" kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu)menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran,dan beriman kepada ALLAH....."
Umat Islam merupakan umat yg melaksanakan tugas dakwah dan umat yg mempunyai pelbagai kelebihan selain umat terdahulu...Kita adalah Umat TERBAIK.Sebagai contoh pohon-pohon buah yg dikeluarkan oleh ALLAH dikebun kita dan tidak dikeluarkan utk dirinya saja tetapi untuk kebaikan kita atau utk dimakan...maksud disini keluarnya kita mempunyai Tanggungjawab.Sering kita katakan bahawa dakwah hendaklah perlukan ilmu yg secukupnya setelah itu barulah kita perlu laksanakan dakwah...Ia memang benar kita memerlukan ilmu dahulu utk berdakwah tetapi ini tidak bermakna kita perlu mendalaminya sehingga kita sempurna dari segi amalan barulah kita boleh berdakwah.Hal ini menyebabkan kekeliruan umat Islam kini untuk menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana menanti diri sehingga dirinya dipenuhi ilmu dengan secukupnya.
Sabda Rasulullah:-"Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat"
mesej yg jelas mengatakan dalam ingin menyampaikan sesuatu tidak perlu mempunyai ilmu yg tinggi erti kata yg lain apa yg boleh difahami dan boleh dikongsikan utk kebaikan ummah maka hendaklah disampaikan walaupun sepotong ayat tetapi ilmu yg diberi hendaklah dilandasan yg benar dan sohih.
Dengan ini Imam Said bin Jubair mengatakan :-
"Jika seseorang itu tidak mahu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran sehingga dirinya menjadi sempurna maka tiada seorang pun akan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran"
kemudian ia disokong oleh Imam Malik dengan menambah:-
"dan siapakah diantara kalian yglengkap dan sempurna?"
Sebahagian umat islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan ilmu pada dirinya tidak sempurna dan amalan yg masih belum sempurna maka menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran akan terbantut.
"adik berhenti main game jap jom kita pegi sembahyang?"...hatta ini juga merupakan dakwah dan dakwah merupakan satu perlaksanaan yg boleh dipelbagaikan mengikut situasi.Hakikatnya ISLAM mengakui tahap kemampuan sesetiap individu berbeza,justeru Rasulullah bersabda:-
"Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan dan jika tidak berdaya maka cegahlah ia dengan lidah dan jika tidak berdaya cegahlah dengan hatinya dan mencegah dengan hati ialah selemah-lemah iman"Riwayat Muslim.
Method dakwah berbeza melalui situasi,tempat,masa dan Mad'u (golongan sasaran),oleh demikian pengkajian hendaklah dilaksanakan.Sebagai contoh pendakwah ingin berdakwah kepada golongan remaja yg suka lepak,dan jika kita berpakaian seperti ingin ke masjid,maka sebelum kita menghampirinya mereka akan bertempiaran lari..."woi..pak imam...lari" maka perlaksanaan dakwah boleh terbantut,hukum dakwah adalah wajib tetapi berpakaian utk ke masjid itu bukan wajib...erti kata disini hukum islam tetap tetapi perlaksanaan dipelbagai.Tetapi harus diingat Matlamat tidak menghalalkan cara...situasi tadi hanya sesuai bagi golongan lelaki dan jika wanita ia tidak boleh kerana berpakaian labuh atau melonggarkan pakaian adalah kewajipan dan jika mereka berubah pakaian maka ia adalah Salah,oleh itu method hendaklah diubah.
Sahabat,berusahalah utk kita mengajak manusia kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran,kerana ALLAH tidak memandang hasilnya tetapi ALLAH melihat usaha kita,akhir kata jadilah seperti Burung yg berusaha utk memadamkan api yg membakar nabi Ibrahim,malaikat berkata pada burung"apa yg kau lakukan itu tidak akn dapat memadam api itu" lalu burung itu menjawab"biarlah,sekurang2nya apabila ditanya oleh ALLAH aku ada sesuatu yg nak ditunjukkan"...Renungkanlah,yg baik datang dari ALLAH dan yg buruk datang dari Insan yg lemah ini.SALAM.
No comments:
Post a Comment