Monday, October 11, 2010

Buat DiriKU

Ya ALLAH ...

Pantaskah daku utk memperolehi syurgaMu?,adakah begini sikap dan tingkah laku ahli syurgaMu?adakah daku mampu memperolehi syurgaMu?...


persoalan yg bermain di Minda....


Terkenang daku ketika waktu kecil yg tidak pernah mengenal erti Tanggungjawab dan jugaamanah,tidak penah terdetik utk daku memegang amanah mahupun tanggungjawab,namun hari berganti hari,diri makin menyedari bahawa daku bukan lagi yang boleh dipanggil "epi"....Ya ALLAH keringatKu makin bertambah ketika melihat anak2 kecil yang berlari-lari serta bermain di masjid,taman2 permainan,apatah lagi apabila daku pulang ketika waktu Ramadhan "Alangkah seronok jika daku menjadi seperti Mereka"...Zulwafi "kini dikau sudah bergelar Syabab,yang akan memegang tanggungjawab yang perlu dikau galaskan dipundakMu"....

Firman ALLAH

"Demi masa .sesungguhnya manusia dalam kerugian"(Al-Asr 1-2)

Lantas mengimbau firman ini,bahwa janji ALLAH,manusia itu berada didalam kerugian...

Firman ALLAH "Kecuali orang yang beriman....."(Al-Asr 3)

Kecuali mereka yang beriman...Ya ALLAH tempatkanlah daku ditempat org2 yg beriman...

Hari berganti hari kini daku berakhir SPM 2007..dan mula melangkah kegerbang ilmu yng mencabar di KMPK...Epi ingat pesanan Mak "cari dunia dan cari Akhirat sekali"...inilah kata2 yang tidak pernah daku terlupa dari ingatan ini.

Ya ALLAH banyaknya dosaku....kehidupanku sepanjang hidup bermula kecil hingga naik sekolah menengah...tidak sekali pon memikirkan utk memahami dan mencari apa itu ISLAM...SAHABAT S.M.K.SG.CHOH..

KMPK 2008/2009..Disini daku bermula,daku cuba mencari apa yang diamanahkan untukKu...daku bertemu dengan seorang abg yang boleh dikatakan sbgai manusia dimana ALLAH meletakkan hidayah diatasnya Utk daku..."Ya ALLAH..masukkanlah abg Tarmizi ini dikalangan org2 yg beriman"....

Melihat wajah pemuda ini teringat kisah bersama2 dengan mereka berzikir serta berfikir dalam mengenal ALLAH,kami berjalan bersama2 menuju kesuatu tempat utk mendekatkan diri kepada ALLAH dan cuba mengajak manusia mengenali ALLAH,walaupun diri tidak sempurna tetapi daku cuba mengajak manusia mengenal ALLAH...kerana daku tidak mahu mereka lalai serta alpa seperti mana waktu dahuluku,kadang2 pernah terfikir alangkah ruginya tidak mahu berlajar bersungguh2 di dalam memahami agama....

Imam Said bin Jubair "jika manusia menunggu dirinya sempurna baru hendak menyuruh orang membuat kebaikkan dan mencegah kemungkaran ,nescaya tiada seorang pon di muka bumi ini akan menyuruh orang membuat kebaikkan dan mencegah kemungkaran"

lantas Imam Malik membalas"Siapakah diantara kalian yang sempurna?"

