Pernahkah kita terfikir adakalanya kita sama /we are equal to Abu Lahab..kita merupakan golongan manusia dimana apabila disebut Abu Lahab kita secara tidak langsung akan memusuhi dirinya dan membenci dirinya kerana dia merupakan manusia yang banyak menghalang dakwah Rasulullah S.A.W. dalam menegakkan agama islam.Ingatlah sahabat sekalian janganlah kita memusuhi seseorang itu kerana apa yang dia lakukan tetapi memusuhilah dan membencilah perbuatan yang dilakukannya bukan orangnya,disini bukan menyuruh untuk menyukai Abu Lahab tetapi untuk dijadikan contoh agar kita tidak melakukan perbuatan yang keji dilakukannya.
Berbalik kepada we are aqual to Abu Lahab,kita sebenarnya tidak sedar kerana adakalanya kita seperti dia,sebagai contoh kita lihat ketika kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W. pada 12 rabiulawal,Abu Lahab merupakan seorang Pak cik yang amat berbangga dan bergembira ketika itu kerana dengan kelahiran manusia teragung ini sehinggakan kegembiraan dia menyebabkan dirinya sanggup melepaskan hamba2nya serta menyembelih beberapa ekor binatang untuk dibuat jamuan serta sedekah..Namun setelah wahyu diturunkan kepada baginda untuk menyebarkan islam secara terbuka maka Abu Lahab merupakan orang yang terkuat bagi menghalang dakwah baginda untuk menyebarkan islam..Disini kita lihat apa yang dikatakan kita adalah sama dengan Abu Lahab..Apabila tibanya maulidurrasul kita merupakan golongan manusia yang akan bersungguh untuk2 menyambutnya sehinggakan sanggup untuk menempah baju baru untuk dijadikan perarakan ketika itu dan sebagainya..Namun apabila disuruh untuk kita mengikut syariat islam secara Syumul/menyeluruh tetapi kita merupakan orang yang terhebat menentangnya seperti Hukum HUDUD yang hendak dilaksanakan di Malaysia..FIKIR2kanlah
Ini adalah merupakan contoh yang termudah untuk mengatakan kadang2 kita sama dengan Abu Lahab ,berbalik dengan hukum hudud sebenarya ada diantara kita yang masih tidak faham tentang perlaksanaannya namun kita yang sudah memahami serba sedikit hendaklah memahamkan mereka yang berada diluar sana….ingatlah kata2 As syahid Imam Hassan Al Banna: 'TARBIYAH MELEBIHI MASA YANG ADA'….
Pesanan terakhir dari diri ini…”Sesungguhnya seseorang manusia itu masuk kesyurga bukanlah kerana amalanya,ibadahnya,puasanya mahupun solatnya tetapi ia kesyurga kerana RAHMAT dari ALLAH S.W.T”
No comments:
Post a Comment