Tuesday, November 22, 2011

Catatan Muslimeen Utk Muslimah




Alhamdulillah....akhirnya menulis jua kerna sudah lama membeku dalam penulisan blog ini...hmm,Ada rakan2 ku berkata "Blog nta ni Jambu la"...asyik dok bab2 Cinta ja...aku jawab:-"Hahah...biasalah,ana ni xpandai syeikh,nak berpolitik gunakan blog ni"...hmm...mgkin ini Tulisan TerakhirkU,perihal mengenai hati Manusia..kerna Kini AKU SEHARUSNYA mempunyai Jiwa seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang mampu menawan Konstatinopel,insyaALLAH.

Kenapa harus Muslimeen??Muslimat juga??

Telah ALLAH ciptakan dimuka Bumi ini secara pasang-berpasangan,Panjang pasangannya pendek,Panas pasangannya Sejuk,Hidup pasangnnya Mati,maka Muslimeen pasanngannya Muslimat...cukup menggambarkan kebergantungan di antara satu sama lain,lengkap melengkapkan diantara satu sama lain,ALLAH itu maha adil,maha Bijaksana,Maha mengetahui,kita sering menyangka Apilah yang mampu memanaskan sesuatu bukannya Air,sedar ataupun tidak dek kerna kepanasan api,api tidak mampu membakar Nabi Ibrahim A.S...inilah ALLAH...

Muslimeen itu Hebat,muslimat juga Hebat,tetapi kehebatan Muslimat tidak mampu mengatasi Muslimeen??...."Bukan kerna memandang rendah pada Muslimat,jauh sekali ingin mengatakan muslimat lembab"...tidak sama sekali kerna Sirah telah membuktikan sumbangan Muslimat terhadap Islam,apatah lagi dengan kesufian RabiatuL Ardawiyyah...sudah cukup membuktikan kehebatan Muslimat

Islam mengiktiraf perana muslimah,secara ringkas perana muslimat adalah mengasuh mendidik anak2,menjadi isteri yg bertanggungjawab.Mereka dituntut melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab dengan penuh kesanggupan dalam ketaatan..

"Seorang wanita datang kepada Rasulullah berurusan tentang satu perkara,dan apabila telah selesai urusannya,Baginda bertanya kepada wanita itu,adakah kamu mempunyai suami? Beliau menjawab,"Ya"Baginda bertanya lagi,"Bagimanakah hubungan kamu dengannya?"beliau menjawab,"Aku tidak pernah mengabaikan tangungjawabku kecuali yg diluar kemampuanKu"Baginda berkata,"Berilah sepenuh perhatian terhadap layanan kamu kepadanya kerna dia adalah syurga dan nerakaMu.[ HR Ahmad]

Namun begitu peranan wanita bukanlah hanya sekadar seorg isteri dan juga ibu,jika sekiranya keperluan keluarga dan keperluan suami sudah dilaksanakan,Maka Islam membenarkan wanita melibatkan diri didalam kepimpinan,bergiat aktif dipentas politik dan sebagainya.Muslimeen dan muslimat saling memerlukan di antara satu sama lain yang membezakan kita adalah Ketaqwaan kepada ALLAH.

Firman ALLAH lelaki mahupun wanita sama taranya yang membezakan kita ketaqwaan,beza dalam mengejar ganjaran kebaikan dan beza dalam mematuhi perintah yang hendak dilaksanakan...

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita,oleh kerana ALLAH telah melebihkan sebahagian mereka(laki-laki) atas sebahagiaan yang lain(wanita) dan kerana mereka(laki-laki) telah menafjahkan sebahagian dari harta mereka" [ Surah An-Nisa 4:34]

Cukup,disini...secara ringkasnya Kita adalah Sama,cuma kita hendaklah saling lengkap melengkapi hanyalah semata-mata kerna ALLAH,bukan soal Muslimeen ataupun Muslimat yang kehadapan...akan tetapi KeIkhlasan kita dalam bergerak kerja "Amar makruf nahi mungkar"...Muslimeen itu Hebat,Muslimat juga Hebat..yang Pasti ALLAH MAHA HEBAT..!!!

Akhir kata....

Keperibadian Khadijah adalah keperibadian yang sewajarnya ada pada setiap kaum Muslimah yang akan membawa pemiliknya menuju syurga, sekiranya dimanfaatkan dengan baik. Dunia Islam hari ini memerlukan watak-watak seumpama ini bagi membolehkan muslimah yang aktif dan dinamik mewarnai masyarakat Islam hari ini.

Muslimat Power!!!! Muslimeen POWER!!!..ALLAH Maha POWER...








Tuesday, July 19, 2011

Bukan Hanya Lafaz Bicara


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Hamka)

Sememangnya cinta itu sering kali dikaitkan dengan keindahan, dan sering sahaja mengundang senyuman. Ada yang sanggup memperjuangkan cinta sehingga sanggup pula melepaskan yang dimiliki demi mengejar cinta. Lihat sahaja paparan di media pada hari ini, tataplah berita di kaca televisyen dan internet, bacalah berita di akhbar dan majalah.

Apa yang sering dikaitkan dengan keruntuhan nilai akhlak remaja? Sudah pastilah kerana cinta yang diagung-agungkan sehingga sanggup pula lari dari rumah meninggalkan ibu bapa yang telah banyak berkorban. Hanya kerana cinta, manusia sering saja menghalalkan yang sudah termaktub haramnya. Bukankah sejak di awal usia, kita sering kali diberitahu bahawa penzinaan dan menghampiri zina itu tetap HARAM hukumnya?

Barang siapa yang cintakan sesuatu, maka dia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya. Barang siapa yang mencintai sesuatu, maka dia banyak menyebutnya, mengingatinya, dan memikirkannya (Ibnu Ata'illah – Kitab Al-Hikam )

Bukan salah cinta itu hadir dalam diri setiap manusia. Tetapi salah manusia yang tidak pandai, tidak cekap menguruskan perasaan cinta yang hadir. Benarkah cinta yang dirasakan jika kita sanggup mengetepikan cinta kita kepada Allah, cinta kita kepada Rasul, cinta kita kepada Islam, dan cinta kita kepada ibu bapa?

Bukankah cinta itu jauh lebih mulia daripada cinta yang kita sanggup agung-agungkan. Percayalah, setiap rasa cinta yang hadir sehingga kita mengetepikan soal halal dan haram itu tidak lebih sekadar cinta yang berajakan NAFSU. Ya Allah, jauhkanlah kami daripada mengulit mimpi indah dalam cinta yang semakin hari semakin menjauhkan kami daripadaMu.Tuntunlah hati ini untuk mengenali cintaMu, mendahulukan cintaMu, dan tidak menduakan cintaMu.

Mana mungkin rasa cinta ini,
ku curahkan untuk lelaki yang telah lupa,
Lupa pada cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin rasa cinta ini,
ku serahkan kepada lelaki yang kedekut,
Kedekut untuk mengucapkan ayat-ayat cintanya pada pemilik cinta,
Mana mungkin cinta ini,
ku amanahkan buat seorang lelaki yang culas,
Culas dalam melaksanakan amanah pemilik cinta,
Mana mungkin ku merasa bahagia,
Jika aku menjulang-julang peminjam cinta,
Tapi mengetepikan pemilik cinta.

Berkali kita diingatkan. Lahir sahaja di dunia, menjengah alam telah pun diazan dan diiqamahkan. Cinta kepada Allah, adalah cinta yang agung dan suci. Cinta yang sebenar-benarnya menuntut kesabaran, ujian iman, dan ketaqwaan. Cintailah Allah, dan Allah akan memelihara cinta yang tersulam indah sesama manusia.

Allah swt berfirman: "Aku menurut sangkaan hamba kepada-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia ingat kepada-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dan dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diri-Ku. Jika dia ingat kepada-Ku dalam kelompok orang-orang yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil." (Sahih Bukhari)

- Artikel iluvislam.com

Monday, June 20, 2011

Berkorban atau Terkorban demi Cinta


Bermula gemilang cahaya,
Petunjuk pimpinan yang Esa,
Menempuh jalan hidup di dunia,
Cabaran yang silih berganti,
Dugaan mematangkan diri,
Mengajar erti hidup ini..

Berjuang berkorban demi cinta,
Suka dan duka suratanNya,
Mengenal makna jalan bahagia,
Masa yang silih berlalu,
Semakin hampir saat itu,
Ya Tuhan tunjukkan,
Moga selamat bersamaMu..

Biarpun bersama kekurangan,
Namun bersyukur kurniaan Tuhan,
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri,
DenganMu ku punyai segala,
Tak kan beruntung seisi dunia,
Limpah kurniakan petunjuk bantuan,
Tempuh hari yang mendatang..

Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi,
Setiap detik masa dalam amalan jua,
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan..

Semoga dengan ini jambatan menemui,
Cinta yang sejati,
Itu yang abadi..

Berjuang mencari iman taqwa,
Perisai menempuh pancaroba,
Penentu tempat rahmat bahagia,
Seiring teman dan saudara,
Pimpinan tauladan baginda,
Ya Tuhan bantulah,
Moga selamat selamanya..

Assalammualiakum,bersyukur kepada ilahi kerana masih dikurniakan kudrat yang mampu menempuh hari-hari yang mendatang,adakalanya manusia lupa dengan nikmat ini kerana mengharapkan sesuatu yg tiada barulah ingin bersyukur sedangkan apa yang ada pada hari ini cukup menggambarkan nikmat yang diberi yang tak mampu dibalasi,Ya ALLAH...terima kasih.Sudah hampir 3tahun daku melibatkan diri dalam penulisan blog ini,walaupun pengisiannya bukanlah hebat seperti hasil-hasil tulisan seperti Saifulislam.com yang mampu menyuntik hati-hati para pembaca namun tulisanku ini hanyalah sekadar peringatan dan pedoman buat diriku sebagai insan yang lemah ini.

Kali ini daku ingin berbicara mengenai "Berkorban atau Terkorban demi CINTA".Manusia kini apabila dek berbicara mengenai "Cinta" terus menerus pemikiran mereka akan melihat percintaan Lelaki dan perempuan,mungkin remaja lebih pantas dan ghairah mengenai percintaan manusia ini,ada yang mengatakan "Cinta manusia" ini mampu mengatasi segala cabaran mahupun halangan yang boleh menyekat percintaan ini yang sanggup mengorbankan jiwa dan raga,namun sejauh mana Cinta ini mampu bertahan?dan mampu seseorang itu berkorban?...inilah persoalannya.
Adakah Islam itu sendiri melarang kita sebagai manusia yang fitrahnya ingin mencintai dan dicintai,Islam itu Cukup dalam serba serbi bak kata dalam bahasa inggeris "complete in one set",Islam didatangkan secara menyeluruh yang menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan manusia dan AL-QURAN merupakan buku manual(petunjuk) di dalam kehidupan kita,lantas bila nak bercinta kita rujuk AL-QURAN apa yang dikatakan "Cinta".

"Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)."
Firman ALLAH dalam surah Ali Imran : 14

Inilah apa yang dikatakan AL-QURAN mengenai Cinta,iaitu Mahabbah,apa yang di Firmankan Oleh ALLAH ialah manusia ini telah diciptakan oleh ALLAH dimana mempunyai sifat ingin mencintai apa yang di ingini iaitu 1)wanita,2)anak,3)Harta yang dimiliki maka beruntunglah bagi mereka yang kembali kepada ALLAH(mengingati ALLAH),maka Islam tidak menghalang kita manusia untuk bercinta malahan Islam menggalakkan kita untuk berkasih sayang di antara satu sama lain,namun Islam ada caranya untuk kita manusia bercinta,supaya kita tidak terkorban demi Cinta.

Manusia kini banyak yang "Terkorban demi Cinta" bukanlah "Berkorban demi Cinta",daku akui diri ini juga kadang-kala terkorban dek kerana cinta yang sementara ini,maka sama-sama kita Muhassabah diri kembali,apa yang dikatakan terkorban demi cinta?,kini boleh dilihat apa yang berlaku kepada anak muda remaja kita kini dimana pergaulan lelaki dan perempuan secara bebas,mereka bercinta ataupun istilah menariknya "bercouple" tanpa batasan mereka berjumpa(berdating),keluar bersama berpegangan tangan,menggelarkan dirinya sayang dan memanggil pasangannya sayang,menyimpan segala bibik cinta mereka tanpa batasan didalam kemudahan yang diperolehi yakni telefon bimbit dan sebagainya,malahan apa yang menyedihkan percintaan mereka ini diakhiri dengan perzinaan maka inilah dikatan terkorban demi cinta.Ya ALLAH jauhilah daku dari percintaan ini....

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." Firman ALLAH Surah Al-Isra':32

Inilah larangan ALLAH jika kita manusia ingin becinta maka janganlah sampai kita mendekati zina,ini menunjukkan bahawa dekati zina pun ALLAH sudah melarang kita apatah lagi berzina(peringatan untuk diri ini juga).Inilah cinta yang dimurkai yang harus dijauhi oleh manusia,ingatlah ALLAH itu maha pengampun maka bertaubatlah jika kita leka dan berbuat dosa kepadanya,bersangka baiklah pada ALLAH sesungguhnya ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku.Pesanan diriKu dan remaja diluar sana oleh kerana diriku juga remaja maka Bercintalah kamu sesama manusia tetapi siramilah kecintaanMu itu dengan ketaqwaan kepada ALLAH,carilah jalan yang terbaik dalam percintaan diriMu itu agar keredhoan ALLAH diperolehi moga generasi yang dibina mendapat keberkatan ILLAHI.



Cinta manusia bersifat sementara maka cinta yang abadi dan Hakiki hanyalah "Cinta kepada ALLAH".Apabila manusia melihat cinta didalam dimensi akhirat nescaya manusia berusaha mendapatkan Cinta yang hakiki ini.

"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim)

Kadang kita menyangka diri kita beriman namun sedarkah kita adakah kita benar-benar menyintai ALLAH dan Rasulullah mungkin kadang kala diri ini dan juga teman-teman mudah berbicara dalam berkata "Aku Cinta pada ALLAH",namun apa tindakkan kita selaku manusia yang berkata cinta kepadanya?..Aku melihat kisah cinta ini dalam perjalanan kehidupan Raabiatul Ardawiyyah dimana insan yang memanifestasikan Cintanya dengan mengingati ALLAH sehinggakan Syurga bukanlah hadiah ataupun keindahan baginya namun matlamatnya adalah ingin bertemu dengan ALLAH sang pencipta sekalian Alam.Raabiatul Ardawiyyah merupakan seorang muslimah golongan sufi di dalam kisah hidupnya ada diriwayatkan dirinya pernah terjerumus dalam kancah kemaksiatan lantas hidayah yang diberikan oleh ALLAH membuatkan dirinya terasa berdosa dan bertaubat kepada ALLAH,namun keistimewaan dirinya adalah bagaimana ia bertaubat dan berCinta dengan ALLAH dengan menanamkan rasa takut dan gerun kepada ALLAH,merintih dan meraung agar diampunkan segala dosanya,berzikir dan bermunajat sehinggakan dirinya hilang kenikmatan dalam bercinta dengan manusia tetapi hanyalah hidupnya semata-mata ingin berCinta dengan ALLAH sehinggakan melepasi akan kenikmatan syurga yang dijanjikan ALLAH...Subhanallah..

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di
dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Muyang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Inilah dikatan "Berkorban demi Cinta",membuangkan segala kenikmatan didunia yang diambil hanyalah ALLAH sebagai matlamat akhirnya,mengisi masa hidup ini dengan dengan ketaatan kepada ALLAH bukan dengan mengisi masa dengan perkara yang dimungkari oleh ALLAH,menjadikan masa muda dengan beribadah kepada ALLAH hayalah semata-mata mengharapkan cinta kepada ALLAH,bertaubat dan merintih dengan penuh pengharapan dalam bertaubat kepada ALLAH,apatah lagi jika jiwa dan juga harta disumbangkan dalam berjihad dijalan ALLAH,menjadikan jasad ini sebagai jiwa yang sanggup berkorban semata-mata dalam menegakkan agama yang diredhoi ALLAH...jika itu yang kita laksanakan maka dirimu sedang "Berkorban demi Cinta".

Akhir kalam "sesungguhnya ia datang dari ALLAH bukanlah dari insan yang hina ini,hanyalah sebagai peringtan untuk diri yang lemah ini"...

Ayuh BERKORBAN JANGAN TERKORBAN DEMI CINTA !!!


CINTA ALLAH

CINTA RASULULLAH,

CINTA AYAH BONDA

CINTA MANUSIA





Monday, May 23, 2011

UnTukMU..kE 8.."Ukhuwah"


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekelian,Bercita-cita dan bersemangat untuk mewujudkan ukhuwah yang benar dan sempurna di antara mereka.

Segala puji hanya milik Allah, selawat dan salam atas Rasulullah saw beserta keluarganya dan para sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya.

Wahai saudaraku sekelian : sungguh Islam telah memberikan perhatian penuh akan adanya ikatan yang kuat pada sendi-sendi ukhuwah yang melahirkan di dalamnya cinta kerana Allah SWT dan menjadikan ukhuwah sebagai wasilah pengikat jiwa dan hati dan merupakan dasar pokok-pokok keimanan yang tidak akan sempurna keimanan seseorang kecuali dengannya dan tidak akan dapat direalisasikan kecuali dengan keberadaannya; bahkan dijadikan sebagai ikatan yang paling erat dari pokok-pokok keimanan dan kesempurnaan nilai-nilainya.

Allah swt berfirman:

“Hanyalah orang-orang beriman yang bersaudara”. (QS Al-Hujurat :10).

Dan Nabi saw bersabda:

“Seorang muslim adalah saudara dengan muslim lainnya, tidak boleh menzaliminya, tidak membiarkannya, tidak merendahkannya dan tidak menghinakannya” . (Muttafaq alaih).

Dan Nabi saw juga bersabda:

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam kasih sayang, cinta kasih dan empati adalah seperti satu tubuh, jika salah satu tubuh darinya mengadu pada suatu penyakit maka anggota tubuh lainnya akan merasa sakit dan demam”. (Muttafaq alaih)

Oleh kerana itulah di antara salah satu rukun dari rukun bai’ah kita adalah ukhuwah, dan di antara salah satu dasar perbaikan sosial secara universal yang dibawa oleh Islam adalah memproklamasikan adanya ukhuwah di antara umat manusia.

Makna Ukhuwah Menurut Kami

Imam al-Muassis (perintis) Hasan Al-Banna semoga Allah merahmatinya berkata:

“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah adalah : mengikatnya hati-hati dan jiwa-jiwa ini dengan ikatan aqidah, dan aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan paling mahal harganya, dan ukhuwah adalah saudara keimanan, sementara perpecahan adalah teman dari kekufuran, kekuatan yang utama adalah persatuan dan tidak ada persatuan tanpa cinta, dan cinta yang paling rendah adalah lapang dada, sementara yang paling tinggi adalah itsar(mengutamakan saudaranya).

“Dan mereka mengutamakan (orang-orang muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan. dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang orang yang beruntung”. (QS Al-Hasyr : 9)

Al-akh yang jujur adalah yang melihat saudaranya lebih utama daripada dirinya sendiri; kerana jika tidak dengan mereka maka dirinya tidak bersama dengan yang lainnya dan jika mereka tidak bersama dengannya maka mereka akan bersama dengan yang lainnya;

“Sesungguhnya serigala akan makan kambing yang tersesat sendirian”. (HR Abu Daud dan ditashih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

dan nabi saw bersabda:

“Seorang mu’min terhadap mu’min yang lainnya seperti bangunan, saling memperkukuh sebahagiannya dengan sebahagian lainnya”. (Muttafaq alaih).

“Dan orang-orang beriman laki-laki dan wanita sebahagian mereka menguatkan sebahagian lainnya”. (QS At-Taubah : 71).

Demikianlah Yang Seharusnya Berlaku

Ukhuwah menurut kami adalah agama, dan jamaah ini masih terus :

1. Bercita-cita dan bersemangat untuk mewujudkan ukhuwah yang benar dan sempurna di antara mereka.

2. Bersungguh-sungguh untuk tidak mengeruhkan kemurnian dan kesucian hubungan mereka sedikitpun.

3. Menyedari bahwa ukhuwah dalam agama adalah sebaik-baik wasilah yang dapat mendekatkan diri dengannya kepada Allah.

4. Tetap memelihara kemuliaan darjat yang tinggi.

5. Bercita-cita untuk sentiasa memperhatikan hak-haknya sehingga mampu membersihkan hal-hal yang boleh mengeruhkan suasana dan dari bisikan-bisikan syaitan dan para ulama telah menjadikan serendah-serendah darjat ukhuwah adalah berinteraksi dengan saudaranya dengan apa yang dicintai dalam berinteraksi dengannya.

