Assalamualaikum,dengan nama AR-RAHIM daku masih dikurniakan nikmat yang tidak terhingga ini,dengan Rahmat darinya daku masih berada di Jalan ini,moga ia thabat sehigga daku menghembuskan nafas yang terakhir,dengan nama AL-MUQTADIR daku memohon kepadanya agar tempatkan daku dikalangan orang-orang yang beriman.
Sedikit perkongsian mengenai sebuah kisah yang menarik ,bagi daku ia boleh menjadi contoh dan juga tauladan untuk kita semua yang inginkan MARDHOTILLAH,sebenarnya kisah ini dikongsi oleh seorang abang yang pernah menjadi Fasilitator ketika minggu OrientasiKU di UMP,beliau merupakan Ketua Fasilitator ketika itu,kisah ini dikongsi beliau di Masjid UMP sebagai Tazkirah Masjid,Kisah bermula begini :-
Pada satu hari,seorang Guru mengajak anak muridnya untuk pergi kekawasan yang lapang dimana terdapat Satu barang yang digantung tinggi pada satu tiang,kemudian Guru itu menyuruh anak muridnya untuk mengambil dengan tanpa menggunakan apa-apa…
Guru : Baik,murid2 semua …kamu semua Nampakkan barang yng tergantung di atas tu?
Murid : Nampak Cikgu ,tapi kenapa tinggi sangat Cikgu?...susah nak ambil ni..
Guru : Cikgu nak kamu ambil jugak…barang tu.Baiklah seorang demi seorang melompat dan ambil.
Murid 1: Baik.
Semua murid bergilir-gilir menunggu giliran untuk mengambil barang itu,ada yang melompat dengan pelbagai gaya dan pelbagai ragam,sehingga ada di antara mereka mengeluh.
Murid 1: Cikgu,payah la,tinggi sangat,susah nak ambil,tak logic la,dengan lompat ja boleh ambik….tak nak la…ambil.
Guru : Takpa2,sapa yang rasa sudah berpuas hati dan tak mahu ambil,maka berehat di tepi cikgu.
Tiba2 guru ini melihat salah seorang anak muridnya ,tidak berputus-asa untuk mengambil barang tersebut,sehinggakan berkali2 dia mencuba,akan tetapi Guru ini tidak pernah menyuruh anak muridnya ini berhenti ,malahan memberi semangat.Dan akhirnya…
Guru : Baiklah ,anak muridKu semua ,boleh berhenti.
Murid 2 :Baik cikgu.
Guru : Murid-muridKu,yang cikgu sayangi sekalian…bukanlah tujuan cikgu membawa kamu semua ini disini ini hanyalah sekadar utk melompat-lompat,bermain-main,berseronok dan sebagainya,akan tetapi tujuan cikgu hanyalah ingin melihat bagaimanakah USAHA KALIAN UTK MEMPEROLEHI SESUATU,cikgu ibaratkan Barang tersebut ialah KEREDHOAN ALLAH dan kamu sebagai manusia yang ingin memperolehi keredhoan tersebut,lantas bukan mudah untuk seseorang insan utk mendapatnya,tetapi ingat muridKu ,bahawa ALLAH tidak melihat keputusan akhirnya,tetapi ALLAH MELIHAT USAHA KITA MENGGAPINYA IAITU MENGGAPAI MARDHOTILLAH,berusahalah muridKu !!
Sahabat sekalian,ayuh kita berusah utk memperolehi Syurga yang telah dihidangkan bagi mereka yang menjualkan diri mereka sepenuhnya kepada ALLAH,BERUSAHA DAN BERUSAH itu yang perlu…moga dengan USAHA itu yang menjadikan kita Dikurniakan Syurga oleh ALLAH,Syurga itu Manis maka jalan memperolehinya Amat Pahit,BERJUANGLAH didunia dan akhirat semata-mata kerana ALLAH.
"MY WORLD is always in the grip but the ENTIRE My soul is ONLY for ALLAH,allways FOR ALLAH"
No comments:
Post a Comment