Thursday, January 21, 2010

DaJJaL bUKan GerGasi.


Alhamdulillah,diberi kesempatan waktu untukku menulis pada kali ini,dengan izin Ar-Rahim tanganku dapat menaip keyboard laptop pada kali ini.Mungkin tajuk aku menulis pada kali ini merupakan tajuk yg selalu didengari tetapi tiada penekanan pada masyarakat kini mungkin apabila dengar sahaja nama ini maka terlintas di hati kita iaitu Kiamat,namun sejauh manakah kita benar2 mengetahui makhluk ini adakah ia hanya sekadar Mitos pada agama ISLAM,bagi mereka yg sudah menjauhi agama ISLAM maka tidak mustahil aku mengatakan bahawa mereka menganggap "Dajjal" merupakan sebuah MITOS.Baru2ni aku baru sahaja memebeli sebuah buku yg bertajuk "Membongkar Misteri Dajjal",buku ini sangat menarik kerana ia membuka minda kita bahawa "DUNIA KINI MUNgGKIN AKAN BERAKHIR,YAKNI KIAMAT",aku mula tersentap melihat karya ini yg memperlihatkan aku bagaimana perancangan2 perancangan LAKNATULLAH ini. Mari kita lihat apa yg telah terpesong masyarakat kita mengenai Dajjal:-

Sahabat boleh bertanya kepada adik2 kita sekarang ini-

Kita :-"Adek tahu tak apa itu Dajjal?"
Adek2 :-"Tahu makhluk gergasi bermata satu"

Inilah realiti masyarakat kini,jika sahabat tidak percaya cuba bertanya kepada mereka.Persoalannya kini adakah Dajjal itu sememangnya Gergasi??jika kita menilai dari segi rasionalnya ia sememangnya satu perkara yg kurang rasional jika ia mengatakan Dajjal itu gergasi.(ISLAM TIDAK BOLEH BERFIKIR SECARA LOGIK),selagi ia tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadith.Hadith riwayat Muslim:-

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya dia (Dajjal) adalah seorang pemuda yang sangat kerinting rambutnya,matanya tersembul keluar ,seolah-olah aku menganggapnya dia menyerupai Uzza bin Qatan (salah seorang sahabat di zaman baginda)'

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa Dajjal merupakan seorang lelaki yg pernah dikatakan oleh Tamin ad-Dari.Siapapakah Tamin ad-Dari??

Tamin ad-Dari merupakan seorang lelaki berbangsa yahudi tetapi telah memeluk agama ISLAM.Beliau menceritakan bahawa ketika dia berlayar bersama 30 org ahli tiba2,kapal mereka dipukul ombak dan akhirnya terdampar di sebuah pulau dan disitulah beliau menceritakan beliau berjumpa seorang lelaki yg menanyakan soalan kepada dirinya,lelaki itu didalam keadaan dirantai dan tidak boleh terlepas.Rasulullah pernah memanggil semua sahabatnya berkumpul untuk mendengar apa yg hendak diberitahu baginda mengenai cerita Tamin ad-Dari yg telah berjumpa dengan lelaki ini.

Apa yg hendak dikongsikan pada sahabat kali ini adalah mengenai Dajjal bukan seorang gergasi yg sering bermain di minda kita mahupun kanak2 kini dan boleh menjadikan kita tidak percaya bahawa adanya Dajjal akan turun utk menyesatkan manusia dengan Fitnahnya yg terbesar kerana banyak hadith menerangkan sifat lelaki ini, yang pasti lelaki ini telah hampir berjaya untuk memanipulasi manusia kini,pelbagai rancangan yg diaturkan oleh laknat ini dengan pelbagai proksi2 yg digunakan.Insyaallah setakat ini sahaja yg hendak dikongsikan..to be continue.

Monday, January 11, 2010

Al-Quran dan Ideologi

Alhamdulillah,Ar-Rahman masih lagi memberi ku kesempatan untuk aku melontarkan apa yg berada di dalam MINDA ini.Apa yg aku ingin perkatakan pada blog kali ini adalah mengenai IDEOLOGI yg boleh merosakkan aqidah umat ISLAM.Minda atau AKAL merupakan pencetus kepada idea2 yg boleh merangsang tubuh badan utk bertindak melakukan sesuatu namun setakat mana idea2 ini boleh digunakan dan memberi manfaat kepada sekalian manusia,ia tidak menjadi satu kesalahan jika seseorang itu utk memberi sumbangan pemikiran/idea2 yg boleh mendatangkan manfaat namun sesetengah manusia yg menyalah gunakan akal fikirannya dengan melontarkan pelbagai Ideologi yg boleh merosakkan aqidah umat ISLAM tetapi bagi sesetengah pihak yg lain ia memberikan kebaikkan kepada dirinya.

Aqidah Islam ialah berpegang teguh kepada AL-QURAN dan AS-SUNNAH.Intisari didam aqidah ialah :-

1)Tauhid Rububiyyah-kepercayaan sekalian manusia yg mengakui bahawa adanya tuhan yg mencipta,mentadbir sekalian alam dan kita manusia merupakan makhluk ciptaannya.

2)Tauhid Ulluhiyyah-Ia merupakan pemisah kepada umat islam dengan agama lain iaitu meletakkan bahawa ALLAH S.W.Tmerupakan satu-satunya tuhan yg layak disembah dan tiada satupun yg setara dengannya,ia tidak beranak dan tidak diperanakkan.

3)Tauhid Asma Wassifat-kepercayaan bahawa tuhan yg mempunyai sifat-sifat kesejmpurnaan dan terpuji.

Ini merupakan serba sedikit mengenai apa itu aqidah ISLAM.Kenapa ALLAH meletakkan MUHAMMAD Bin ABDULLAH, the massagger of ALLAH seorang yg buta huruf dan tidak tahu menulis??Ini kerana ingin MENYANGKAL bahawa kitab AL-QURAN yg diturunkan adalah hasil daripada tulisan dan pemikiran Rasulullah kerana ketika waktu itu tanah arab terkenal dengan syair2 serta gurindam,dengan turunya AL-QURAN maka ia menjadikan satu fenomena kepada masyarakat arab ketika itu tentang kehebatan AL-QURAN dari sudut bahasanya,massagenya dan sebagainya.Ini jelas menunjukkan bahawa perbezaan Wahyu ALLAH dengan pemikiran manusia yg terbatas.

AL-QURAN=Wahyu ALLAH
IDEOLOGI=Pemikiran Manusia.

Realiti masa kini manusia lebih menjadikan Ideologi sebagai cara hidup mereka dan bukannya Al-Quran,mungkin sesetengah mengatakan "aku masih lagi beragama ISLAM" namun kehidupan mereka sebenarnya lebih kepada ideologi yg dibawa oleh anasir2 yg jahat ini yg sentiasa berusha membawa kesesatan kepada manusia.Komunisme,liberalisme,darwinisme,sekularisme dan sebagainya adalah salah satu daripada Ideologi manusia yg terbatas.Malaysia kini dilihat menjadi sebuah negara ISLAM yg hanya kerana majoriti penduduknya beragama ISLAM dan bukan bermaksud ISLAM dari pelbagai sudut,ini kerana ideologi sekularisme yg menjadikan Malaysia sebegini iaitu memisahkan agama dalam aspek kehidupan sebagai contoh: Agama ISLAM terpisah dengan Politik,ini menunjukkan Malaysia kini lebih kepada Sekularisme.Ia bukan sekadar itu sahaja malahan pendidikan ,kebudayaan,ekonomi,akhlak dan sebagainya hendaklah disatukan dengan ISLAM tetapi ia telah terpisah,ini jelas menunjukkan sekularisme telah berleluasa di negara kita.Selain itu masyarakat malaysia kini juga lebih kepada menjadikan ISLAM hanya terletak disebahagian tempat sahaja dan tidak menjadikannya sebagai satu cara hidup.

Sekularisme adalah ideologi yg merosakkan akidah,ia merupakan satu cara untuk meruntuhkan Umat ISLAM agar menjadikan agama yakni ISLAM bukan sesuai untuk semua perkara tetapi hanya untuk sebahagian sahaja ,selain itu ia juga merupakan cara anasir2 jahat untuk menjadikan Dunia ini Sebagai Matlamat hidup manusia.Mari kita melihat serba sedikit contoh Sekularisme yg ada di MALAYSIA:-

1.Pendidikan-Malaysia kini sebenarnya mengikut sistem pelajaran Barat yg meletakkan agama sebagai sebuah subjek mata pelajaran sahaja dan tidak bersangkut paut dengan mata pelajaran yg lain,ia tidak disangkal bahawa ia juga mendatangkan kebaikan tetapi apa yg dilihat produk ataupun hasil yg dikeluarkan ialah menjadikan seseorang yg berilmu tinggi tetapi dari aspek agamanya mereka gagal.Terang dan jelaslah sistem selama ini tidak berkesan,selaian itu ia juga tiada penekanan dari aspek pembelajaran agama justeru sesudahnya habisnya SPM mereka tidak terdedah kepada pendidikan ISLAM jika mereka mengambil aliran bukan agama.Kesimpulannya mereka yg terkeluar dari bidang agama contohnya kejuteraan,kedoktoran,perguruan dan lain2 haruslah mencari pelajaran agama (ISLAM)dengan usaha sendiri.

2.Hiburan-Malaysia kini dilihat lebih menjadikan hiburan sebagai aspek penting dalam kehidupan,ianya tidak salah untuk berhibur tetapi hendaklah tidak melanggar batas2 dalam ISLAM.Ia boleh dilihat dengan adanya pelbagai program yg dianjurkan oleh pihak media massa yg lebih terjerumus kearah kemaksiatan selain itu ia juga menjadikan anasir2 jahat yg mudah memasuki di malaysia kini, kenapa ia sekular??kerana setiap hiburan yg bertapak di MALAYSIA kini telah terpisah dengan agama ISLAM.Selain itu konsep Matlamat Menghalalkan Cara di Malaysia kini mula berlelusa seperti Drama NURKASIH..matlamat dia betul dan baik tapi cara yg hendak disampaikan Salah.Kesimpulan berpada2 dalam berhibur agar tidak terjerumus kelembah kemaksiatan.

3.Pemerintahan- Realiti MALAYSIA kini menggunakan sistem pemerintahan barat dimana memisahkan Politik dengan Agama,jelaslah Sekularisme bertapak pada sistem pemerintahan MALAYSIA.Ianya dilihat golongan Alim Ulama' tiada tempat di jabatan perdana menteri selain itu jabatan agama hanyalah diletakkan sebagai urusan keagamaan sahaja,pandangan golongan Alim Ulama' diketepikan dalam soal pemerintahan ,selain itu sistem mahkamah syariah hanyalah digunakan untuk menghakimi soal2 agama sahaja yg tidak menjadikan utk menghakimi semua aspek lalu mahkamah civil dijadikan untuk menguruskan soal yg tidak berkenaan dengan agama.Terang lagi jelas Agama ISLAM telah terpisah dari Politik.

ISLAM adalah sebuah sistem yg menyeluruh dari aspek negara,undang2,pendidikan,ekonomi,kehakiman,kebudayaan,hiburan,akhlak,ketenteraan,rakyat dan sebagainya.Akhir kata "SAY ISLAM IS THE WAY OF LIFE".

Sunday, January 3, 2010

Sampaikan sesuatu.

Surah Ali-Imran-ayat 110

" kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu)menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran,dan beriman kepada ALLAH....."

Umat Islam merupakan umat yg melaksanakan tugas dakwah dan umat yg mempunyai pelbagai kelebihan selain umat terdahulu...Kita adalah Umat TERBAIK.Sebagai contoh pohon-pohon buah yg dikeluarkan oleh ALLAH dikebun kita dan tidak dikeluarkan utk dirinya saja tetapi untuk kebaikan kita atau utk dimakan...maksud disini keluarnya kita mempunyai Tanggungjawab.Sering kita katakan bahawa dakwah hendaklah perlukan ilmu yg secukupnya setelah itu barulah kita perlu laksanakan dakwah...Ia memang benar kita memerlukan ilmu dahulu utk berdakwah tetapi ini tidak bermakna kita perlu mendalaminya sehingga kita sempurna dari segi amalan barulah kita boleh berdakwah.Hal ini menyebabkan kekeliruan umat Islam kini untuk menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana menanti diri sehingga dirinya dipenuhi ilmu dengan secukupnya.

Sabda Rasulullah:-"Sampaikan daripadaku walaupun sepotong ayat"

mesej yg jelas mengatakan dalam ingin menyampaikan sesuatu tidak perlu mempunyai ilmu yg tinggi erti kata yg lain apa yg boleh difahami dan boleh dikongsikan utk kebaikan ummah maka hendaklah disampaikan walaupun sepotong ayat tetapi ilmu yg diberi hendaklah dilandasan yg benar dan sohih.

Dengan ini Imam Said bin Jubair mengatakan :-
"Jika seseorang itu tidak mahu mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran sehingga dirinya menjadi sempurna maka tiada seorang pun akan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran"

kemudian ia disokong oleh Imam Malik dengan menambah:-
"dan siapakah diantara kalian yglengkap dan sempurna?"

Sebahagian umat islam tidak mahu berdakwah kerana merasakan ilmu pada dirinya tidak sempurna dan amalan yg masih belum sempurna maka menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran akan terbantut.

"adik berhenti main game jap jom kita pegi sembahyang?"...hatta ini juga merupakan dakwah dan dakwah merupakan satu perlaksanaan yg boleh dipelbagaikan mengikut situasi.Hakikatnya ISLAM mengakui tahap kemampuan sesetiap individu berbeza,justeru Rasulullah bersabda:-
"Barangsiapa diantara kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan dan jika tidak berdaya maka cegahlah ia dengan lidah dan jika tidak berdaya cegahlah dengan hatinya dan mencegah dengan hati ialah selemah-lemah iman"Riwayat Muslim.

Method dakwah berbeza melalui situasi,tempat,masa dan Mad'u (golongan sasaran),oleh demikian pengkajian hendaklah dilaksanakan.Sebagai contoh pendakwah ingin berdakwah kepada golongan remaja yg suka lepak,dan jika kita berpakaian seperti ingin ke masjid,maka sebelum kita menghampirinya mereka akan bertempiaran lari..."woi..pak imam...lari" maka perlaksanaan dakwah boleh terbantut,hukum dakwah adalah wajib tetapi berpakaian utk ke masjid itu bukan wajib...erti kata disini hukum islam tetap tetapi perlaksanaan dipelbagai.Tetapi harus diingat Matlamat tidak menghalalkan cara...situasi tadi hanya sesuai bagi golongan lelaki dan jika wanita ia tidak boleh kerana berpakaian labuh atau melonggarkan pakaian adalah kewajipan dan jika mereka berubah pakaian maka ia adalah Salah,oleh itu method hendaklah diubah.

Sahabat,berusahalah utk kita mengajak manusia kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran,kerana ALLAH tidak memandang hasilnya tetapi ALLAH melihat usaha kita,akhir kata jadilah seperti Burung yg berusaha utk memadamkan api yg membakar nabi Ibrahim,malaikat berkata pada burung"apa yg kau lakukan itu tidak akn dapat memadam api itu" lalu burung itu menjawab"biarlah,sekurang2nya apabila ditanya oleh ALLAH aku ada sesuatu yg nak ditunjukkan"...Renungkanlah,yg baik datang dari ALLAH dan yg buruk datang dari Insan yg lemah ini.SALAM.