Katanya: "Tidak
ada jalan bagi menggantikan Kapitalisme dengan
Sosialisme kecuali dengan revolusi." (Marxisme)
Pemuda dalam hubungan ini adalah medan yang subur
untuk digunakan oleh semua aliran yang mempercayai Strategi Perubahan. Revolusi dan Coup-de-tat yang telah berlaku dan
akan berlaku di seluruh
dunia akan meletakkan asasnya
kepada pemuda-pemuda dalam usaha mencapai tujuan mereka itu.
Bagaimana pula sikap
Islam dalam hubungan menggunakan golongan pemuda
ini? Apakah
peranan pemuda dalam perubahan Islam yang dicita-citakan? Apakah ciri-ciri
Perubahan Islam itu?
Kenapa mesti Pemuda?
Kenapa fokus selalunya kepada pemuda?
Kenapa pergantungan sentiasa kepada pemuda?
Pada logik Islam, apabila
kita bergantung kepada pemuda, bukanlah bermakna kita melupakan
peranan orang-orang dewasa dan juga orang tua, atau memperkecil-kecilkan kedudukan mereka
seperti fahaman
Korainisme di mana seorang pemimpin mereka
selepas revolusi telah menuntut
supaya dihapuskan kesemua orang-orang tua supaya tidak menjadi beban kepada negara
Pada hakikatnya usia muda seorang pemuda ialah usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi dan darah yang gemuruh serta idealisme yang luas.
Iaitu usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula. Usia yang menabur jasa,
memberi kesan dan emosional.
Dari sini usia
muda pemuda dalam perkiraan Islam mempunyai
tanggungjawab dan nilai yang khusus dan kerana itu Rasulullah saw menekankan supaya pemuda-pemuda
merasai demikian
melalui sabdanya:
'Ambillah peluang lima perkara sebelum datangnya lima
perkara:- Usia muda kamu
sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan
kamu sebelum papa, masa hidup
kamu sebelum mati, dan
masa kosong kamu sebelum sibuk.'
Pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh
Islam untuk membangunkan dan memakmurkan
alam tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari
ini penuh sesak dengan pemuda
pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong,
hanyut dan terbiar;
Kenapa perlu persiapan pemuda islam?
Ada beberapa gambaran yang
berbeza di sekitar tugas seorang pemuda Islam dan
matlamat dari persiapan mereka itu. Apakah matlamat utama
dari persediaan pemuda
Islam ini?
Islam ini?
·
Adakah matlamatnya sekadar memelihara dirinya daripada kecundang oleh hawa nafsu dan dorongan-dorongan fitnah, atau setakat
supaya dia menunaikan fardhu-fardhu wajib yang ditaklif oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah? Adakah i
u sudah mencukupi?
·
adakah matlamat persiapan seorang pemuda Islam bagi untuk menjalankan amal-amal kebajikan?
Matlamat utama persiapan
pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk
melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap
masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan
pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran,
perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam
Tujuan 'manhaj' (method) Islam ialah untuk mengembalikan 'ubudiyah' manusia kepada Allah dalam segala
urusan hidup mereka. Dalam bidang akhlak
dan urusan hidup, dalam bidang undang-undang dan
pemikiran mereka. Ini bererti meruntuhkan asas-asas dan pusat-pusat yang
menjadi tempat tegak dan berdirinya masyarakat jahiliah dan tamaddun materialisme. Di tempatnya pula ditanam asas-asas supaya tertegaknya
sistem Islam.
Islam manhaj Perubahan
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan
(sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana kerana Allah. Kemudian jika
mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap
orang-orang yang zalim.(Al-Baqarah;193)
Manhaj
Rasulullah adalah manhaj perubahan
"Hai orang-orang kafir.
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang Aku sembah. Dan Aku
tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah
Tuhan yang Aku sembah. Untukmu
agamamu, dan untukkulah, agamaku."(Al-Kafirun1-6)
- Cabaran syaitan dan hawa nafsu.
- Cabaran serangan pemikiran.
- Cabaran keruntuhan akhlaq.
- Cabaran kerajaan sekular.
- Cabaran putus asa dalam kerja Islam.
Persiapan Pemuda
- Fikrah Islam
- Tarbiyah dan ibdah yang mantap(Usrah)
- Akhlak yang mantap
- Tinggi ilmu pengetahuan(Thaqofah)
- Berani menyahut cabaran
- Tidak berputus asa(optimis)
Al-Fatihah buat Beliau
(Dipetik dari Buku "Pemuda dan Perubahan" oleh Al-Marhum Fathi Yakin seorang Tokoh Gerakkan Islam)
No comments:
Post a Comment