Wednesday, December 26, 2012

HAKIKAT DUKACITA



Salam

Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam
Selawat Serta Salam KeHadrat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW

HAKIKAT DUKACITA

Antara perkara yang Allah boleh campakkan kedalam hati insan..
yang kadangkala insan itu tidak boleh buat apa-apa..bahkan mmg tidk dpt berbuat apa-apa..
maka perkara itu adalah Al-Hazan..(Dukacita)..

Allah boleh mencampakkan kesedihan dalam diri insan..
tanpa mengira siapa insan tersebut..
kadang-kadang dia orang besar..
kadang-kadang dia orang kecil..
kadang-kadang dia orang biasa..
kadang-kadang dia orang berkuasa..

kadang-kadang..
kesedihan boleh datang kepada insan..
dalam keadaan dia sendiri tidak tahu kenapa dia bersedih..

kadang-kadang..
Allah jadikan suatu masalah kepada insan..
yang tidak menimbulkan kesedihan kepada org lain..
tetapi menimbulkan kesedihan kepada dirinya..

Bila sedih datang..
insan mula runsing..insan mula mencari bagaimana ingin keluar dari dukacita..
maka.. ramai orang mencari Allah ketika dia sedih..
tetapi tidak ramai orang mencari Allah ketika dia gembira..

Walaupun kita tidak disuruh mencari sedih..
tetapi sedih berjaya membawa kita kepada Allah..

Walaupun kita disuruh berdoa..

''Ya Allah..peliharalah diriku dari perkara dukacita yang akan datang dan dari perkara sedih terhadap perkara yang sudah terjadi..''

tetapi..

Dukacita selalu membawa kita mendekati Allah..

Ramai orang sombong menjadi tawadhuk kepada Allah..
kerna peristiwa dukacita yang menimpa dirinya..
jika tak kerana Allah campakkan rasa dukacita itu..
mungkin dia mati sebagai ahli neraka diakhirat kelak..

Allah dengan sifat Al-LutfiNya
dengan kesantunanNya..dengan kelunakanNya..
dia bimbing hati hambaNya..dari peristiwa demi peristiwa..
dan dari kejadian demi kejadian yang menimpa..
sehingga apabila insan itu dirahmati..
disuatu peringkat..
sehingga insan itu menyebut..

'Ya Allah..kasihanilah kepada aku..kasihanilah diriku..''

Dan Allah akan sentiasa menimpakan kepada insan..
dukacita yang kecil dan besar..dari masa ke semasa..
supaya dia kembali kepada Allah..
bila dia pulang ke akhirat..
dia akan berkata..

'Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dari kami Dukacita'

Bila insan berdukacita..
insan akan bertanya pada dirinya..''Apa aku harus buat Ya Allah''..
Maka insan itu hendaklah beramal dengan amalan soleh..
bunyinya senang tetapi tidak pada penghayatannya..

Ada hari kita solat..
kita rasa dekat dengan Allah..
ada hari kita sendiri tidak tahu apa bacaan solat yang kita lafazkan..
ada hari kita baca quran..kita rasa dekat dengan Allah..
ada hari kita bangun tengah malam..kita rasa khusyuk sangat kepada Allah..
ada malamnya..fikiran kita jauh melayang dari Allah..

Untuk insan dekat kepada Allah..
dia memerlukan hati yang dekat kepada Allah..
jiwa dan nurani yang bulat kepada takdir Allah..
kadang-kadang..
banyak perkara tak dapat membawa insan kepada Allah..
tetapi kesedihan dapat membawa insan kepada Allah..

Bila dia sedih..dia khusyuk..
bila dia hendak keluar dari dukacita..
dari kesedihan dunia..dia perlu sedih kepada akhirat..

Kata Allah..

''Sesiapa yang beramal dengan amal yang solih..samada lelaki atau perempuan..
dan dalam keadaan dia beriman..maka kami akan hidupkan dia kehidupan yang baik''

Kehidupan yang baik bukan pada suatu andaian..
kemewahan dan kesenangan hidup itulah kehidupan yang baik..
Allah mencampakkan kebahagian kedalam hati para Anbiya'..
dalam hati para sahabat Rasulullah SAW
yang kadangkala kita lihat..
mereka tidak mempunyai apa-apa dalam hidup mereka..

tetapi..

mereka menggenggam Sakinah..
mereka menggenggam kebahagiaan..

''Ya Allah..Kau pinjamkan rasa gembira dan bahgia suatu ketika dahulu..
kini Kau gantikan itu dengan dukacita dan sedih..teguhkanlah kaki hambaMu ini untuk berdiri diatas bumiMu ini Ya Allah''..

~Wallahualam~

Di Petik dari Dr.Maza

No comments: