Monday, February 28, 2011

~ Minda Kelas Pertama ~

Sebagai MAHASISWA;

Untuk mempersiapkan diri kita didalam organisasi visi dan misi terutama didalam Universiti Malaysia Pahang(UMP), pembangunan modal insan yang bermutu tinggi menjadi salah satu keperluan. Maka, pembangunan modal insan perlu kepada ‘Minda Kelas Pertama’. Apakah yanag dimaksudkan kelas minda pertama itu?
‘Minda Kelas Pertama’ secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhikeperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.

Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.

Inilah yang boleh dilabelkan sebagai agenda pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri. Jauhkan diri kita dari sikap kelas minda ketiga ia itu malas bekerja, suka berlengah (procrastination), membuang masa, tiada berhemat, kerja sambil lewa, tidak bersemangat dan leka dan sebagainya.

Sebagai penjawat awam di jabatan kerajaan ciri ciri minda ini perlu ada didamana memerlukan komitmen daripada setiap peringkat lapisaan organsisi. Bagi merealisasikan misi ini ia perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan pembudayaan agenda ini.

Kita tidak hanya memandang pembangunan fizikal semata-mata sebagai ukuran kemajuan sesebuah organisasi tetapi disertai dengan kekayaan mentaliti. Selain itu, kekayaan moral adalah penting yang meliputi aspek akhlak mulia, nilai murni, budi bahasa, integriti, beretika dan beriltizam tinggi.

Marilah bersama sama memantapkan diri dengan azam baru dan kesediaan diri untuk menmpersiapakan diri kita kearah minda kelas pertama

."AYUH MAHASISWA MEMBANGUN SEIRING UNIVERSITI"

Friday, February 18, 2011

UNDILAH SAYA!!!


Undilah Saya Mohd Zulwafi B Bahaudin calon umum anda untuk pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012.


MERAH OREN untuk SEMUA!!!


AYUH semarakkan PRK dengan SKUAD MERAH & OREN...MALAM NI pakat Ramai bertemakan 2 WARNA yg melambangkan MOHD ZULWAFI BAHAUDIN sbgai CALON UmuM andA!!

Thursday, February 17, 2011

TAHNIAH UMP..Kini PRK PULA!!!


salam,kepada seluruh warga UMP.."YOUR VOICE IS MY CONCERN"

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA CALON YANG LAYAK...MAHU ATAUPUN TIDAK KITA KENA MEERIAHKAN SUASAN PRK SECARA SIHAT!!!
JANGAN BIARKAN IA TERTIDUR!! KERANA IA PERKARA YANG AMAT PENTING DALAM PEMILIHAN PEMIMPIN TERTINGGI MAHASISWA...!!!


Pemilihan MPP 2011/2012: Senarai Calon UMUM & Calon Fakulti
Category: Student Activity

CALON KERUSI UMUM

BIL

NAMA

1

SAZWAN BIN SAHAR

2

WAN NUR DAYANA BINTI WAN ANUUAR SHAHIDDIN

3

KHOR AI CHIA

4

MOHD ZULWAFI BIN BAHAUDIN

5

SHAHIRA BINTI MOHD BASIR

6

MUHAMMAD DANIAL BIN AZMAN

7

MOHD IZZAT FAUZI BIN MUHAMMADE RAPITAR

8

ISMAIL BIN NUKKA

9

LEONG BI JUAN

10

NORHAFIZ BIN KAMAL BAHARIN

11

AZWAN AFFANDI BIN MD JAHAYA

12

LOO WILLAM

13

MUHAMMAD RUJHAN BIN KASSIM

14

MUHAMMAD FARHAN BIN ADNAN

15

MOHAMAD FAKHROL RADZI BIN ZULKEFLI

16

MUHAMMAD FUAD FIKRI BIN AMIR

17

MOHAMAD NAZIHA BIN KAMARUL ZAMAN

18

MOHAMAD ARIF BIN ROSLAN

19

HAMIZATUN BINTI MOHD FAZI

20

MUHAMAD FAZLI BIN ABD HALIM

21

NURUL NORAMELYA BINTI ZULKEFLI

22

KAMILIA HANI BINTI MOHD BASHRI

CALON KERUSI FAKULTI

FKASA

BIL

NAMA

1

JAMILAH BINTI MAT ISA

2

NASIHAH SAKINAH BINTI ZULKIFLI AUNI

3

HONEYLET BINTI ULLAP

4

MUHAMMAD HAFIZ BIN HUSAIN

FKEE

BIL

NAMA

1

NUR RAMISYA BINTI RAHIM

2

RUMIZI BINTI MOHD NASIR

3

ZAIFATUL SARAH BINTI ZARIN

4

MOHD SOBRI BIN ZAKI

5

MUHAMMAD FAZRUL BIN NOR IZUDDIN

6

NUR SYAKILA BINTI JAMAL

7

SITI NOORMAHIRAH BINTI HAMDAN

FKKSA

BIL

NAMA

1

NURUL FAHANA BINTI ABDUL PATTAH

2

SYZNEE BINTI ALIAS

3

INTAN LYANA BINTI AHMAD

FKM

BIL

NAMA

1

SOH YAN XIN

2

NURUL FARAHEEN BT ABDUL LATIF

3

THIWAAN RAO A/L NARASIMMA NAIDU

4

QAMARUDDIN BIN MOHD FAUZI

FKP

BIL

NAMA

1

MATHAN RAJ A/L SUPARMANIAM

2

NORAZRIN BINTI SARJU @ HJ MOHD NOR

FIST

BIL

NAMA

1

HASFAR AMYNURLIYANA BINTI ABDUL GHOFAR

2

CALVIN LEE WENG LEONG

3

AHMAD FAISAL BIN MOHD NAWAWI

FSKKP

BIL

NAMA

1

NAGOR NISAH BINTI RAJA MOHAMMAD

2

WAN ZULHILMI BIN WAN SULAIMAN

3

MUHAMMAD SARKAWI BIN ROSALAM

4

PARIMILA A/P SATHEMANY

5

MUHAMMAD ADIB BIN NOR AZAHAR

PPT

BIL

NAMA

1

FAZLIYANI BINTI HAIRUMAN

2

NAKULAN A/L NAGARAJA

3

MOHAMAD RIZALMAN BIN AZIZ


GUD LUCK KEPADA SEMUA CALON...

NANTIKAN SAYA MOHD ZULWAFI BAHAUDIN SBGAI CALON UMUM ANDA DI KAMPUS PEKAN PADA JAM9PM..BERTARIKH 18/2..JUMAAT INI..JOM TURUN MAHASISWA UMP!!!

Friday, February 11, 2011

Hari KEKASIHKU !!

Siapakah sebenarnya yang perlu kita cintai dan mencintai??,pernahkah kita terfikir di benak kita dengan segala nikmat yang dikurniakan"siapakah kekasihku sebenarnya??"...Melihat peribadinya yang sungguh menakjubkan dan ada kadang-kala kita sendiri tidak mampu melakukannya..."apabila dicaci/dimaki/dilemparkan dengan kebencian namun dirinya tetap tabah,sabar,dan adakalanya mampu mengukirkan senyuman...perkara yang baik tetap diteruskan"...indahnya peribadinya.

Tatkala diri diturunkan amanah sebagai penunjuk jalan kepada manusia..."dirinya terketar,ketakutan serta kegelisahan kerana dia mengerti bahawasanya itulah dinamakan Tanggungjwab"....Dia mula bangkit dikala manusia bodoh,tidak tahu tentang cara /jalan kehidupan sebenar....dia mengajak manusia kembali menyembah yang satu,tiada lain selain darinya...namun penentangan terhadap dirinya mula membara dan kian meledak kerna dirinya dikatakan membawa 1 ajaran yang baru..."DIA TETAP TABAH DAN SABAR"....ketahuliah sahabat dia adalah rasul kita MUHAMMAD S.A.W...."UMATKU,UMATKU,UMATKU"...itulah kata2 terakhir darinya sewaktu hendak meninggalkan kita...SAAT INI,HARI INI...AYUH kita balas kembali dengan menyebut "RASULKU,RASULKU,RASULKU"...BERSELAWATLAH KEATASNYA...DIALAH INSAN YANG SEHARUSNYA DICINTAI.

"SALAM MAULIDURRASUL"

Thursday, February 10, 2011

PRK LAGI!!


Siapa pilihan anda kali ini MAHASISWA UMP???Siapakah peneraju kepimpinan MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA UMP 2011/2012???...PRK da nak mula,bahang kian terasa...JOM HANGATKAN SUASANA PRK!!!!....YANG PENTING TURUN UNDI!!

Kenapa kita perlu hangatkan suasana PRK???
Kenapa kita perlu tahu PRK??APA itu PRK???
Siapalah yang akan bertanding nanti???

"AYUH MAHASISWA UMP ANDA PERLU CAKNAKAN DIRI ANDA,KATAKAN AKU MAHASISWA PEDULI PILIHANRAYA KAMPUS"


Tuesday, February 8, 2011

PRK ??


Apa yang ada dalam kotak pemikran anda jika disebut mengenai PRK???

Pilihanraya Kecil ataupun Pelihanraya Kampus??

Alhamdulillah,pada kali ini apa yang saya ingin menceritakan perihal PRK/Pilihanraya Kampus dan bukannya pilihanraya kecil,Tahukah anda/caknakah anda mengenai pilihanraya kampus???....ApaKAH ITU PRK??

Pilihanraya Kampus atau lebih sinonim dengan PRK merupakan pilihanraya terbesar bagi mahasiswa di IPT bagi tujuan memilih siapakah pemimpin yang akan menerajui kepimpinan mahasiswa bagi sesi yang seterusnya.Pada kali ini PRK dilaksanakan bagi memilih siapakah Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPM) bagi membawa Suara Mahasiswa dalam menyatakan Hak2 yang seharusnya dimiliki oleh Mahasiswa,Ianya bukan sehaja bermain dgn kebajikan mahasiswa sahaja,tetapi ianya bermain dengan "Apakah yang sepatunya Mahasiswa perolehi dari sudut intelektual mereka,rohani mereka,kesedaran mereka" jika MPM mampu mencetuskan golongan mahasiswa yang hebat intelektual mereka dan kesedaran mereka tetapi MPM gagal dalam membangunkan mahasiswa dari sudut Rohani mereka,dengan banyaknya hiburan,pergaulan bebas yang diamalkan ,bagi saya MPM harus membuat posmotem ataupun boleh di sama ertikan "MUHASSABAH DIRI".

Kini masanya sudah tiba,Universiti Malaysia Pahang telah membubarkan jawatan Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPM) bagi sesi 2010/2011,Apakah tugas anda sebagai seorang Mahasiswa UMP??siapakah peneraju kepimpinan mahasiswa UMP akan datang?apakah isu yang mereka ingin bawakan bagi memperolehi hak2 yang sepatutnya dimiliki oleh Mahasiswa??...Ayuh Hidupkan Pilihanraya Kampus yang Sihat...Kalau bukan anda Mahasiswa UMP,maka siapa lagi yang harus menghidupkan suasana ini.Tepuk dada tanya Iman.

Akhlak Pemimpin



Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Ya ALLAH tanamknlah sifat ini disetiap pemimpin yang memimpin diatas muka Bumi ini...Tanamkanlah ia dihatiKu...SUBHANALLAH