Daku mula melangkah setapak dalam memahami tanggungjawab dan juga amanah yang akan di pikul sebagai pemuda yang dikatakan "syababul islam",pelajari akidah,iman dan juga ihsan didalam ISLAM,berusaha dalam mempelajari ilmu pengetahuan dan ilmu kepimpinan bersertakan ilmu agama...Disini daku banyak belajar dalam mendidik diri utk menjadi seorang pemimpin "aku ni tak pandai nak jadi ketua ni,sbb tak pnah langsung jadi ketua dalam persatuan dan sbgainya dan aku pon kat sekolah menengah tak aktif pon berpesatuan"...inilah lontaran suara daku kepada sahabat,namun daku berbalik kembali matlamat yang perlu ada didalam diriku apabila diberi amanah sebagai seorang ketua "Oh,jika bukan aku siapa lagi yang boleh membantu mereka dan mengawal mereka utk tidak terlanjur dari batas2 syariat Islam"...berfikir kembali,akhirnya daku setuju lalu diberi amanah sbgai Pengerusai Kelab Kebudayaan KMPK 2008/2009(Ya ALLAH seandainya ada yang daku terlupa dalam melaksanakan tanggungjwab sebagai seorang ketua maka ampunilah aku ,sesungguhnya daku hanyalah insan yang lemah)....berakhir kehidupanKu di KMPK dan selangkah lagi ke medan yang paling mencabar setelah di didik dan diberi kefahaman tanggungjawab dan amanah yang akan digalas nanti "cabaran dan halangan yang akan di tempuhi"

Perjuanganku disini, UMP 2009/2013...INSYAALLAH



Daku cuba meneruskan dalam mencari erti perjuangan ,cuba untuk melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan walaupun kadang2 berfikir diri ini lemah dan tak mampu untuk menggalasnya...

Firman ALLAH
"tidak aku bebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupan dirinya"

Firman ini memang telah memberi bukti kepada ku bahawa ia merupakan tanggungjawab yang aku boleh laksanakan dengan kesanggupan diriKu...waktu ini aku diberi amanah sebagai Ketua Fasilitator MIND'S 2010,berat bagiku sebenarnya utk memegang amanah ini,dengan bantuan sahabat dan dirinya yang dikatakan fitrah sbgai seorang lelaki daku berjaya melaksanakan tugas ini walaupun bukan sebagai ketua yang terbaik...

Tanggungjawab dan amanah masih lagi diteruskan,walaupun minat ataupun keinginan lebih kepada perkara yang lebih disukai ....ia juga tanggungjawab tetapi bagiku ianya tanggungjawab yang berbeza melalui kecenderungan diri..

FIRMAN ALLAH "...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu terbaik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ,padahal itu tidak baik bagimu,ALLAH lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"(Al- Baqarah 216)

Ingatlah pemuda dikau SYABAB HARAPAN...dikau bukan lagi kanak2 yang tidak mengenal erti tanggungjawab dan amanah tetapi dikau kini bergelar PEMUDA...

Pemuda itu,
Pemuda harapan agama,
Belajar mematangkan diri,
Biarpun tak sejajar dengan usia ,
Mencari titik permulaan,
Dalam mancari redha Tuhan...

Tatkala remaja seusia lalai dengan syurga dunia,
Berhempas pulas si pemuda,
Merangkak dalam zulumat,
Terkapai-kapai,
Mencari Nur dari Tuhan,
Dari zaman kejahilan,
Menuju sinar ketaqwaan...

Hebatnya pemuda itu,
Mengoreksi diri demi meneguhkan iman,
Mendambakan kasih dan cinta dari Tuhan,
Menyerah jiwa dan raga ke jalan kebenaran...

Muslimin yang penuh kehebatan,
Punyai sebuah agenda kehidupan,
Melahirkan generasi Al-Quran,
Pewaris dakwah Rasul junjungan,
Demi pembentukan Islam yang gemilang..

Teruskan langkahmu,
Wahai pemuda harapan,
Usah melatah tatkala dijengah ujian,
Jangan gentar dihujani cabaran,
Sesungguhnya,
Itulah tanda KASIH SAYANG TUHAN...
Moga diriKu menjadi SYABAB HARAPAN ini..AMEEN

1 comment:

Al Amin said...

Salam'alaik...

Buat shbtku yang dirahmati Allah, post yg sgt bk ya akhi, membuat ana pun memuhasabah perjalanan diri ini. sesungguhnya, hidayah itu milik Allah dan ia terlalu mahal harganya sehinggakan Allah memberikannya hanya kpd hambanya yang layak. apa yang berlalu, biarkan ianya berlalu dan jadikan ia iktibar utk membina masa depan pla. doa ana, smga shbt ana ini terus istiqamah d jalannya dan semoga nusrah Allah sentiasa bersama... barakallahufiqum...