Sunday, April 4, 2010

LaFaz Yang TerSimpan



Rindu Hatiku yang Sayu,
Menatap wajahmu tenang dalam lena,
Kasih Zahirkan laku,
Sedangkan bibirku jauh dari Lafaznya.

Dan raut tuamu membekas jiwaku,
Meredakan rindu mendamaikan Kalbu,
Tak mungkinku temu iras sentuhanmu,
Biarpunku redah seluruh Dunia,
Mencari gantiMu.

Betapa sukarnya menyusun bicara,
Meluahkan rasa menuturkan sayang,
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah,
Cuma ungkapan kebisuan yang melendungkan
Kalimah Rahsia.

Masih ku biarkan waktu,
Melarikan lafaz kasih ku padaMu.

Apakah yang hilang andai dilisankan,
Bait penghargaan penuh kejujuran,
Tak mungkin terlihat Cinta yang merona,
Jika hanya renungan mata yang bersuara ,
Bukan tutur kata.

Tiada laginya Erti pengucapan,
Andai akhir nafas di hujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam,
Usah biar kehilangan ,
Menggantikan Lafaz Yang Tersimpan.


Mak,Abah seandainya dikau dapat membaca tulisanku ini,Epi sebenarnya ingin mengucapkan rasa Cinta,Sayang yg tak terhingga kepada Mak dan Abah bukan hanya pada hari raya sahaja yg membolehkan bibir ini berkata,tetapi Epi ingin mengatakan setiap masa.. kerana susah payah Mak dan Abah yg Membesarkan Epi ,bukan itu saja tetapi dengan kisah2 Mak dan Abah ceritakan betapa susahnya dalam membesarkan kami 5 org adik beradik....Epi tak dapat nak bayangkan keperitan Mak dan Abah lalui....Epi mungkin bukan seorang anak yg baik tapi Epe akan cuba menjadi anak yg terbaik walaupun dosa Epi kepada Mak dan Abah yg tak terhitung,apatah lagi kepada ALLAH....ketahuilah Mak dan Abah ,"Epi Sayang kepada Mak dan Abah"...Epi berharap suatu hari nanti Lafaz yang Epi Simpan selama ini Epi akan akan Tuturkan kepada Mak dan Abah dengan Keizinan Allah..

No comments: