Malu rasanya ,
Mengatakan Cinta,
Kepada dia kekasih ALLAH,
Kerana dia insan mulia,
Sedangkan diriku,
Insan biasa.
Ku pujuk jua,
Hati dan jiwa,
Meluahkan rasa,
Cinta membara,
Didalam pujian,
Ucapan selawat,
Tanda penghargaan ,
Seorang ummat.
Selagi upaya,
Ku turuti ajarannya,
Apa terdaya,
Ku amalkan sunnahnya,
Moga didunia,
Mendapat berkat,
Diakhirat sana,
Peroleh syafaat.
Kerana peribadinya,
Aku terpesona,
Kerna budinya,
Aku jatuh cinta,
Rindu kepadanya,
Tiada terkata,
Nantikanlah daku,
Di taman syurga.
Ya rasul...Ku rindu padamu...Syafaatkan daku...
Ya rasul...Syafaatkan Daku...Ku rindu padamu...
Sesungguhnya apa,
Yang ku dambakan,
Adalah cinta,
ALLAH yang esa,
Kerana cinta,
Kepada rasulullah,
Bererti cinta,
kepada ALLAH...
Selagi upaya,
Ku turuti ajarannya,
Apa terdaya,
Ku amalkan sunnahnya,
Moga didunia,
Mendapatkan berkat,
Diakhirat sana,
Peroleh syafaat.
Kerana peribadinya,
Aku terpesona,
Kerna budinya,
Aku jatuh cinta,
Rindu kepadanya,
Tiada terkata,
Nantikanlah daku,
Ditaman syurga...
Sesungguhnya apa,
Yang ku dambakan
Hanyalah cinta,
ALLAH yang esa,
Kerana cinta,
Kepada rasulullah,
Bererti cinta,
Kepada ALLAH..
Sahabat sekalian... marilah kita muhassabah diri setakat mana cinta kita kepada rasullullah...KERANA CINTA RASULLULLAH BERERTI CINTA KEPADA ALLAH..
"Cinta umpama pisau, kerana cinta ia memberi kebaikan seperti pisau yang boleh memotong apa jua makanan,kerana cinta juga ia memberi keburukkan seperti pisau yang boleh membunuh..."
Oleh itu carilah cinta yang sebenar2nya CINTA..
No comments:
Post a Comment