Dan di antara hak-hak ukhuwah adalah sabar terhadap kesalahan al-akh sampai dirinya mampu mengembalikannya kepada kebenaran tanpa diperbesarkan (disiarkan) akan kesalahannya atau menyebarkan kesalahan dan kekeliruannya.

Abu Darda berkata:

“Jika saudara kamu berubah dan bertingkahlaku berbeza dari apa yang ada dalam dirinya maka janganlah ditinggalkan kerana hal tersebut; kerana boleh jadi saudara kamu bengkok (salah) pada suatu ketika namun lurus kembali pada ketika yang lain”.

Ibrahim An-Nakha’i berkata:

“Janganlah engkau memutus hubungan saudara atau meninggalkannya di sisi serigala, kerana boleh jadi suatu kali dirinya salah namun esoknya dapat ditinggalkan” .

Dalam atsar yang lain disebutkan:

Nabi Isa berkata kepada al-hawariyun: Bagaimana kamu memperlakukan saudara kamu jika melihatnya tidur lalu angin bertiup dan menyingkap pakaiannya? Mereka menjawab: akan kami singsingkan bajunya dan menutupinya. Nabi Isa berkata: namun kamu akan menyingkapkan auratnya! Mereka berkata: Maha suci Allah! Siapakah yang melakukan demikian? Beliau berkata: Salah seorang dari kamu yang mendengar ucapan tentang saudaranya kemudian ditambah-tambah olehnya dan disebarkannya dengan sesuatu yang lebih darinya”.

Dan bahkan pada ketika berbeza pendapat dengan saudaramu yang lain, maka ikatan ukhuwah seharusnya mampu melindungi mereka dari terjadinya saling membuka aib atau menyebarkan syubhat atau membuat cerita bohong dan hendaknya mereka memelihara ungkapan seorang ulama fiqh iaitu Imam Syafi’i semoga Allah merahmatinya:

“Orang yang merdeka adalah orang yang mampu melindungi kasih sayang sesaat, dan patuh pada orang yang memanfaatkannya ucapannya”.

Dan disebutkan : Jika terjadi ghibah (umpatan) maka hilanglah ukhuwah.

Begitu indah dan lembut ungkapan seorang salaf yang menyampaikan nasihat kepada saudaranya :

“Sampaikanlah kepada saya; saya telah jahat seperti yang engkau katakan
Kerana itu, di manakah kasih sayang dalam ukhuwah
Atau jika kamu jahat sebagaimana aku jahat
Maka, dimanakah kurniamu dan kasih sayangmu”

Dan bukanlah bahagian dari akhlak seorang akh muslim ketika ia selalu menceritakan sebab-sebab keaiban pada ketika ia berbeza pendapat dengan saudaranya atau yang lainnya, atau berusaha meremehkan kelebihannya, atau menghina perbuatan dan pemberiannya.

Al-Faruq, Umar bin Al Khattab memberikan satu nasihat: “Janganlah cintamu dijadikan sebagai bebanan, dan jangan jadikan pula marahmu sebagai kehancuran. Kemudian ada yang bertanya: apakah maksudnya? Umar berkata: “Jika kamu mencintai, jangan berlebihan seperti cintanya seorang bayi pada sesuatu secara berlebihan, dan jika kamu marah maka jangan membuatkan kamu senang dengan hancurnya saudara kamu dan celaka”. (HR Bukhari dalam kitab Al Adab)

Hasan bin Ali berkata:

“Janganlah kamu berlebihan dalam mencintai sesuatu, dan jangan pula berlebihan dalam membenci sesuatu, dan barangsiapa yang menemukan pada saudaranya tanpa (penutup) maka janganlah disingkap lagi”.

Dan di antara hak-hak ukhuwah adalah memberikan nasihat dengan adab-adab syar’i :

1. Jangan diceritakan di depan umum.

2. Jangan disakiti dihadapan khalayak ramai dan pada suatu institusi.

3. Jangan diungkap rahsia dirinya.

4. Jangan dibuat-buat cerita yang dusta.

5. Tidak dibenarkan penggunaan segala cara terhadap suatu kesalahan.

6. Tidak ada “mujamalah” dalam menghitung suatu kebenaran.

7. Tidak cenderung kepada sakit hati dan kemenangan kepada hawa nafsu.

8. Harus dengan nasihat yang aman dan benar serta jujur.

9. Bebas dari tuduhan.

10. Ditunaikan sesuai dengan amanah.

11. Diiringi dengan kasih sayang.

12. Mampu menumbuhkan perasaan ukhuwah.

Ukhuwah Adalah Rahsia Kekuatan Dakwah kita

Sesungguhnya ukhuwah yang kami sebutkan hak-haknya, wahai saudaraku adalah sebuah batu yang mampu menghancurkan gelombang konspirasi dan usaha menguasai dakwah kita yang penuh berkah ini dan ia merupakan titik awal sebuah kemenangan.

“Dan jika mereka bermaksud menipumu, Maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu) . Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan- Nya dan dengan para mu’min, dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana. Hai Nabi, cukuplah Allah (menjadi Pelindung) bagimu dan bagi orang-orang mu’min yang mengikutimu” . (QS Al-Anfaal : 62-64)

Wahai saudaraku : Sungguh nabi saw telah memberitahu kita dengan jelas dan terang:

“Jauhilah kamu akan buruk sangka, kerana buruk sangka adalah sedusta-dusta ucapan, dan janganlah kamu saling menduga-duga, jangan saling mengintai, jangan saling hasad, jangan saling berkonspirasi, jangan saling benci (marah), namun jadilah kamu hamba Allah yang saling bersaudara”. (Muttafaq alaih).

Umat Islam di zaman awal memahami dari Islam akan makna ukhuwah ini, meresap ke dalam aqidah dan agama Allah secara kekal akan perasaan cinta dan bersatu serta berkasih sayang dan fenomena yang paling mulia adalah ukhuwah dan ta’aruf sehingga seakan-akan mereka menjadi peribadi yang satu, satu hati, satu tangan, maka Allah pun mewujudkan pada mereka kemenangan, kemuliaan dan kejayaan.

Oleh kerana itu, marilah kita berpegang teguh pada ukhuwah yang kekal ini yang niscaya tidak akan hilang sekalipun dunia akan hancur, sekalipun hari-hari akan hilang dan berlalu namun ukhuwah akan tetap kekal sepanjang masa dan hendaklah kita terus memelihara dan bercita-cita untuk menunaikan hak-hak ukhuwah ini, merasakan nilai-nilainya, menjaga wirid Rabithah setiap hari.

Semoga Allah tetap bersama kamu dan tidak menyia-nyiakan perbuatan kamu.

Allah Maha besar dan segala puji hanya milik Allah

Thursday, April 28, 2011

MINDS'11

PERHATIAN!!!

Satu perjumpaan bagi semua barisan fasilitator MINDS'11 yang akan berlangsung pada:-

Tarikh:30/4/2011(sabtu)
Masa :9.30pm to 11.00pm
Tempat:YDK14 & 15 (UMP gambang)
Pengangkutan:Bus dri pekan ke gambang akan disediakn pada jam 8pm.
Pemakaian:Smart Casual

Kehadiran anda adalah diwajibkan,kerana anda adalah dikalangan yang terpilih,kerjasama anda amat dihargai.

" Fasilitator berkualiti MINDS di ingati "

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Mohd Zulwafi(013-5967897)

MOHD ZULWAFI B. BAHAUDIN,
PENGARAH MINDS'11,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG.

Monday, April 25, 2011

Sebuah Pertemuan


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan...
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan

"ALLAH SEGALANYA"


Sunday, April 24, 2011

TAHNIAH yg Terpilih menjadi FASI MINDS'11 !!


Tahniah diucapkan kepada mahasiswa/i yg telah dipilih menyertai barisan Fasilitator MINDS'11,komitmen,kualiti,kerjasama,kesepaduan,kemesraan,kekuatan,ketepatan...menjadi sumber pemacu kemajuan barisan fasilitator MINDS'11..."Fasilitator berkualiti MINDS di ingati"

SENARAI NAMA FASILITATOR MINDS’11

LELAKI :-
1. MUHAMAD FAISAL B. RAZALI MA10047
2. MUHD MUNZIR B. KAMARUDIN CA10056
3. SATISH RAO A/L PATHORAJOO EB09043
4. ABDUL BASITH B. ABDUL HALIM AA09118
5. MOHAMAD TAUFIQ B.MOHAMAD TAJUDIN EA10049
6. MOHD AZRUL B. TENGKU MUDA HA10002
7. MOHAMAD FAUZAN B. MOHAMAD AMIN MA09038
8. THIVAGAR A/L SUGUMARAN KA09170
9. YAP HUEY TYNG MH09036
10. MOHD SADDAM B. HASSAN PA10017
11. MUHAMMAD ALIF HAFIZ B .ABD. MURAD MA09045
12. CHUA LEONG HUAT SB10007
13. YAW CHOO KIT CA10022
14. CHAN CHONG HOONG CA10003
15. MUHAMMAD RUJHAN B. KASSIM MA10067
16. SURRESHAN SHAMUGAM KB10077
17. ADZLIN HUSIN KA10131
18. MOHAMMAD FAZRUN BANTALANI EA10085
19. MOHAMAD RUSDI ABDUL RAHMAN MA10068
20. MOHD FITRI MOHAMED AE10004
21. SHARVEENESH A/L VATHIVELLU MA09087
22. ABDUL MUHAIMIN ARIS MA09076
23. MUHAMMAD HAFIZ SHA’PIEE KA10087
24. KHAIRUL FADHILLAH HJ AHMAD MA10072
25. NAFIS ADAM SHAFIE CD10064
26. THAM CHENG BIN -
27. SARAVANAN A/L JAYAKUMAR SB10050
28. AHMAD DASUKI DANIA CA10086
29. WAN MOHD FUAD WAN HUSSIN EA10024
30. MOHAMAD FERDAUS AMRAN CD10058
31. AZRI MARMOH KA09187
32. MUHAMMAD NOOR KHAIRULLAH ANUAR SAIDY HA10005
33. TAN JUN LIANG PB09017
34. FATHIZAIDAN JAMALUDIN HA10015
35. AIMAN ABDULLAH KB10085
36. BANI AJRUL BASHIR RAZALI EB09001
37. AHMAD AFIFI IBRAHIM KE09037
38. MOHD AIDIL AZHAR CC10097
39. WISAM MOHAMMAD CD09018
40. SOH YAN XIN -
41. NAZIRUL AZIM B. MOHD ASRI MA09040
42. MOHD FIRDAUS B. MOHD JAAFAR MA09036
43. MOHAMAD NAZIHA B. KAMARUL ZAMAN EC10003
44. MUHAMMAD ASYRAF B. JUSOH MH09052
45. WINSTON YONG ZIN CEN CA10108
46. MUHAMAD FARUQI B. ZAHARI FB09012
47. AMAN B. AHAMAD MA09135
48. MOHAMAD IEZANY B. ROSLI KA09050
49. KUMANAN SANMUGAM KA09053
50. MUHAMMAD ZAHID B. NAZARUDIN KE09007
51. ABDUL NA’EM B. SUHAIME KE10001
52. WILLY WONG XIU FA KE10051
53. FADLI BIN MISLAN @ MISHAD MA09065
54. MUHAMMAD ALIF HAFIZAN BIN ABD AZIZ HA10012
55. DHIJEEDTHIRAN NAIDU A/L CHANDREN KB10076
56. VIKINESH A/L MARIAPPAN KE09009
57. SURENTHRAN A/L K.SUNDAR KA10004
58. MOHAMAD KHAIRUAZLAN BIN KAMARUZAMAN MA09018
59. FIKHRI EQMAN B MOHAMED NAZRI CA10110
60. ABID ABBAS BIN MOHAMED ARIFIN MA09086
61. MOHAMAD SYAFIQ HUZAIRI B MAT YAACOB MH10015
62. MUHAMMAD HAFIZ B. MUSTAFHA HA10016
63. SYAHRUL RAMADHAN B. AHMAD KAMAL ARIFFIN MA09052
64. NG YEW KEONG MA09029
65. SARAWANAKUMAR A/L SEGAR CB09064
66. CHAN WILLIAM KA10038
67. MOHD KHAIRUL HAFIZI B. KHAIROLAZAR MA09031
68. MOH AZIZUL B.MOHD ZAINAL ABIDIN HA10007
69. MUHAMAD IKHWANUDDIN B. JAMALUDDIN
70. MOHD FAREEZ FITRI B. MOHD PAZILAH HA10006
71. ABDUL KADIR B. SAMTA MA09069

PEREMPUAN:-
72. NURHANANI ISMAIL CD09033
73. NUR NASIHA SHADAN CA09090
74. NURI ADILAH NASHRUMILLAH IDRIS -
75. MAHALETCHUMI MORGAN EC10038
76. NORHASNIDA HASANUDDIN CD10056
77. DAYANG IZZAIDAH IDRIS EB09107
78. NASIHAH SAKINAH ZULKIFLI AUNI AA09057
79. NOOR AFIFAH AZMI SAB10045
80. SHARMILA A/P SEWAJJE AB10093
81. NUR AMALINA ALIAS PB09049
82. SITI RUHANI MOHD HANAFI HA10003
83. IZZATI AHMAD FUAD SA10045
84. MALINI A/P KERISNAN AA10150
85. NUR HAZIRAH ABDULLAH CD10081
86. NUR HAFIZAH SAIPUL BAHRI CD10062
87. FATMA SYAIRAH ZAKARIA CA10049
88. NOOR AZRINA SALLEH PB09046
89. NUR HANIFA MOHD ZAIDIN@SAIDIN EB10036
90. NURUL YAHEZRIN SHAFIRA MOHD SALLEH CA10084
91. NURUL HAZWANI RUSLAN SB10018
92. CHONG SOO KEE KA10092
93. CHAI SENG MIAO KE10025
94. SITI ROS AISHAH BT. ROSLI CD10007
95. NOR FARHANA BT. RAZALI CD10057
96. NURHAZIRAH BT. ABDUL MALIK AA10199
97. WAN JUWAIRIAH BT. WAN MANSOR CA09091
98. NURUL HIDAYAH BT. HUSIN MA09100
99. LEONG KAR MEI CA10030
100. NORHIDAYAH BT. KETEMU SA10022
101. NORHANIZAH BT. MOHAMAD NOOR SB10042
102. WAN ZUNINA WAN MOHD PC08016
103. SITI AISHAH SHAMSUDIN BAHARIN KA09059
104. WAN NURUL FARAH LIYANA BT. RAZALI HA10013
105. KHATIMAH JUSOH EA09053
106. AMIRA SHAZWANI BT. RIDUAN SB10082
107. SUHAEYMI BT.YUSRIL MA10055
108. LEE LAY KHOON CB10035
109. ZUNAIRAH BT. MOHAMMAD CD10076
110. NURHASMIRA IDAYU BT. HARUN SB10096
111. NOR AKMAL BT. HALIM MG09011
112. SITI FIRDAUS BT. MD SALLEH MG09007
113. SITI NUR AIN BT. MD. SALLEH FA09045
114. RAIHANA BT. BAHARUM CB10095
115. SYAKURAH BT. SHARAFUDDIN PB09075
116. ZAINAB BT. A.MALIK PB10077
117. SITI SARAH BT. ABD. RAHMAN MA09075
118. AIMI SOFIAH BT. AYUB SB10070
119. NUR HAZIQAH BT. ABDUL HAMID CB10075
120. NURSHAHIRA SAIDATUL HASNA BT. ABDUL JABAD AA09104
121. ASMUI BT. MUHAMMAD PA10022
122. HIMALA DEWI JAGANATHAN CB10055
123. NORHASLINDA BT. HAMIDON CA09067
124. FATHIMAH BT. ABDUL HALIM EA09089
125. LAGUNESVARY A/P GANESAN MA09128
126. NUR ELYANIE NAZIRAH BINTI MAZLAN
127. NORASHIKIN BINTI NOR TUAH MA09089
128. NOR SYAFIKA BINTI JAMALUDIN CA09138
129. NORFATIN FAIZAH BINTI ABD. RAHIM CC10085
130. SITI AISHA BINTI MUSTAFFA CA10073
131. KEJA PRIYA A/P VENUGOPAL PC10112
132. KOH SOK KENG CA10020
133. NURUL ASMAWATI BT ROSLAN KA10125
134. THARISINI A/P MARI YAPPAN KB10089
135. NOORUL AHLAMI BINTI KAMARUL ZAMAN CA10081
136. NURHAFZAH IZZATI BT KASIM KA10123
137. RUBIAH BT AHMAD EC09030
138. NUSAIBAH BINTI CHE AZIMI CD10095
139. FAATIHAH BINTI MOHAMAD ABRI KE10050
140. UMMI AIDA BT ABDUL WAHAB EA10054
141. FARAH ASHIKIN BINTI RASIT SB10079
142. NURULHIDAYAH BT ZARANI KA10133
143. NOR SITI AISHAH BT. PAING EA09074
144. NUR RAMISYA BT. RAHIM EA09036
145. WAN NOR AINIE BT.WAN MUHAMAD CD09042
146. NUR SYAZWANI BT. MOHD NOOR MG09003
147. TEO MEI MEI CA10027
148. TUAN NORSYALIEZA BT. TUAN AZNAN SB10072
149. NURUL HIDAYAH BT. OTHMAN MC10004
150. NURHAMIZAH BT.ZAKARIA CD10068

