Alhamdulilllah,bersyukur dikurniakan Islam kepadaKu,tanpa kenikmatan ini maka setiap perjalanan dalam kehidupanKu hanyalah utk kehidupan di Dunia semata-mata,dan kesyukuran daku bertambah lagi dengan KefahamanKu mengenai Tanggungjawab dan juga Amanah yang sedang digalas ini....
Kata Masyur Sayidina Ali R.a "setiap mereka yang mengucap 2kalimah syahadah adalah Pendakwah"
Firman ALLAH "....pada hari ini telahku sempurnakan AgamaMu buatMu,dan telah kecukupkan nikmatKu bagiMu,dan Aku redho ISLAM sebagai AgamaMU...." Al-Maidah 3
Melihat firman ini dan kata2 masyur yang dilontarkan oleh para sahabat membuatKu bertambah kesyukuran Kepada ALLAH,ISLAM itu agama yang sempurna ,tidakkah pernah kalian bersyukur diatas nikmat ISLAM yang dikurniakan?...tepuk dada tanya IMAN...Ya ALLAH,pernah terdetik difikiran ini "beginikah kehidupan Ku dewasa ini?,penuh dengan tanggungjwab dan amanah yang selama ini tidak pernah terfikir utk menggalasnya"
Sahabat,disini daku ingin berkongsi sedikit mengenai satu kisah yang menarik yang membuatKu berfikir lagi,iaitu satu kisah mengenai Cikgu dan Anak Murid:
Pada satu hari,diluar kelas Cikgu mengajak anak Muridnya utk keluar dan membuat sedikit akitivi utk memberikan kefahaman kepada muridnya...
Cikgu : Assalmmualaikum Murid2,apa khabar?
Murid2 : Khabar baik Cikgu.
Cikgu : Hari ini Cikgu nak kamu semua utk berjalan dikeliling padang ini Tanpa menoleh kebelakang atau patah balik kebelakang,Cikgu nak kamu teruskan berjalan kehadapan
sehinggalah kamu berhenti ditempat dimana kamu bermula,Faham ?
Murid2 : Faham Cikgu?
Cikgu : dan kemudian sepanjang perjalanan itu Cikgu Mahu kamu semua memetik BUNGA yang cantik dan juga menarik menurut pandangan kamu semua dan berikan kepada Cikgu,Boleh murid2 semua?
Murid2 :baik Cikgu.
Cikgu : Ok,kamu boleh mula sekarang.
Setelah itu semua murid2 itu mulakan langkah dalam mencari BUNGA yang cantik dan menarik bagi mereka.
Murid 1 : Wah!! banyaknya BUNGA cantik,mana satu nak petik ni,EH!!! kat depan tu lagi cantik la (Murid ini berjalan dan berjalan tanpa memetik 1 pon BUNGA yang cantik dan menarik baginya)...Eh!!!! Alamak!!! dah sampai tempah permulaan KE...camna nak petik bunga ni,Cikgu cakap tak boleh patah belakang...(Lantas Murid ini berjumpa dengan cikgu dan bertanya kepada Cikgu itu)
Cikgu : kenapa ini?
Murid 1 : saya tak dapat nak petik 1 bunga pon Cikgu sebab bila saya berjalan kehadapan,saya lihat ada lagi bunga yang lebih menarik dan saya bergerak la kehadapan, kemudian bila dah sampai kehadapan saya tengok kat depan ada lagi yng lebih Menarik,sehinggalah saya sampai kegarisan penamat saya tak sedar pon yang saya tak petik satu Bunga pon disebabkan kat hadapan ada yang lebih Cantik,dan saya pon tak boleh nak berpatah balik,jadi Cikgu?
Cikgu : Begini MuridKu,Itulah Cikgu ingin gambarkan kepada Kamu,mengenai keSEMPURNAAN,Cikgu kaitkan kesempurnaan ini dengan Kecantikan Bunga itu,memang kita sebagai Manusia ingin kan kesempurnaan,kehidupan ini sentiasa berjalan tanpa berpatah balik dan mungkin ada kalanya kita sudah menemui yang dikatakan terbaik untuk kita,akan tetapi bila hari demi hari berganti,rupa -rupanya ada yang lebih menarik dan terbaik menurut Hati kita dari semalam yang kita temui,lantas ia akan berlaku dan terus berlaku,dan adakah kita hendak membiarkan penemuan kita itu hanya sebegitu sahaja kerana dihadapan sana sememangnya ada yang lebih baik menurut Hati kita,Ia tidak akan berkesudahan...kesimpulannya ,muridKu didunia ini tiada yang sempurna maka jika diriMu telah menjumpai sesuatu yang dikatakan terbaik buatMu maka janganlah dikau cuba mencari yang lebih baik darinya kerana yang lebih baik darinya itu tidak pasti lagi dikau akan perolehi, sedangkan yang terbaik bagiMu berada dihadapan mataMu yang mudah dikau genggam dan perolehinya.Maka ambillah ia bersama2 dalam perjalanan Mu itu utk menuju kedistinasi yang terakhir...bawalah ia kejalan yang baik.
FIRMAN ALLAH "...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu terbaik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ,padahal itu tidak baik bagimu,ALLAH lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"(Al- Baqarah 216)
Inilah serba sedikit bingkisan pada kali ini,maka sahabat sekalian Ketahuilah bahawa diriMu bukanlah sempurna,kerana yang sempurna itu HANYALAH ALLAH,maka sahabat jika diriMu telah menjumpai yang terbaik bagiMu maka kenapa tidak dikau menggenggamnya dan perolehinya kerana sememangny dihadapan ada yang lebih baik yang tidak pasti akan dikau dapat genggam dan perolehinya...SALAM SEAQIDAH ..sekalian.
No comments:
Post a Comment