Situasi:-
1)Posting Facebook:"Kepimpinan BN negeri dan Pusat perlu mengambil ikhtibar terhadap kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat yang berjaya menunaikan janji memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan walaupun baru dua bulan memerintah. Bekalan air secara percuma itu akan dilaksanakan pada 1 Jun sebagaimana diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim...Saya Hang Tuah menyatakan sokongan penuh kepada Beliau..(^_^)...uhuhu"
Fakta AUKU:
Section 15(3)Seseorang Pelajar Universiti,dan mana-mana persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan pelajar Universiti,yang ditubuhkan oleh di bawah atau mengikut perlembagaan,tidak boleh menyatakan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya di tafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap-
a)mana2 persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang2,sama ada di dalam atau di luar Malaysia;atau
b)mana2 persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti.
Kesimpulan:Hang Tuah takkan dikenakan AUKU kerana AUKU membenarkan.
2)Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Pekan(UMPk),meluluskan kertas kerja penubuhan Kelab Penyokong Barisan Nasional di dalam Kampus(UMPk) yang di pengerusikan oleh Hang Jebat dengan membawa aktiviti politik BN di dalam Kampus UMPk ex:memacak bendera di sepanjang bangunan canseleri,kuliah,library,KK1,K
Fakta AUKU:
Section 15(1)Tertakluk kepada subseksyen(2),seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana2 persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang,sama ada di dalam atau di luar Malaysia ,termasuk Parti politik.
(2)Seseorang pelajar Universiti tidak boleh
a)menjadi ahli mana2 persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang2,sama ada di dalam atau di luar Malaysia.
b)menjadi ahli mana2 persatuan,pertubuhan,badan atau kumpulan orang,yang bukannya sesuatu parti politik yang ditetapkan oleh lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau universiti;atau
c)terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam kampus.
Kesimpulan:Hang Jebat boleh dikenakan AUKU kerana melaggar section 15(1)(2)(c) yang melibatkan aktiviti parti politik di dalam kampus..so..BEWARE yee..(^_^)huhu..HEP pun bleh kena AUKU.
From my Humble opinian:-
Pernah kita terfikir??Kenapa Mahasiswa sangat memperjuangkan AUKU perlu di mansuhkan??ataupun AUKU section 15 perlu di mansuhkan??
1)Kini AUKU pindaan 2012,merupakan 1 keterbukaan baru kepada Mahasiswa utk bersuara,mengkritik,melontarkan padangan,menyokong,membantah sesuatu kepada kerajaan demi kebaikkan negara dimana sepatutnya 41 tahun yang lalu Mahasiswa perlu rasainya,mahasiswa bukan hanya dilahirkan demi utk mereka mencari pekerjaan,namun jauh disudut itu,masyarakat inginkan Mahasiswa yang yang berani,yang jauh daya pemikiranya demi membela nasib masyarakat di luar sana,Kerajaan seharusnya mengambil ianya sebagai satu daya fikir anak muda,perlu layani mereka seperti anak yang baru sahaja ingin mempelajari sesuatu,salah tidak mengapa kerana mereka yakni Mahasiswa sedang ingin belajar,biar salah kini jangan nanti ketika sudah memimpin negara nanti baru sedar atas kesilapan dan kesalahan.
2)AUKU membenarkan Mahasiswa menyertai Parti Politik bukanlah bermaksud Mahasiswa membawa bulat2 Parti Politik kedalam kampus,saya kira ianya bukanlah 1 tindakkan yang Bijak,sebagai contoh menubuhkan "Kelab Penyokong Barisan Nasional" di dalam kampus,melakukan Kempen scera terang-terangan seperti memacak bendera di setiap ruang di Kampus,saya kira ianya keterlaluan,namun sudut pandangan saya biarlah Kampus bersikap tidak "BIAS" kemana2 Parti Politik,laksanakan Wacana Ilmu,laksanakan perdebatan secara Ilmiah yang didatangkan dari tokoh2 dari setiap Parti politik,wujudkan suasana "Mahasiswa perlu menilai sendiri",bukan dengan sogokan wang ringgit,sogokkan pangkat kepada Mahasiswa demi mendapat sokongan Mahasiswa,biarkan Mahasiswa berfikir sendiri.
~~that's all about my humble opinion~~
~~Fikir dan Nilai~~
Mohd Zulwafi bin Bahaudin
Mahasiswa Tahun Akhir.
2 comments:
nak tanya...kelab penyokong BN sudah masuk ke UMP ke? tapi tak pernah dgr pon cite ni?
untuk makluman ttg klb penyokong BN IPTA,kelab ini x akan ditubuhkan di dalam kampus
malah kelab ini di tubuhkan di luar kampus yg mana mengikut zon..UMP berada di ZON Timur bersama2 UMK,UniSZA,UMT
(RESPON DARI YDP MPP UMP)
Post a Comment