Bermula gemilang Cahaya,
Petunjuk pimpinan yg Esa,
Menempuh jalan hidup didunia,
Cabaran yg silih berganti,
Dugaan mematangkan diri,
Mengajar Erti hidup ini.
Alhamdulillah,Ar-Rahman masih lagi memberiku peluang utk daku bernafas didunia ini,dengan hidayah dan petunjuk darinya kalimah toyyibah masih lagi menjadi pegangan diri"Tiada tuhan yg layak disembah melainkan ALLAH".Dunia merupakan tempat persinggahan manusia utk mencari bekalan utk keakhirat kelak,sering kali didalam perjalanan manusia diuji dan diuji silih berganti..firman Allah"Adakah kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji"...maka ujian yg diberikan oleh Allah utk melihat bagaimanakah keiman kita,sebagai insan aku diuji dengan satu ujian yg tidak pernah dialami selama ini,namun dengan ujian ini ia membuatkan daku lebih matang dalam mencari erti kehidupan ini...firman Allah"Allah tidak akn menguji seseorg melainkan dengan kesanggupan dirinya"..ingatlah insan bahawa ujian yg Allah berikan setimpal dengan kesanggupan diri kita..so Wafi you can do it..
Berjuang berkorban Demi cinta,
Suka dan duka suratannya,
Mengenal makna jalan Bahagia,
Masa yg silih berlalu,
Semakin hampir saat itu,
Ya tuhan tunjukkan,
Moga selamat bersamaMu.
Cinta merupakan fitrah manusia yg ingin dikasihi dan mengasihi namun cinta yg manakah yg sepatutnya Insan berkorban Deminya,Cinta diibaratkan seperti Pisau,jika baik digunakannya maka ia memberi kebaikan kpada kita jika salah menggunakannya maka ia juga boleh membunuh kita...ingatlah"Cinta yg sejati Hanya Cintakan Illahi,Cinta Ayah bonda Tulus Suci selamanya,Cintakan saudara masa berada hanya sementara,Cinta kpda Insan seuburkan dengan ketaqwaan"...itulah ungkapan yg kita seharusnya semai dihati kita.Insan Masa silih berlalu dan tidak akan undur maka mohonlah kepada Allah agar diberi petunjuk agar kita selamat didunia dan akhirat..firman Allah"berdoalah kepadaku nescaya ku perkenankan"
Biarpun bersama kekurangan,
Namun bersyukur kurniaan Tuhan,
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri,
DenganMu ku punyai segala,
Takkan beruntung seisi dunia,
Limpah kurniakan petunjuk bantuan,
Tempuh hari yg mendatang.
Insan tidak sempurna dan mempunyai kelemahan,justeru setiap insan hendaklah mengasihi insan yg lain dengan adanya kelemahan insan ini dan bukan diatas kelebihan insan ini sahaja,Namun setiap insan hendaklah bersyukur bahawa segala-galanya datang dari Allah yg Maha Agung,tanpa nikmatnya maka Insan = 0,dan setiap insan hendaklah bersedia dengan ujian yg bakal dihadapi akan datang.Iman itu benar adakalanya naik dan menurun,justeru itu hendaklah kita sentiasa Istiqomah dalam mengabdikan diri kpada Allah...firman Allah"Tidakku jadikan Manusia dan Jin melainkan utk menyembahku".
Semoga?
Sisa Hidup ini takkan terbuang lagi,
Setiap detik masa dalam amalan jua,
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan,
Semoga dengan ini jambatan menemui,
Cinta yang sejati,
Itu yang abadi.
Firman Allah"Demi masa sesungguhnya manusia kerugiaan,melainkan yg beriman dan beramal soleh"...Allah telah bersumpah demi masa bahawa setiap insan sentiasa dalam kerugian melainkan dia beriman dan beramal soleh,justeru itu setiap insan hendaklah memanfaatkan masa yang diberi agar Cinta yg dicari selama ini adalah cinta yang sejati dan benar2 abadi,kadang kala insan diuji dengan cinta duniawi dengan mengatakan cinta ini mendekatkan kepada yang Abadi namun ada diantaranya memperolehi kejayaan dan ada diantaranya tewas didalam perjalanannya,inilah hakikat cinta manusia yang fitrahnya lupa bahawa Cinta kepada Allah tidak akan rugi dan menyakitkan tetapi Cinta kepada manusia ada yang kadang kala menyakitkan namun hendaklah ia diperisaikan dengan ketaqwaan.
Berjuang mencari Iman Taqwa,
Perisai menempuh pancaroba,
Penentu tempat rahmat bahagia,
Seiring teman dan saudara,
Pimpinan tauladan baginda,
Ya Tuhan bantulah,
Moga selamat selamanya..
Iman dan Taqwa merupakan perisai bagi insan yang menempuh dugaan dengan adanya 2 perkara ini tindakan mahupun perlakuan manusia akan menjadi terbatas,justeru itu tidak hairanlah ada manusia yg mencari jalan singgkat dalam menyelesaikan masalah seperti membunuh diri yg dianggap penyelesaiaan kpda masalah...firman Allah"Allah mengilhamkan sukma kefasikkan dan ketaqwaan,beruntung bagi yg menyucikannya merugi bagi yg mengotorinya"...Allah telah memberikan kita pilihan jalan manakah yang hendak kita lalui,jikau dikau memilih jalan yg buruk maka dikau tergolong dikalangan org yg fasik yg lagi merugikan dan sekiranya dikau memilih jalan kebaikan maka dikau tergolong dalam golongan org yg bertaqwa yg lagi menguntungkan.Maka pilihlah jalan KETAQWAAN.
Marilah teman2 kita berkorban demi Cinta yg abadi dan janganlah terkorban demi cinta yg sementara..jadikanlah peribadi Rabiatul Ardawiyyah yg hanya mendambakan Cinta yg Hakiki sbagai contoh dan tauladan utk kita semua....As-Saff:3,moga daku terpelihara dari golongan ini.
No comments:
Post a Comment