Tuesday, May 18, 2010

Kerana Cinta

Cinta itu cahaya sanubari,
Kurniaan Tuhan Fitrah insani,
Dan dimana terciptalah Cinta,
Disitu rindu bermula.

Cinta itu tidak pernah meminta,
Tetapi memberi sepenuh rela,
Rasa bahgia biarpun sensara,
Berkorban segala-gala.

Semua kerana Cinta,
Yang pahit manis dirasa,
Menghibur nestapa,
Merawat duka,
Damai dijiwa.

Terpadam api benci permusuhan,
Terjalinlah kasih sayang,
Begitulah Cinta yang di idamkan,
Tanpa nafsu yang mencemarkan.

Dan jangan pula,
Kerana bercinta,
Kita pun leka,
Entah kemana,

Dan jangan pula,
Kerana bercinta,
Tergadai semua,
Maruah agama.

Cinta yang Sejati,
Hanya Cintakan ILLAHI,
Cinta Ayah Bonda,
Tulus Suci selamanya,
Cintakan saudara,
Masa berada Hanya sementara,
Cinta kepada Insan Suburkan dengan,
KETAQWAAN.

No comments: