Wednesday, December 26, 2012

HAKIKAT DUKACITA



Salam

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam
Selawat Serta Salam KeHadrat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

HAKIKAT DUKACITA

Antara perkara yang Allah boleh campakkan kedalam hati insan..
yang kadangkala insan itu tidak boleh buat apa-apa..bahkan mmg tidk dpt berbuat apa-apa..
maka perkara itu adalah Al-Hazan..(Dukacita)..

Allah boleh mencampakkan kesedihan dalam diri insan..
tanpa mengira siapa insan tersebut..
kadang-kadang dia orang besar..
kadang-kadang dia orang kecil..
kadang-kadang dia orang biasa..
kadang-kadang dia orang berkuasa..

kadang-kadang..
kesedihan boleh datang kepada insan..
dalam keadaan dia sendiri tidak tahu kenapa dia bersedih..

kadang-kadang..
Allah jadikan suatu masalah kepada insan..
yang tidak menimbulkan kesedihan kepada org lain..
tetapi menimbulkan kesedihan kepada dirinya..

Bila sedih datang..
insan mula runsing..insan mula mencari bagaimana ingin keluar dari dukacita..
maka.. ramai orang mencari Allah ketika dia sedih..
tetapi tidak ramai orang mencari Allah ketika dia gembira..

Walaupun kita tidak disuruh mencari sedih..
tetapi sedih berjaya membawa kita kepada Allah..

Walaupun kita disuruh berdoa..

''Ya Allah..peliharalah diriku dari perkara dukacita yang akan datang dan dari perkara sedih terhadap perkara yang sudah terjadi..''

tetapi..

Dukacita selalu membawa kita mendekati Allah..

Ramai orang sombong menjadi tawadhuk kepada Allah..
kerna peristiwa dukacita yang menimpa dirinya..
jika tak kerana Allah campakkan rasa dukacita itu..
mungkin dia mati sebagai ahli neraka diakhirat kelak..

Allah dengan sifat Al-LutfiNya
dengan kesantunanNya..dengan kelunakanNya..
dia bimbing hati hambaNya..dari peristiwa demi peristiwa..
dan dari kejadian demi kejadian yang menimpa..
sehingga apabila insan itu dirahmati..
disuatu peringkat..
sehingga insan itu menyebut..

'Ya Allah..kasihanilah kepada aku..kasihanilah diriku..''

Dan Allah akan sentiasa menimpakan kepada insan..
dukacita yang kecil dan besar..dari masa ke semasa..
supaya dia kembali kepada Allah..
bila dia pulang ke akhirat..
dia akan berkata..

'Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dari kami Dukacita'

Bila insan berdukacita..
insan akan bertanya pada dirinya..''Apa aku harus buat Ya Allah''..
Maka insan itu hendaklah beramal dengan amalan soleh..
bunyinya senang tetapi tidak pada penghayatannya..

Ada hari kita solat..
kita rasa dekat dengan Allah..
ada hari kita sendiri tidak tahu apa bacaan solat yang kita lafazkan..
ada hari kita baca quran..kita rasa dekat dengan Allah..
ada hari kita bangun tengah malam..kita rasa khusyuk sangat kepada Allah..
ada malamnya..fikiran kita jauh melayang dari Allah..

Untuk insan dekat kepada Allah..
dia memerlukan hati yang dekat kepada Allah..
jiwa dan nurani yang bulat kepada takdir Allah..
kadang-kadang..
banyak perkara tak dapat membawa insan kepada Allah..
tetapi kesedihan dapat membawa insan kepada Allah..

Bila dia sedih..dia khusyuk..
bila dia hendak keluar dari dukacita..
dari kesedihan dunia..dia perlu sedih kepada akhirat..

Kata Allah..

''Sesiapa yang beramal dengan amal yang solih..samada lelaki atau perempuan..
dan dalam keadaan dia beriman..maka kami akan hidupkan dia kehidupan yang baik''

Kehidupan yang baik bukan pada suatu andaian..
kemewahan dan kesenangan hidup itulah kehidupan yang baik..
Allah mencampakkan kebahagian kedalam hati para Anbiya'..
dalam hati para sahabat Rasulullah SAW
yang kadangkala kita lihat..
mereka tidak mempunyai apa-apa dalam hidup mereka..

tetapi..

mereka menggenggam Sakinah..
mereka menggenggam kebahagiaan..

''Ya Allah..Kau pinjamkan rasa gembira dan bahgia suatu ketika dahulu..
kini Kau gantikan itu dengan dukacita dan sedih..teguhkanlah kaki hambaMu ini untuk berdiri diatas bumiMu ini Ya Allah''..

