Tuesday, September 1, 2009

Say!!! if only 1 WORD...

Aku mula berfikir adakah aku layak untuk berkata-kata tentang kebaikan kepada orang lain sedangkan diri ini banyak melakukan dosa.....

ALLAH berfirman surah As-Saff ayat 3:-

"Itu sangat dibencikan disisi ALLAH jika kamu mengatakan tetapi kamu tidak mengerjakannya"

Lantas,ini merupakan ayat yang di turunkan kepada kita tentang amaran oleh ALLAH S.W.T bahawa janganlah kita mengatakan sesuatu yang kita tak lakukan..marilah kita sama2 muhassabah diri kita sempena di bulan ramadhan ini yang dikatakan bulan tarbiyyah mengenai adakah kita sebagai daie yang sering menyuruh orang membuat kebaikan tetapi kita sendiri tidak melakukannya,melalui pengalaman diri banyak perkara yang diri ini menyuruh orang lain membuat kebaikan tetapi diri ini tak melakukannya.. Subhanallah..

Kemudian aku merenung kepada sepotong Hadis ini :-

sabda Rasulullah S.A.W "Yuballighu anni walau ayyah"
bermaksud:sampaikan padaku walau satu ayat.

Melalui hadis ini banyak telah mengajarku tentang bagaimana rasulullah mengajar kita supaya perkara yang baik hendaklah kita sebarkan sebagai pengajaran dan peringatan kepada kita agar kita sentiasa berpesan2 ke arah kebaikan,selain itu ia juga menjadi satu semangat kepadaku untuk berani berkata2 tentang kebaikan walaupun ilmu yang ada tidaklah sebanyak mana namun sekadar apa yang diketahui dan dipelajari akan dilontarkan sebagai tazkirah kepada kita semua....Dikisahkan bagaimana Saidina Abu Bakr berpesan2 kepada sahabatnya yang lain walaupun hanya beberapa hari masuk islam setelah ditarbiyyah oleh Rasulullah kemudian 4 sahabatnya itu tadi telah menjadi diantara golongan yang dijanjikan syurga oleh ALLAH ...ini boleh digambarkan bahawa kita hendaklah berpesan2 kepada kebaikan walaupun ilmu tidaklah seperti ustad mahupun ulamak2 kerana jika kita tunggu diri kita untuk menjadi ulamak baruklah nak menyuruh orang membuat kebaikan nescaya tiada seorang pun akan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Imam Said bin Jubair berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.”
Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?”

Jadi sebagai umat islam siapakah kita untuk mengatakan diri kita sempurna?? tetapi kita merupakan umat yang cemerlang yang dipilih oleh ALLAH s.w.t kerana kita umat yang menyuruh orang membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran...,cuma diri ini ingin mengatakan jadilah seperti burung yang cuba untuk memadam api yang membakar nabi Ibrahim walaupun dia tahu yang dia tidak mampu untuk memadam api tersebut namun apabila berhadapan dengan ALLAH S.W.T dia ada sesuatu usaha yang ingin ditunjukkan.. Bagaimana dengan kita???adakah kita nak berhadapan dengan ALLAH dengan tangan kosong?? Fikir2kanlah....

Akhir kata diharapkan kita sebagai jundullah hendaklah menyuruh orang membuat kebaikan disamping kita juga cuba melakukan kebaikan yang diseru itu....ALLAHUAKHBAR

1 comment:

disinikumencarisinar said...

salam...ya akhi, tazkirah yang baik untuk menyedarkan diri yang leka dgn duniawi...cuma untuk kemashlahatan bersama...check your spelling there are many wrong spelling..hehe;)