Monday, January 11, 2010

Al-Quran dan Ideologi

Alhamdulillah,Ar-Rahman masih lagi memberi ku kesempatan untuk aku melontarkan apa yg berada di dalam MINDA ini.Apa yg aku ingin perkatakan pada blog kali ini adalah mengenai IDEOLOGI yg boleh merosakkan aqidah umat ISLAM.Minda atau AKAL merupakan pencetus kepada idea2 yg boleh merangsang tubuh badan utk bertindak melakukan sesuatu namun setakat mana idea2 ini boleh digunakan dan memberi manfaat kepada sekalian manusia,ia tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang itu utk memberi sumbangan pemikiran/idea2 yg boleh mendatangkan manfaat namun sesetengah manusia yg menyalah gunakan akal fikirannya dengan melontarkan pelbagai Ideologi yg boleh merosakkan aqidah umat ISLAM tetapi bagi sesetengah pihak yg lain ia memberikan kebaikkan kepada dirinya.

Aqidah Islam ialah berpegang teguh kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH.Intisari didam aqidah ialah :-

1)Tauhid Rububiyyah-kepercayaan sekalian manusia yg mengakui bahawa adanya tuhan yg mencipta,mentadbir sekalian alam dan kita manusia merupakan makhluk ciptaannya.

2)Tauhid Ulluhiyyah-Ia merupakan pemisah kepada umat islam dengan agama lain iaitu meletakkan bahawa ALLAH S.W.Tmerupakan satu-satunya tuhan yg layak disembah dan tiada satupun yg setara dengannya,ia tidak beranak dan tidak diperanakkan.

3)Tauhid Asma Wassifat-kepercayaan bahawa tuhan yg mempunyai sifat-sifat kesejmpurnaan dan terpuji.

Ini merupakan serba sedikit mengenai apa itu aqidah ISLAM.Kenapa ALLAH meletakkan MUHAMMAD Bin ABDULLAH, the massagger of ALLAH seorang yg buta huruf dan tidak tahu menulis??Ini kerana ingin MENYANGKAL bahawa kitab AL-QURAN yg diturunkan adalah hasil daripada tulisan dan pemikiran Rasulullah kerana ketika waktu itu tanah arab terkenal dengan syair2 serta gurindam,dengan turunya AL-QURAN maka ia menjadikan satu fenomena kepada masyarakat arab ketika itu tentang kehebatan AL-QURAN dari sudut bahasanya,massagenya dan sebagainya.Ini jelas menunjukkan bahawa perbezaan Wahyu ALLAH dengan pemikiran manusia yg terbatas.

AL-QURAN=Wahyu ALLAH
IDEOLOGI=Pemikiran Manusia.

Realiti masa kini manusia lebih menjadikan Ideologi sebagai cara hidup mereka dan bukannya Al-Quran,mungkin sesetengah mengatakan "aku masih lagi beragama ISLAM" namun kehidupan mereka sebenarnya lebih kepada ideologi yg dibawa oleh anasir2 yg jahat ini yg sentiasa berusha membawa kesesatan kepada manusia.Komunisme,liberalisme,darwinisme,sekularisme dan sebagainya adalah salah satu daripada Ideologi manusia yg terbatas.Malaysia kini dilihat menjadi sebuah negara ISLAM yg hanya kerana majoriti penduduknya beragama ISLAM dan bukan bermaksud ISLAM dari pelbagai sudut,ini kerana ideologi sekularisme yg menjadikan Malaysia sebegini iaitu memisahkan agama dalam aspek kehidupan sebagai contoh: Agama ISLAM terpisah dengan Politik,ini menunjukkan Malaysia kini lebih kepada Sekularisme.Ia bukan sekadar itu sahaja malahan pendidikan ,kebudayaan,ekonomi,akhlak dan sebagainya hendaklah disatukan dengan ISLAM tetapi ia telah terpisah,ini jelas menunjukkan sekularisme telah berleluasa di negara kita.Selain itu masyarakat malaysia kini juga lebih kepada menjadikan ISLAM hanya terletak disebahagian tempat sahaja dan tidak menjadikannya sebagai satu cara hidup.

Sekularisme adalah ideologi yg merosakkan akidah,ia merupakan satu cara untuk meruntuhkan Umat ISLAM agar menjadikan agama yakni ISLAM bukan sesuai untuk semua perkara tetapi hanya untuk sebahagian sahaja ,selain itu ia juga merupakan cara anasir2 jahat untuk menjadikan Dunia ini Sebagai Matlamat hidup manusia.Mari kita melihat serba sedikit contoh Sekularisme yg ada di MALAYSIA:-

1.Pendidikan-Malaysia kini sebenarnya mengikut sistem pelajaran Barat yg meletakkan agama sebagai sebuah subjek mata pelajaran sahaja dan tidak bersangkut paut dengan mata pelajaran yg lain,ia tidak disangkal bahawa ia juga mendatangkan kebaikan tetapi apa yg dilihat produk ataupun hasil yg dikeluarkan ialah menjadikan seseorang yg berilmu tinggi tetapi dari aspek agamanya mereka gagal.Terang dan jelaslah sistem selama ini tidak berkesan,selaian itu ia juga tiada penekanan dari aspek pembelajaran agama justeru sesudahnya habisnya SPM mereka tidak terdedah kepada pendidikan ISLAM jika mereka mengambil aliran bukan agama.Kesimpulannya mereka yg terkeluar dari bidang agama contohnya kejuteraan,kedoktoran,perguruan dan lain2 haruslah mencari pelajaran agama (ISLAM)dengan usaha sendiri.

2.Hiburan-Malaysia kini dilihat lebih menjadikan hiburan sebagai aspek penting dalam kehidupan,ianya tidak salah untuk berhibur tetapi hendaklah tidak melanggar batas2 dalam ISLAM.Ia boleh dilihat dengan adanya pelbagai program yg dianjurkan oleh pihak media massa yg lebih terjerumus kearah kemaksiatan selain itu ia juga menjadikan anasir2 jahat yg mudah memasuki di malaysia kini, kenapa ia sekular??kerana setiap hiburan yg bertapak di MALAYSIA kini telah terpisah dengan agama ISLAM.Selain itu konsep Matlamat Menghalalkan Cara di Malaysia kini mula berlelusa seperti Drama NURKASIH..matlamat dia betul dan baik tapi cara yg hendak disampaikan Salah.Kesimpulan berpada2 dalam berhibur agar tidak terjerumus kelembah kemaksiatan.

3.Pemerintahan- Realiti MALAYSIA kini menggunakan sistem pemerintahan barat dimana memisahkan Politik dengan Agama,jelaslah Sekularisme bertapak pada sistem pemerintahan MALAYSIA.Ianya dilihat golongan Alim Ulama' tiada tempat di jabatan perdana menteri selain itu jabatan agama hanyalah diletakkan sebagai urusan keagamaan sahaja,pandangan golongan Alim Ulama' diketepikan dalam soal pemerintahan ,selain itu sistem mahkamah syariah hanyalah digunakan untuk menghakimi soal2 agama sahaja yg tidak menjadikan utk menghakimi semua aspek lalu mahkamah civil dijadikan untuk menguruskan soal yg tidak berkenaan dengan agama.Terang lagi jelas Agama ISLAM telah terpisah dari Politik.

ISLAM adalah sebuah sistem yg menyeluruh dari aspek negara,undang2,pendidikan,ekonomi,kehakiman,kebudayaan,hiburan,akhlak,ketenteraan,rakyat dan sebagainya.Akhir kata "SAY ISLAM IS THE WAY OF LIFE".

No comments: