Rahmat ALLAH jangan Kita Lupa
~~ "Jika ALLAH inginkan kebahgian kepada seseorang maka tiada 1 tanganpun yang dapat menghalang"~~~~"Jika ALLAH ingin mengampunkan sesorang maka tiada 1 tanganpun yang dapat menghalang"~~~~"Jika ALLAH ingin menurunkan Musibah kepada seseorang maka tiada 1 tanganpun yang dapat menghalang"~~
Inilah hakikat sebenar sifar Harus ALLAH Azza Wajalla...Terdetik hari ini,aku ingin menulis di dalam blog yang sudah hampir 4Tahun bertapak di Medan Maya ini,tatkala benak ini memikirkan tentang.."DOSA".."DOSA"..DOSA"...aku manusia biasa yang tidak akan lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan...Walaupun..Siapa AKU??Keturunan AKU??Siapa Mak Ayah AKU??Apa bangsa AKU??
Jika manusia ingin memohon keampunan pada ALLAH maka tiada 1 pun perantraan di antara manusia dengan ALLAH azzawajalla,inilah hakikat ISLAM yang tanpa membataskan hubungan manusia dengan Tuhan,Bila2 masa,di mana sahaja,tanpa kira waktu,jika kita ingin memohon doa/keampunan maka pada bila2 masa pun ALLAH sentiasa mendengar rintihan hambanya.Indahnya ISLAM yang meletakkan Pintu Taubat,yang merupakan Pintu yang paling Luas di kurniakan kepada Manusia...
Islam mengajar kita utk tidak menceritakan Aib kita sendiri dan orang lain,walaupun ketika itu kita sedar akan kesilapan kita...pernah 1 Ketika seorang Sahabat yang bernama Maiz,bertemu baginda Rasulullah S.A.W dan berkata pada baginda "Wahai Rasulullah,aku telah berzina",kemudian baginda berpaling,dan beberapa kali sahabat tersebut memaklumkan pada baginda bahawasanya dirinya berzina,namun baginda tetap mengelak utk meghukum Hudud kepada Maiz,dan akhirnya menurut riwayat,hukum di laksanakan kerana kehendak Maiz sendri,Ibrah yang ingin ditunjukka ialah Islam meletakkan hambanya utk tidak menceritakan aib sendiri,kerana Islam sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya untuk memohon keampunan dari ALLAH azzawajalla.Surah Az-Zumar:53
Asalnya Taubat sesorang manusia itu,hendaklah berazam tidak akan mengulangi perkara maksiat tersebut,namun manusia bukan lah insan sempurna,kadang2 bila di uji,maka kita gagal dan tewas sekali lagi,ayuh kita merenung kembali hadith qudsi ini..
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.
Teman-teman,Rakan-rakan,Sahabat sekalian,jangalah kita berputus asa dengan Rahmat ALLAH,bukan manusia,bukan nabi dan bukan Rasul yang memasukkan kita ke syurga,hakikatnya dengan hanya "RAHMAT ALLAH dikau mampu ke SYURGA"..ameen.
~Coretan Hamba ALLAH~
No comments:
Post a Comment