Thursday, December 17, 2009

Tauliah sementaraku dari JAIS berakhir

Syukur,Alhamdulillah kerana dengan nikmat kurniaannya aku masih lagi dapat meneruskan perjuangan ini dan masih lagi boleh berbicara mengenai nikmat nya yang tidak akan dapat dibalas oleh insan yang lemah ini yg bernama Zulwafi...aku bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberi aku peluang untukku menyumbangkan sesuatu untuk agama yang diredhoinya,yakni ISLAM...walaupun sumbangan aku ini tidak seberapa namun aku berharap apabila aku disoal olehnya nanti.."APAKAH SUMBANGAN DIKAU KEPADA ISLAM",insyaallah..aku ada sesuatu untuk ditunjukkan.
"Abang nak pangil ustad ke nak panggil abang Zul"
-adik2 bertanya
Tidak ku sangka tujuan ku berjumpa untuk menanyakan pada seorang ustad mengenai ada atau tidak Usrah disini,kerana aku merasakan hari aku tidak terisi dengan perkara yang berfaedah lantas aku ditaklifkan sebagai guru sementara kerana kekurangan tenaga pengajar bagi sebuah program anjuran JAIS yang dilakukan bagi setiap masjid di Selangor "Program Daurah Kefahaman ISLAM dan Penghayatan Al-Quran Remaja Negeri Selangor"untuk mengisi masa lapang adik2 di sungai choh mengenai perkara2 asas fardhu ain dan sebagainya,program ini disertai oleh 100 orang peserta dari umur 8 hingga 16 tahun yang dijalankan selama 4 minggu.

"Ustad saya ni tak berapa tahu sangatlah tentang nak mengajar ni terutama Tajwid,saya lemah sikit"..Zulwafi.

"Boleh..ajar asas je"...Ustad Khaizir.

It's not easy to teach especially for candidates below 12years old..phew, memang memeningkan macam -macam perangai yang mereka tunjukkan tetapi ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan,sedikit tips untuk mendidik adik2:-insyaallah...

1.Sentiasa senyum
2.Jangan melenting jika mereka melakukan kesalahan.
3.Sentiasa bersama mereka.
4.Belanja mereka.
5.Sentiasa mendengar apa yg mereka ingin katakan.
6.Sentiasa mengingatkan mereka perkara2 yg baik.
7.Sentiasa menjawab persoalan mereka.

Mungkin ini dapat membantu kita untuk kita mencari penganti kita pada masa hadapan,aku amat menghargai mereka...bila waktu terakhir aku bersama mereka,ketika "sesi salam semut" aku merasakan satu semangat untuk aku terus berjuang,aku mempunyai matlamat aku sendiri iaitu aku ingin mengubah kampungku sendiri sehingga tertegaknya pemerintahan ISLAM.Aku juga bersyukur kerana aku dapat mencari beberapa orang adek2 yg igin mengikuti usrah denganku ada diantaranya faham tentang usrah dan ada diantaranya baru mengenali dan ALHAMDULILLAH...aku juga sudah membuat usrah dengan mereka sebanyak 3kali...dan aku ingin bertemu dengan mereka lagi..untuk berusrah..,jika diizinkan ALLAH akan aku menjadikan usrah satu perkara yang penting dikampungku untuk merapatkan Ukhwah mereka..

Ketika program daurah dilaksanakan perkara yg aku titik beratkan kepada adik2 ialah mengenai masalah sosial remaja:-

1;Mengenai cerita lucah bukan cerita kartun.
2.Couple bukan perkara ringan.
3.Aurat mereka.
4.Adab mereka dengan Ibubapa.

Akhir kata,walaupun berakhirnya program daurah ini dan juga usrah pada tahun ini wajah2 adik2ku tidak akan terpadam dari ingatan ini,"aku berharap sumbangan aku untuk ISLAM tidak akan putus" bukan hanya ia berakhir sepertimana tauliah sementaraku berakhir pada 24/12/2009....Insyaallah...

Barisan FASILITATOR... Ok...adek2 semua bleh beratur.... Adek2 in my group.. Adek2 muslimin berjaya mendapat SIJIL dari JAIS...Tahniah... Muslimat sejati mendapat SIJIL...insyaallah...EH anak sape la ni? abg irfan,abg zul,abg am dan danish SENYUM..... 7 Golongan yg mendapat perlindungan dibawah ARASY ALLAH di akhirat kelak:-
Diantaranya ialah golongan dimana mereka bertemu dan berpisah kerana ALLAH..
INSYAALLAH KITA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH

2 comments:

Al Amin said...

Salam.
Tahniah bt nta. Teruskan perjuangan nta. Doa ana sentiasa mengiringi nta insyaAllah. Tegakkan lah Islam walau dimana jua kamu berada.

CheR-PoT said...

Salam shbt. Bagus teruskan sumbangan kita untuk membangunkan masyarakat Islam.