~Wallahualam~

Di Petik dari Dr.Maza

Saturday, December 15, 2012

Pemuda & Perubahan : Siri 1



Katanya: "Tidak ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan
Sosialisme kecuali dengan revolusi." (Marxisme)

  Tokoh Revolusi: Marxisme

Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur untuk digunakan oleh semua aliran  yang mempercayai Strategi Perubahan. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan akan  berlaku di seluruh dunia akan meletakkan asasnya kepada pemuda-pemuda dalam usaha  mencapai tujuan mereka itu.

Bagaimana pula sikap Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda ini? Apakah 
peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri Perubahan Islam itu? 

Kenapa mesti Pemuda? 
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda? 
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?


Pada logik Islam, apabila kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan 
peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka 
seperti fahaman Korainisme di mana seorang pemimpin mereka selepas revolusi telah menuntut 
supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara

Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi  dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas. Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan  menebus semula. Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional. 

Dari sini usia muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang  khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda merasai demikian 
melalui sabdanya: 

'Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara:- Usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati, dan masa kosong kamu sebelum sibuk.'

Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia. 

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar;

Kenapa perlu persiapan pemuda islam?
Ada beberapa gambaran yang berbeza di sekitar tugas seorang pemuda Islam dan 
matlamat dari persiapan mereka itu. Apakah matlamat utama dari persediaan pemuda
Islam ini? 

·         Adakah matlamatnya sekadar memelihara dirinya daripada kecundang oleh hawa nafsu dan dorongan-dorongan fitnah, atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu wajib yang ditaklif oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah? Adakah i u sudah mencukupi?

·         adakah matlamat persiapan seorang pemuda Islam bagi untuk menjalankan amal-amal kebajikan?

Matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah  untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam

Tujuan 'manhaj' (method) Islam ialah untuk mengembalikan 'ubudiyah' manusia kepada Allah dalam segala urusan hidup mereka. Dalam bidang akhlak dan urusan  hidup, dalam bidang undang-undang dan pemikiran mereka. Ini bererti meruntuhkan asas-asas dan pusat-pusat yang menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat jahiliah dan tamaddun materialisme. Di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya tertegaknya sistem Islam.

Islam manhaj Perubahan

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim.(Al-Baqarah;193)

Manhaj Rasulullah adalah manhaj perubahan
"Hai orang-orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang  kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah. Dan Aku tidak  pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang Aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku."(Al-Kafirun1-6)

Cabaran Pemuda Islam 
  1. Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
  2. Cabaran serangan pemikiran.
  3. Cabaran keruntuhan akhlaq.
  4. Cabaran kerajaan sekular.
  5. Cabaran putus asa dalam kerja Islam.
Persiapan Pemuda
  1. Fikrah Islam
  2. Tarbiyah dan ibdah yang mantap(Usrah)
  3. Akhlak yang mantap
  4. Tinggi ilmu pengetahuan(Thaqofah)
  5. Berani menyahut cabaran
  6. Tidak berputus asa(optimis)
Al-Fatihah buat Beliau

(Dipetik dari Buku "Pemuda dan Perubahan" oleh Al-Marhum Fathi Yakin seorang Tokoh Gerakkan Islam)

Monday, December 10, 2012

AUKU dan AKU


Situasi:-

1)Posting Facebook:"Kepimpinan BN negeri dan Pusat perlu mengambil ikhtibar terhadap kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menunaikan janji memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan walaupun baru dua bulan memerintah. Bekalan air secara percuma itu akan dilaksanakan pada 1 Jun sebagaimana diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim...Saya Hang Tuah menyatakan sokongan penuh kepada Beliau..(^_^)...uhuhu"


Fakta AUKU:

Section 15(3)Seseorang Pelajar Universiti,dan mana-mana persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar Universiti,yang ditubuhkan oleh di bawah atau mengikut perlembagaan,tidak boleh menyatakan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya di tafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap-

a)mana2 persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang2,sama ada di dalam atau di luar Malaysia;atau
b)mana2 persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.


Kesimpulan:Hang Tuah takkan dikenakan AUKU kerana AUKU membenarkan.

2)Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Pekan(UMPk),meluluskan kertas kerja penubuhan Kelab Penyokong Barisan Nasional di dalam Kampus(UMPk) yang di pengerusikan oleh Hang Jebat dengan membawa aktiviti politik BN di dalam Kampus UMPk ex:memacak bendera di sepanjang bangunan canseleri,kuliah,library,KK1,KK2,KK3,KK4,KK5,Kompleks sukan di Kampus UMPk.

Fakta AUKU:

Section 15(1)Tertakluk kepada subseksyen(2),seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana2 persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang,sama ada di dalam atau di luar Malaysia ,termasuk Parti politik.

(2)Seseorang pelajar Universiti tidak boleh
a)menjadi ahli mana2 persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang2,sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
b)menjadi ahli mana2 persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang,yang bukannya sesuatu parti politik yang ditetapkan oleh lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti;atau
c)terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus.


Kesimpulan:Hang Jebat boleh dikenakan AUKU kerana melaggar section 15(1)(2)(c) yang melibatkan aktiviti parti politik di dalam kampus..so..BEWARE yee..(^_^)huhu..HEP pun bleh kena AUKU.

From my Humble opinian:-


Pernah kita terfikir??Kenapa Mahasiswa sangat memperjuangkan AUKU perlu di mansuhkan??ataupun AUKU section 15 perlu di mansuhkan??


1)Kini AUKU pindaan 2012,merupakan 1 keterbukaan baru kepada Mahasiswa utk bersuara,mengkritik,melontarkan padangan,menyokong,membantah sesuatu kepada kerajaan demi kebaikkan negara dimana sepatutnya 41 tahun yang lalu Mahasiswa perlu rasainya,mahasiswa bukan hanya dilahirkan demi utk mereka mencari pekerjaan,namun jauh disudut itu,masyarakat inginkan Mahasiswa yang yang berani,yang jauh daya pemikiranya demi membela nasib masyarakat di luar sana,Kerajaan seharusnya mengambil ianya sebagai satu daya fikir anak muda,perlu layani mereka seperti anak yang baru sahaja ingin mempelajari sesuatu,salah tidak mengapa kerana mereka yakni Mahasiswa sedang ingin belajar,biar salah kini jangan nanti ketika sudah memimpin negara nanti baru sedar atas kesilapan dan kesalahan.

2)AUKU membenarkan Mahasiswa menyertai Parti Politik bukanlah bermaksud Mahasiswa membawa bulat2 Parti Politik kedalam kampus,saya kira ianya bukanlah 1 tindakkan yang Bijak,sebagai contoh menubuhkan "Kelab Penyokong Barisan Nasional" di dalam kampus,melakukan Kempen scera terang-terangan seperti memacak bendera di setiap ruang di Kampus,saya kira ianya keterlaluan,namun sudut pandangan saya biarlah Kampus bersikap tidak "BIAS" kemana2 Parti Politik,laksanakan Wacana Ilmu,laksanakan perdebatan secara Ilmiah yang didatangkan dari tokoh2 dari setiap Parti politik,wujudkan suasana "Mahasiswa perlu menilai sendiri",bukan dengan sogokan wang ringgit,sogokkan pangkat kepada Mahasiswa demi mendapat sokongan Mahasiswa,biarkan Mahasiswa berfikir sendiri.

~~that's all about my humble opinion~~
~~Fikir dan Nilai~~

Mohd Zulwafi bin Bahaudin
Mahasiswa Tahun Akhir.

Jiwa Kacau jom on9 dengan ALLAH


Bicara di dalam Facebook:

~~ Hati aku Tak tenangla...tak tahu kenapa...~~
~~ Hati aku Tak tenangla...patutla...Tak telefon Mak dan Ayah aku lagi ~~
~~ Hati aku Tak tenangla....patutla...Tak jumpa si dia lagi hari ini ~~

Pernah kah kita post sebegini;-

~~ Hati aku Tak tenangla...Ya ALLAH,patutla..malam tadi Tak on9 dengan ALLAH rupanya..Tak Qiammullail lagi ~~

Subhanallah Anak Muda..(^_^)

Kadang manusia leka dan alpa dengan dunia,sibuk dengan belajarnya,sibuk dengan kerjanya,sibuk dengan kerjanya,sibuk dengan statusnya facebooknya(kadang2 ni ramai yang buat),kadang-kadang Pendakwah juga terleka dan termain dengan Gerak kerjanya(mungkin kembali kpd niat kita) pun terleka untuk beronline bersama Tuhan yakni berQiammullail mengadap ALLAH azzawajalla.

Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim dan Ibnu Habban dengan sanad sohih

MasyaALLAH anak Muda,hebatnya ganjaran ALLAH.

Tahukah kita ketenangan Itu milik siapa?
Tahukah kita Siapakah yang memberikan keTenangan?

Ramai manusia menyangka,memperolehi harta dia akan mengecapi ketenangan jiwa,ramai orang menyangka,dengan apa yang di ingininya kemudian dia memeperolehinya dia akan bahagia dan mendapat Ketenangan Jiwa,

Firman ALLAH menyebut:-

“Ketahuilah bahawa dengan mengingati ALLAH itu hati akan tenang” (Surah Ar Raad: 28)

Cukup dengan berfikir sejenak,mengingati ALLAH,hati akan tenang,ketahuilah kita bahwasanya ALLAH yang sebenarnya memberi ketenangan,ALLAH lah yang memberi kebahagian.

Pernahkah kita lihat?

"Seorang Pakcik dan Makcik yang kehidupannya sangat2 sederhana,kehidupannya cukup hanya utk meneruskan kehidupan pada esok hari,namun hidupnya sangat Tenang,sangat gembira,sangat bahagia"..inilah contoh sebenarnya Ketenangan,kebahagiaan,kegembiraan hadir dan diberikan oleh ALLAH,bukanlah Harta,bukanlah Isteri,bukanlah Anak2,bukanlah Rakan2,tetapi ia datang dari ALLAH.

"Ya ALLAH kurniakanlah daku Ketengan Jiwa,agar setiap gerak geriKu di limpahi Nur keimanan kepada Mu,aku tahu jika jiwaku tidak tenang,ertinya,Diriku jauh dari mengingati Mu"..

~~Moving Forward to become Happinest person because of ALLAH~~

~~ Jangan Putus Asa dengan Rahmat ALLAH~~


"Selamat beramal"~~

Sunday, December 9, 2012

Rahmat ALLAH jangan Kita Lupa


~~ "Jika ALLAH inginkan kebahgian kepada seseorang maka tiada 1 tanganpun yang dapat menghalang"~~~~"Jika ALLAH ingin mengampunkan sesorang maka tiada 1 tanganpun yang dapat menghalang"~~~~"Jika ALLAH ingin menurunkan Musibah kepada seseorang maka  tiada 1 tanganpun yang dapat menghalang"~~


Inilah hakikat sebenar sifar Harus ALLAH Azza Wajalla...Terdetik hari ini,aku ingin menulis di dalam blog yang sudah hampir 4Tahun bertapak di Medan Maya ini,tatkala benak ini memikirkan tentang.."DOSA".."DOSA"..DOSA"...aku manusia biasa yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan...Walaupun..Siapa AKU??Keturunan AKU??Siapa Mak Ayah AKU??Apa bangsa AKU??


Jika manusia ingin memohon keampunan pada ALLAH maka tiada 1 pun perantraan di antara manusia dengan ALLAH azzawajalla,inilah hakikat ISLAM yang tanpa membataskan hubungan manusia dengan Tuhan,Bila2 masa,di mana sahaja,tanpa kira waktu,jika kita ingin memohon doa/keampunan maka pada bila2 masa pun ALLAH sentiasa mendengar rintihan hambanya.Indahnya ISLAM yang meletakkan Pintu Taubat,yang merupakan Pintu yang paling Luas di kurniakan kepada Manusia...


Islam mengajar kita utk tidak menceritakan Aib kita sendiri dan orang lain,walaupun ketika itu kita sedar akan kesilapan kita...pernah 1 Ketika seorang Sahabat yang bernama Maiz,bertemu baginda Rasulullah S.A.W dan berkata pada baginda "Wahai Rasulullah,aku telah berzina",kemudian baginda berpaling,dan beberapa kali sahabat tersebut memaklumkan pada baginda bahawasanya dirinya berzina,namun baginda tetap mengelak utk meghukum Hudud kepada Maiz,dan akhirnya menurut riwayat,hukum di laksanakan kerana kehendak Maiz sendri,Ibrah yang ingin ditunjukka ialah Islam meletakkan hambanya utk tidak menceritakan aib sendiri,kerana Islam sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya untuk memohon keampunan dari ALLAH azzawajalla.
Surah Az-Zumar:53

Asalnya Taubat sesorang manusia itu,hendaklah berazam tidak akan mengulangi perkara maksiat tersebut,namun manusia bukan lah insan sempurna,kadang2 bila di uji,maka kita gagal dan tewas sekali lagi,ayuh kita merenung kembali hadith qudsi ini..

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

Teman-teman,Rakan-rakan,Sahabat sekalian,jangalah kita berputus asa dengan Rahmat ALLAH,bukan manusia,bukan nabi dan bukan Rasul yang memasukkan kita ke syurga,hakikatnya dengan hanya "RAHMAT ALLAH dikau mampu ke SYURGA"..ameen.

~Coretan Hamba ALLAH~



Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434


Salam,MAAL HIJRAH 1434 saya ucapkan kepada semua muslimeen dan muslimat yang disayangi ALLAH,jika kita merasa Lemah,ayuh,kita bangkit semula.

Lupakan segala Duka kisah Lama,Kini masanya kita bergerak Setapak maju kehadapan demi mencipta Tamadun yang Gemilang.

"Push to Change"...insyaALLAH,pray to ALLAH to give us strength to become usefull person in the society.

That's all from my humble opinion.
Let's known about ALLAH,insyaALLAH it will help us in any matter.

Mohd Zulwafi bin Bahaudin
Mahasiswa Tahun Akhir,
Universiti Malaysia Pahang.

Thursday, October 4, 2012

PRK habis CST senyap..TERJAH TETAP TERJAH !!

Salam kepada Teman2 seperjuangan,

"Bilakah ianya akan berakhir??"

Terdetik ungkapan ini di benak setelah beberapa hari membaca dan menilai sendiri,Adakah ianya akan berakhir?,tiba-tiba terlintas di benak sekali lagi.

"PRK bermula..owh patutla..Habis PRK,senyapla"

"Kini PRK dah habis..hmm..betul2 senyap"

Tulisan ini sebenarnya bukan tujuan ingin membalas ataupun melawan kembali dengan apa yang di lontarkan oleh Cakna Siswa Timur(CST) dan UMP Kini ,namun besar hati saya inginkan Mahasiswa menilai mana yang benar dan mana yang salah.Pembongkaran ini sebenarnya bukanlah hanya andaian semata-mata,namun ianya berkait rapat dengan realiti sebenar yang kian menular di setiap Institusi Pengajian Tinggi(IPT) yang di gelar "Konspirasi 2020".

Pakatan UMP Kini dan CST 

Pada awal kewujudan blog CST pada Tahun 2011,dimana pelbagai kontroversi yang di wujudkan sehingga membangkitkan kemarahan Mahasiswa UMP yang menolak politik Fitnah,kemudian hadir pula "UMP Kini" dimana melalui pemerhatian saya kewujudan UMP Kini adalah bersifat neutral yang tidak memihak mana-mana belah Pihak,nak dipermudahkan cerita "CST = Blog Hentaman secara JELAS" dan "UMP Kini = Blog bersifat Netral yang membawa cerita Benar",Semenjak menjelang Pilihanraya Kampus UMP 2012,CST dan UMP Kini rancak mengeluarkan posting2 yang membawa kontroversi dan akhirnya seolah-oleh mereka merupakan Pakatan yang jelas membawa agenda memcah belahkan Mahasiswa,1 persoalan mudah,jika membawa kebenaran Tampil dan dedahkan SIAPA anda?membawa kebenaran tidak perlu berselindung di sebalik Topeng CST dan UMP Kini.

kata2 aluan yang sama?

CST:
UMP Kini:
"Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia"
Adakah kedua-dua blog ini Individu yang sama?...Anda Nilai..

Gaya penulisan yang sama?,yang penting dia suka Bold kan statement die,dan gaya bahasa pun hampir sama dengan keadaan beremosi...anda Nilai.

CST:
UMP Kini:

Rakan2 blog mereka juga sama?adakah kebetulan?


CST:
UMP Kini:

Kini mahasiswa boleh menilai dengan apa yang di tunjukkan utk kita menggambarkan bahawasanya mereka ini merupakan 1 pakatan yang ingin memecah belahkan Mahasiswa UMP,yang ingin menyamakan rentak/pentas poltik kampus UMP dengan Kampus berada di lembah kelang seperti UM,UKM,UPM,sedangkan Universiti Malaysia Pahang mempunyai identiti sendiri dan Nilai2 tersendiri,pakatan ini harus kita hindari dari memasuki Universiti Malaysia Pahang,.

Sidang Safety First(SSF) ianya bermula.

mari kita lihat apa yang jelas terkandung didalam blog UMP Kini..

Kerancakkan UMP Kini posting di FB group Safety First?...

Sidang Safety First permulaan suara-suara Mahasiswa luar memasuki ideologi mereka kedalam Kampus Universiti Malaysia Pahang,keasyikan posting2 mereka di dalam Fb group "Sidang Safety First",menunjukkan anasir yang tidak sihat memasuki UMP,sebagai contoh:-

Safira Safri bukanlah Mahasiswa UMP,namun kenapa hadir di blog safety first yang

Kewujudan Sidang Safety First membawa matlamat?

mereka menyata "MENYENTUH ISU-ISU YANG TIDAK MENDATANGKAN FAEDAH KEPADA PEMBANGUNAN MODAL INSAN UMP."

Namun dengan kewujudan SSF sebenarnya menjadi tempat posting2 yang  tak membawa matlamat penubuhan awal,ia lari dari matlamat sebenar.Saya amat tegas dalam membanteras penubuhan SSF kerana semakin hari ianya hanya sekadar tempat pengiklanan dan pengebahan blog2 panas.Kini SSF sudah tidak berfungsi dan tidak memberikan manfaat kepada Mahasiswa UMP.

Ini merupakan perancangan dalaman mereka,iaitu kaedah-kaedah dalam menguasai Media Baru yang kian menjadi rujukan manusia kini,namun adakah ia berkait rapat dengan Konspirasi 2020??adakah UMP terlibat??adakah ianya benar apa yang dikatakan oleh Mahasiswa di Lembah Kelang berkaitan konspirasi ini??...

APA YANG BERLAKU DI TERENGGANU??
SIAPA EDARKAN FLYERS "ASPIRASI" di UMP ni??
Siapa mereka di SEBALIKnya??

Nantikan Episod seterusnya(^_^)

Saya Yakin Mahasiswa UMP boleh menilai.

Mohd Zulwafi bin Bahaudin,
Mahasiswa Tahun Akhir.






.


Friday, September 21, 2012

PRK UMP 2012 hanya tinggal Nama.

Alhamdulillah,selesai sudah Penamaan Calon Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/13,namun pengunguman tersubut memperlihatkan Pilihanraya Kampus UMP 2012(PRK UMP'12) kian hambar dan kurang mendapat sambutan oleh Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang(UMP),ini menunjukkan bahawasanya Mahasiswa UMP kurang mempunyai kesedaran berkaitan politik kampus/kepimpinan kampus dan kurangnya generasi pelapis untuk memimpin Mahasiswa Kampus mahupun memimpin negara suatu hari nanti

Kesedihan melanda apabila ianya di umumkan majoriti Kerusi Fakulti menang tanpa bertanding dan 2 Kerusi Fakulti tiada wakil,manakala Kerusi Umum pula seramai 14 Orang Calon,PRK UMP kian hambar,Namun ada beberapa Calon yang kian hangat diperkatakan iaitu:-

1)Nuri Adilah Nashrumillah bt.Idrsi
2)Mohd Farid bin Mohd Na'aim
3)Abdul Naem bin Suhaime
4)Fazlin binti Masra

Besar harapan saya,ingin melihat suasana Pilihanraya Kampus rancak dan bersemangat demi memperlihatkan siapakah bakal peganti Kepimpinan Tertinggi Mahasiswa UMP,tiada 1 kerusi pun menang tanpa bertanding,jika ia menang tanpa bertanding maka ia menunjukkan wakil tersebut bukanlah suara majoriti mahasiswa,di manakah letaknya Individu yang dipilih oleh Mahasiswa yang memperjuangkan nasib Mahasiswa,jika pemilihan ini bukanlah pilihan Mahasiswa yang memiliki kuasa untuk memilih siapakah yang pemimpin mereka,seolah-olah hak Mahasiswa di tolak ketepi.

Adakah ini semua kesalahan Mahasiswa yang tidak ingin menjadi Calon??
Adakah mereka takut dan Fobia menjadi MPP??
Adakah di sebabkan ketetapan yang di garis pandukan oleh Jabatann Hal Ehwal Pelajar(JHEPA)?

Pada pandangan saya,Demokrasi Kampus UMP kian pudar dan kabur,Pilihanraya Kampus (PRK) berjaya dengan jayanya jika keseluruh kerusi yang dipertandingkan tidak menang tanpa bertanding,Saya berasa simpati kepada Rakan seperjuangan saya iaitu Saudara Ifrad yang bejuang bermati-matian untuk memastikan Fakulti Pembuatan mempunyai calon untuk di pertandingkan,ini luahan beliau;-

Saya terus mengambil inisiatif dengan menghubungi Penolong Naib Canselor (PNC) JHEPA sendiri untuk mempertimbangkan akan perkara ini. Hal ini kerana, adalah tidak adil bagi pelajar FKP tidak mempunyai wakil di dalam PRK kali ini. PNC JHEPA menyatakan bahawa dua pelajar ini tetap tidak dapat dicalonkan kerana tidak mengikuti kursus tersebut. Walaubagaimanapun, PNC JHEPA menyatakan bahawa selepas perlantikan MPP nanti, di bawah kuasa Naib Canselor (NC), mereka akan melantik wakil daripada pelajar FKP secara lantikan terus. Saya berharap perkara ini akan berlaku nanti dan seandainya perkara ini berlaku nanti bagaimanakah pemilihan ini akan dibuat? Adakah pelajar yang dipilih itu benar-benar mewakili pelajar FKP?

Tindakan JHEPA adalah satu tindakkan yang tidak wajar yang memusnahkan Demokrasi kampus,Biarlah Mahasiswa memilih siapa pemimpin mereka,kenapa perlu Bengkel yang diletakkan kewajipan untuk di hadiri menjadi salah satu syarat untuk bertanding di dalam Pilihanraya Kampus(PRK),realit kampus UMP,bukan mudah nak cari calon dalam keadaan kesedaran Mahasiswa UMP terhadap politik kampus amat2 kurang,sepatutnya Pihak JHEPA perlu lebih terbuka dan memberi peluang kepada Mahasiswa UMP,jadikanlah bengkel tersebut pilihan kepada calon,jika calon tidak pergi maka ia bukan penghalang untuk calon bertanding dalam PRK.

Akhir kata dari saya,yang sudah berlaku biarlah berlalu,Namun saya tegaskan disini perkara seperti ini tidak sewajarnya berlaku pada pemilihan sesi yang akan datang kerana realitinya ia akan membunuh Demokrasi Kampus,serta melenyapkan kesedaran Politik Kampus terhadap Mahasiswa UMP yang masih perlu di suntik kesedaran mereaka akan kepentingan Politik Kampus demi Survival Kepimpinan Negara suatu hari nanti.

CST,UMP Kini,Safety First ..mereka Teman Tapi Mesra(^_^)

Sekian,terima Kasih

Mohd Zulwafi Bahaudin
Mahasiswa Tahun Akhir.

Tuesday, September 18, 2012

Saya mencabar CST


Terdetik di hati,ingin menulis selepas melihat serta mendengar beberapa pandangan Mahasiswa Ump,yang saya kira,mereka merupakan mahasiswa yang cakna dan peka terhadap politik Kampus yang berada di UMP,biasalah Pilihanraya Kampus(PRK) nak bermula,maka suara yang dulu tidak jelas didengari tetapi kini lantang dengar kembali demi menyahut seruan PRK 2012,saya hormati dengan setiap dari pandangan dan lontaran yang di keluarkan oleh blogger2 yang bebentuk kumpulan ataupun bersifat individu.Namun beberapa perkara yang saya ingin jelaskan.

Melalui Statement yang di keluarkan oleh Cakna Siswa Timur(CST).

TAJUK:Bekas YDP MPP UMP di belasah bertarikh 18/9/2012

"Jom kita cakna akan suatu kisah yang sangat bagus untuk sama-sama kita menilainya iaitu Bekas YDP MPP UMP beranggapan dirinya adalah Aktivis Mahasiswa. CST ketawa sendirian apabila beliau menggelarkan dirinya Aktivis Mahasiswa kerana CST maklum beliau adalah seorang YDP yang merosakkan lagi Mahasiswa bukannya memajukan Mahasiswa."

CST banyak melontarkan kata-kata ataupun lontaran yang lebih bersifat emosi dan adakalanya menuduh serta memburuk-burukkan individu,maka bagi saya ia bukanlah 1 lontaran yang berilmiah tetapi lebih kepada emosi semata2,CST seharusnya lebih berhati-hati dalam melontarkan pandangan walaupun CST bukanlah individu yang di kenali dan Cst kata Mahasiswa boleh menilai sendiri.,maka kini Mahasiswa boleh menilai sendiri siapa yang benar dan siapa yang berkata mengikut emosi.

1 persoalan ingin saya utarakan kepada CST,kenapa anda tidak menzahirkan dan menampilkan diri anda sendiri?jika benar dengan apa yang CST perjuangkan selama ini,CST seharusnya
tampil di dalam keadaan seorang individu yang memperjuangkan kebenaran,bukan berselindung.

Saya Mohd Zulwafi bin Bahaudin,mahasiswa tahun akhir yang menuntut di Universiti Malaysia Pahang,yang mengambil Jurusan Ijazah Sarjana Muda kejuteraan Awam,tampil dan hadir untuk membawa kebenaran yang selama ini apa yang di lontarkan di dalam Blog "Cakna Siswa Timur" merupakan 1 agenda yang ingin memburuk-burukkan individu dan cuba menfitnah Sahabat Masjid(SAHAM).

Selama ini,saya menilai dan melihat apa sebenarnya yang ingin di capai ataupun apa sebenarnya matlamat kewujudan blog " Cakna Siswa Timur",adakah ia membawa mesej "Penyatuan Mahasiswa" ataupun "Memperhebatkan Mahasiswa" ,namun apa yang di lontarkan hanyalah andaian semata-mata dengan berdasarkan emosi,Akhir kata dari saya,Mohon CST tampil zahirkan diri,dan tunjuk siapa diri anda,jika benar anda membawa kebenaran,saya mencabar CST.

Sekian,Terima kasih

Mohd Zulwafi bin Bahaudin
Mahasiswa Tahun Akhir.

*nantikan pendedahan seterusnya

Tuesday, May 15, 2012

DIkau GURUku



Saat anak kecil menangis,Merintih,
Dikau menjadi peneman,pendidik,
Saat anak kecil bertanya,Mengapa??,
Dikau menjadi penjawab kepada pertanyaan itu,
Saat anak kecil dahagakan Ilmu,
Dikaulah pemberi Ilmu yang tidak pernah kenal erti jemu,Saat anak kecil mencari Dimanakah Ibu,Dikaulah pengganti Ibu yang dicari itu,
Dikau bukan Ayah,Dikau bukan ibu,Tetapi Dikaulah GURUku...





Assalammualaikum,Sajak ini khas untuk para pendidik yakni Guru terutama yang pernah mengajar dan mendidik diri yang lemah dan hina ini,bukan mudah dan senang untuk menjadi pendidik,bukan mudah dan senang untuk membentuk,mengajar,menyampaikan Ilmu yang dimiliki kepada insan yang tidak pernah tahu dan mengenali apakah ilmu itu...Tahukah Semua??,Baginda merupakan seorang Guru/Murabbi kepada Sahabat2 dan Ummatnya,Tahukah Semua?? Bagindalah seorang Guru yang sangat kasih dan sayang pada Murid2nya...Tahukah semua?? betapa mulianya Profession Perguruan...kerana :-


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)


Ringkasnya 3perkara yang akan dibwa selepas kehidupan sebagai seorang Manusia di muka bumi ini,iaitu
  1. Sedekah jariah
  2. Ilmu yang memberi manfaat kpd orang lain
  3. Doa Anak2 yang soleh dan solehah


maka "ILmu yang memberi manfaat kepada orang lain" merupakan Profession Perguruan,Subhanallah... beruntungnya,Mulianya seseorang Menjadi Guru,Aku bercita-cita menjadi Guru/Murabbi jika bukan kepada masyarakat aku akan menjadi Guru kepada Anak2Ku nanti,InsyaALLAH...


Sedikit perkongsian dan Selamat beramal...
Beramallah selagi hidup dimuka Bumi ini...

SELAMAT HATI GURU
Ikhlas dari Diriku;
Mohd Zulwafi Bahaudin(a.k.a Brother ZUL)
Penuntut ILMU,
Universiti Malaysia Pahang.

Hari NAKHBAH !!!

INFOGRAFIK MEMPERINGATI 64 TAHUN HARI NAKBAH PALESTIN - 15 MEI 2012

Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri.

Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernahkah terdetik di hati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita.

Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram.



Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi palestin. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata. Sebagai gantinya, kepedihan, keperitan dan derita makin dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis.

Pakatan Israel ini berjaya mengorak langkah sejak 1897 apabila tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Kemudian, dengan satu tekad pembentukan negara zionis, serta kerjasama sekutu kuat mereka, British, mereka telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 november 1917. British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin. Sejak itu, berlakulah penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin sehingga mencecah ratusan ribu orang. Sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas samada secara kekerasan dan juga penipuan oleh pendatang yahudi. Mereka dengan angkuhnya menguasai tanah haram tersebut. Yahudi laknatullah ini bukan sahaja menidakkan hak penduduk bumi Palestin yang sah, malah tegar mencabuli perjanjian antarabangsa. British juga tanpa segan silu mendesak PBB menjadikan isu Palestin ini sebagai salah satu agenda PBB.



Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk membahagikan tanah mereka kepada dua buah Negara bersaingan. Namun, usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 november 1947, PBB yang bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan meluluskan ‘ ketetapan 181 ‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang yahudi serta bakinya 1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali lagi berlaku ketidak adilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin bermaharajalela. Liga Negara Arab ketika itu juga gagal membantu Palestin apabila tentera yang dihantar turut dimusnahkan oleh pengganas yahudi. Akhirnya, Palestin terpaksa akur apabila yahudi zionis mengumumkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948 seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan ‘ palsu ‘ mereka secara rasmi pada 15 Mei 1948.

Inilah yang dikatakan yahudi laknatullah. Mereka tidak akan sesekali berdiam diri serta bersenang lenang selagi impian mereka tidak terlaksana. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “Engkau akan temukan orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (QS. Al-Ma’idah: 82). Rejim yahudi meningkatkan serangan dengan menghancurkan 478 buah kampung dan mengusir hampir 800 000 rakyat palestin ke luar Negara. Warga tua, kanak-kanak serta ibu mengandung dibunuh. Malah, anak di dalam kandungan dikeluarkan terburai. Sehingga kini Palestin terus diasak kekejaman dan penindasan. 
Peristiwa dahulu seolah-olah di ulang tayang semula kini. Pembunuhan, pemenjaraan, sekatan ekonomi serta serangan ke atas masjidil aqsa semakin menjadi-jadi. Namun, kemana perginya umat islam kini? Ketika saat British, yahudi dan PBB bersatu bergabung untuk menjatuhkan Palestin, umat islam tetap diam membatu seolah-olah menurut telunjuk PBB seperti Pak Pandir.

Ayuh, sahabat.. Isu Palestin ini bukan khas untuk rakyat Palestin sahaja. Bukan juga untuk negara-negara arab di sekitarnya, tetapi isu kita bersama selaku umat islam seluruh dunia. Sebagaimana termaksub dalam alquran yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat“(Al-hujurat:10). 

Pelbagai mekanisma harus diatur. Kefahaman perlu diperluaskan lagi, sumbangan kemanusiaan pula perlu dipergiatkan. Jom sama-sama tingkatkan usaha, perkasakan ukhuwwah, serta patrikan kesatuan bersama. Selebihnya, kita serahkan kepada ALLAH untuk menentukan segalanya. Insya-Allah, semoga kejayaan dan kegemilangan Islam sampai ke kemuncak satu hari nanti. Amin.

Oleh: Nur ‘Amahirah binti Hasan Zaki,
Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah.

Sumber: http://iskandariah.perubatan.org/v1/2010/05/remembering-nakba/