Satu perjumpaan bagi semua barisan fasilitator yang akan berlangsung pada:-

Tarikh:30/4/2011(sabtu)
Masa :9.30pm to 11.00pm
Tempat:WDKU (UMP gambang)
Pengangkutan:Bus dri pekan ke gambang akan disediakn pada jam 8pm.

Kehadiran anda adalah diwajibkan,kerana anda adalah dikalangan yang terpilih,kerjasama anda adalah amat dihargai.

"WE PROUD TO BE UMPIANS"

MOHD ZULWAFI B. BAHAUDIN,
PENGARAH MINDS'11,
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG.

Monday, April 18, 2011

MUHASSABAH DIRI

“Kita ini apa yang kita fikirkan”

Alhamdulillah baru2 ini,saya sempat berjumpa dengan Ustad utk meminta sedikit nasihat,mengenai beberapa perkara,..saya berkata pada ustd “ana lemah dalam perjuangan”..

Lantas ustad bertanya berapa umur kamu??...

saya menjawab 21…

Dalam umur sebegini kita dalam lingkungan 20 hgga 25 seharusnya Semangat dalam melakukan sesuatu perkara.. sebenarnya “kita ini apa yng kita fikirkan”…kadang2 bukan mudah utk kita menyukai sesuatu yang kita tidak suka,maka ini memerlukan MUJAHADAH iaitu suka kepada perkra yg tidak disukai…Sbb itulah pemikiran kita membentuk siapa diri kita,sbgai contoh Jika kita rasa malas hendak membaca kenapa kita tidak tanam kan dalam pemikiran kita “sekiranya aku membaca,aku dapat berkongsi ilmu,memberikan ceramah,”..sesuatu yg membolehkan diri kita berasa gembira…sentiasan jadikan perkara yang tidak disukai menjadi perkara yang disukai,terpulanglah bagaimana caranya...

MOGA ALLAH BERI KEKUATAN KEPADAKU UTK BERUBAH,InsyaALLAH.


Saturday, April 9, 2011

TEmuduga MINDS'11

"AYUH KITA SERTAI MINDS"

Pengarah MINDS'11
Mohd Zulwafi bin Bahaudin
(013-5967897)

Tuesday, March 29, 2011

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya di israkkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

  1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari Syurga.
  4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

  1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
  3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W

Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya di israkkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :

  1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
  2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
  3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari Syurga.
  4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
  5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :

  1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
  2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
  3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
  4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
  5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.
  6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.
  7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Tuesday, March 8, 2011

Wanita apa pilihanMU??


Yang Pertama..

Kamu jadi seperti kelapa..

Mudah diperoleh..

Diparut..

Diperah..

Dan diambil santannya..

Lepas tu hampasnya dibuang…

Yang Kedua..

Kamu menjadi sebutir mutiara..

Berada di dasar lautan..

Tersimpan rapi..

Dilindungi kulit..

Bukan senang nak melihat..

Apa lagi mendapatkannya..

hanya orang yang bertuah..

Berusaha menyelami dasar lautan..

Dapat memperolehnya..

Harganya mahal sekali..

Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..

Kamu pilihlah samada Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..


SEMUANYA TERLETAK PADA DIRIMU YANG BERNAMA WANITA

"SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA"