia dimana apabila disebut Abu Lahab kita secara tidak langsung akan memusuhi dirinya dan membenci dirinya kerana dia merupakan manusia yang banyak menghalang dakwah Rasulullah S.A.W. dalam menegakkan agama islam.Ingatlah sahabat sekalian janganlah kita memusuhi seseorang itu kerana apa yang dia lakukan tetapi memusuhilah dan membencilah perbuatan yang dilakukannya bukan orangnya,disini bukan menyuruh untuk menyukai Abu Lahab tetapi untuk dijadikan contoh agar kita tidak melakukan perbuatan yang keji dilakukannya.

Berbalik kepada we are aqual to Abu Lahab,kita sebenarnya tidak sedar kerana adakalanya kita seperti dia,sebagai contoh kita lihat ketika kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W. pada 12 rabiulawal,Abu Lahab merupakan seorang Pak cik yang amat berbangga dan bergembira ketika itu kerana dengan kelahiran manusia teragung ini sehinggakan kegembiraan dia menyebabkan dirinya sanggup melepaskan hamba2nya serta menyembelih beberapa ekor binatang untuk dibuat jamuan serta sedekah..Namun setelah wahyu diturunkan kepada baginda untuk menyebarkan islam secara terbuka maka Abu Lahab merupakan orang yang terkuat bagi menghalang dakwah baginda untuk menyebarkan islam..Disini kita lihat apa yang dikatakan kita adalah sama dengan Abu Lahab..Apabila tibanya maulidurrasul kita merupakan golongan manusia yang akan bersungguh untuk2 menyambutnya sehinggakan sanggup untuk menempah baju baru untuk dijadikan perarakan ketika itu dan sebagainya..Namun apabila disuruh untuk kita mengikut syariat islam secara Syumul/menyeluruh tetapi kita merupakan orang yang terhebat menentangnya seperti Hukum HUDUD yang hendak dilaksanakan di Malaysia..FIKIR2kanlah

Ini adalah merupakan contoh yang termudah untuk mengatakan kadang2 kita sama dengan Abu Lahab ,berbalik dengan hukum hudud sebenarya ada diantara kita yang masih tidak faham tentang perlaksanaannya namun kita yang sudah memahami serba sedikit hendaklah memahamkan mereka yang berada diluar sana….ingatlah kata2 As syahid Imam Hassan Al Banna: 'TARBIYAH MELEBIHI MASA YANG ADA'….
Pesanan terakhir dari diri ini…”Sesungguhnya seseorang manusia itu masuk kesyurga bukanlah kerana amalanya,ibadahnya,puasanya mahupun solatnya tetapi ia kesyurga kerana RAHMAT dari ALLAH S.W.T”

Tuesday, July 21, 2009

Tarbiyyah dari sebuah lagu.

Diriku ini adalah seorang insan yang lemah namun tetap ingin mencari keredoan ilahi ,diriku ini penuh dengan onak dan duri bagi berlawan nafsu yang sering membelenggu diri,… YA RABBI …indahnya diriku ini jika dapat bersama kekasihmu disaat kemenangan agamamu agar dapat mentarbiyahkan diriku ini yang sering dinodai,apakan daya diriku dilahirkan diwaktu ketiadaan kekasihmu ,namun dengan lahirnya rantai-rantai perjuangan ini dapat membantuku mendekatkan diriku kepadamu walaupun adakalanya diri ini tidak terlepas dari melakukan dosa kepadamu.…

Seandainya dunia tiada warna,
Tetapkan ku kagumi,
Kedamaian alam ciptaannya,
Kudratnya ku kagumi,

Nyanyian:Suhaimi .Tajuk lagu: Kias Cinta.

Pertama kali ku mendengar lagu ini ku membayangkan wajah seorang wanita ketika ku dibangku sekolah menengah dahulu sehinggakan diriku meletakkan lagu ini untuk menggambarkan dirinya…YA RAHMAN…diriku mula dinodai nafsu [WHAT HAPPEN TO ME …I REALLY FEEL SO STUPID]….

Ketika diri mencari sinar,
Sekeping cahaya menerangi haluan
Adakalanya langkah ku tersasar,
Tersungkur dilembah kegelapan,

Nyanyian:UNIC.Tajuk:Sebuah pertemuan.

Diriku pernah menjadikan lagu ini sebagai satu semangat untuk memperolehi sidia[HAI..POMPUAN LAGI.. DAH LA AKU NI TAK HENSEM..] sehinggaku menjadikan..ALLAH ..sebagai tempat ku bergantung untuk memperolehi sidia[BUKAN ORG MALAYSIA..LA..ORG MANE?TANYALAH PENULIS..EH..AKULAH PENULISNYA]…..lama kelaman ku merasakan ada yag tidak kena pada diri ini,akhirnya baru ku sedari bahawa cinta duniawi tidak kekal abadi namun ku cuba mencari cinta yang hakiki walaupun diri ini jahil tentang agama tetapi ku cuba juga mencari sehinggaku bertukar ke medan ilmu baru untukku mencari ilmu duniawi.

ALLAH GHOYATUNA…bersyukur diri ini melanjutkan pelajaran di medan ilmu yg berada di Gopeng,walaupun di uji sekali lagi di tapi apa yang ku doakan jika ia pilihan terbaik bagiku maka satukan hati kami suatu hari nanti jika tidak redhokan hati ini dengan ketentuanmu ...disana ku cuba mencari yang hakiki[kata ibu:ingat penulis jangan cari ilmu dunia saja carilah ilmu akhirat skali] akhirnya ku bertemu si penyambung rantai perjuangan kekasih ilahi,hadirnya membawaku untuk berzikir dan mendekatkan diriku kepada ilahi,dirinya dan diriku sering keluar untuk mengajak mereka yg diluar untuk kerumah illahi bagi menunaikan kewajipan sebagai seorang hamba.Disinilah ku cuba menghayati apa yang tersirat disebalik lagu yang ku dengari dahulu,jika diingatkan kembali betapa jahilnya ku ketika itu..Alhamdulillah bahawa lagu yg ku dengar itu merupakan salah satu nikmat yg ALLAH kurniakan kepada kita iaitu keindahan alam yang menunjukkan betapa hebatnya kekuasan ALLAH ,walaupun seandainya dunia ini tiada warna sekalipun kekuasaan ALLAH selaku maha pencipta tiada keraguan baginya.YA..ALLAH ampunilah dosa sekalian hambamu ini,walaupun kadang2 diri kami tidak pernah terlepas dari melakukan dosa tetapi berilah kami kesempatan untuk bertaubat kepadamu..YA..ALLAH sesungguhnya enngkaulah maha pengampun dosa2 kami..YA..ALLAH mulai saat ini kami akan cuba untuk menjauhi daripada melakukan dosa kepadamu..INSYAALLAH..[Diharapkan apa yang dibaca tadi menjadi doa bagi saudara&saudari sekalian]
Adakalanya diriku kehilangan semangat serta menjadi lemah dalam untuk melakukan sesuatu perkara,namun…

Mengharungi samudera kehidupan,
Kita ibarat para pengembara,
Hidup ini adalah pejuangan
Tiada masa untuk berpangku tangan,

Nyanyian: Shoutul Harakah. Tajuk Lagu:Bingkai Kehidupan.

Bila ku mendengar lagu ini diriku menjadi lebih semangat.. sebagai contoh..ku merupakan seorang yang suka berjoging tetapi adakalanya diri ini menjadi malas tetapi sewaktu ku sedang berjoging ku cuba nyanyikan lagu ini..Alhamdulillah ku merasakan diri ini bertambah semangat seolah-olah diriku menjadi ringan sewaktu berjoging dan adakalanya merasakan ku boleh berjoging sbanyak 3 hingga 4 round lagi[bukan mudah tau].Sebenarnya apa yang hendak disampaikan lagu ini adalah sebagai seorang muslim kita mempunyai satu tanggungjawab yang tidak membolehkan diri kita sentiasa dalam keadaan lemah serta yang hanya duduk bergoyang kaki..kata imam Hassan Al-banna-`TANGGUNGJAWAB MELEBIHI MASA YANG ADA’. Lagu ini bukan saja mentarbiyah diri kita agar bersemangat tetapi ia juga menyeru agar kita menjadikan ALLAH sebagai matlamat hidup, disamping rasulullah sebagai contoh yang terbaik untuk diri kita..[setiap sunnah ada kejayaan..insyaallah].

Akhir kata diriku ini menyeru sahabat sekalian menggunakan apa saja perkara agar menjadikan ia sebagai bentuk pentarbiyahan diri....