Monday, February 28, 2011

~ Minda Kelas Pertama ~

Sebagai MAHASISWA;

Untuk mempersiapkan diri kita didalam organisasi visi dan misi terutama didalam Universiti Malaysia Pahang(UMP), pembangunan modal insan yang bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan. Maka, pembangunan modal insan perlu kepada ‘Minda Kelas Pertama’. Apakah yanag dimaksudkan kelas minda pertama itu?
‘Minda Kelas Pertama’ secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhikeperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.

Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri. Jauhkan diri kita dari sikap kelas minda ketiga ia itu malas bekerja, suka berlengah (procrastination), membuang masa, tiada berhemat, kerja sambil lewa, tidak bersemangat dan leka dan sebagainya.

Sebagai penjawat awam di jabatan kerajaan ciri ciri minda ini perlu ada didamana memerlukan komitmen daripada setiap peringkat lapisaan organsisi. Bagi merealisasikan misi ini ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan pembudayaan agenda ini.

Kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata-mata sebagai ukuran kemajuan sesebuah organisasi tetapi disertai dengan kekayaan mentaliti. Selain itu, kekayaan moral adalah penting yang meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni, budi bahasa, integriti, beretika dan beriltizam tinggi.

Marilah bersama sama memantapkan diri dengan azam baru dan kesediaan diri untuk menmpersiapakan diri kita kearah minda kelas pertama

."AYUH MAHASISWA MEMBANGUN SEIRING UNIVERSITI"

No comments: