Tuesday, November 23, 2010

Abah

Abah,

Aku bangga memiliki Insan sepertiMu,
Insan yang tabah menghadapi dugaan,
Tenang dengan kerenah anak yang berbagai,
Tiada keluhan,
Inikan pula ungkitan,
Sabar mencari secicip rezeki,
Buat keluarga tersayang ,

DidikanMu Abah,
AmatKu hargai,
Kasih sayangMu yang tidak bertepi,
Tidak dapatKu balasi,
Bimbingan serta tunjuk ajarMu,
Menjadikan diriKu Insan berguna pada Hayat ini…
Terima Kasih Abah…
Aku sayang padaMu.

Sunday, November 14, 2010

Amalan Zulhijjah

Alhamdulillah,bersyukur kerana masih diberikan kesempatan utk berkongsi sedikit ilmu kepda seluruh lapisan masyarakat yang mengenali diri ini,MOHON AMPUN ,MAAF SALAH dan SILAP,syukran.
JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA.


Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.


Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.


Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Thursday, November 11, 2010

PaSrah SeGaLanYA


Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai



Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati



Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan


Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci


Ya ALLAH,sesungguhnya dikaulah pemilik diri ini,daku bermohon padaMu jika ujianMu mendekatkan diriKu padaMu,maka ujilah daku,Ya Rahman...sesungguhnya HatiKU hanyalah Untuk mu,kerana diriMulah pencipta Hati ini,Namun siapalah daku untuk mendapatkan Kasih SayangMu kerana diriku hanyalah insan yang bergelumang dengan dosa-dosa silam,"Hebatnya cintaMu padaKu sehinggakan setiap saat diriMu tidak pernah melupaiKu,Namun daku ?..mudah leka dan alpa terhadap kasih sayangMu...YA ALLAH aku PaSrah SegaLanYA ....hanya apa yang aku mampu lakukan hanya berusaha mendapat CINTAMU.

Sunday, November 7, 2010

Salam Perjuangan

Selamat Berjuang Sahabat Sematrikulasi semua (kmPk 2008/09),Selamat menjalani peperiksaan kepada semua,semoga berjaya di dunia dan akhirat .SALAM SAYANG SEMUA....

Thursday, November 4, 2010

GaPaiLah IA


Assalamualaikum,dengan nama AR-RAHIM daku masih dikurniakan nikmat yang tidak terhingga ini,dengan Rahmat darinya daku masih berada di Jalan ini,moga ia thabat sehigga daku menghembuskan nafas yang terakhir,dengan nama AL-MUQTADIR daku memohon kepadanya agar tempatkan daku dikalangan orang-orang yang beriman.

Sedikit perkongsian mengenai sebuah kisah yang menarik ,bagi daku ia boleh menjadi contoh dan juga tauladan untuk kita semua yang inginkan MARDHOTILLAH,sebenarnya kisah ini dikongsi oleh seorang abang yang pernah menjadi Fasilitator ketika minggu OrientasiKU di UMP,beliau merupakan Ketua Fasilitator ketika itu,kisah ini dikongsi beliau di Masjid UMP sebagai Tazkirah Masjid,Kisah bermula begini :-


Pada satu hari,seorang Guru mengajak anak muridnya untuk pergi kekawasan yang lapang dimana terdapat Satu barang yang digantung tinggi pada satu tiang,kemudian Guru itu menyuruh anak muridnya untuk mengambil dengan tanpa menggunakan apa-apa…


Guru : Baik,murid2 semua …kamu semua Nampakkan barang yng tergantung di atas tu?

Murid : Nampak Cikgu ,tapi kenapa tinggi sangat Cikgu?...susah nak ambil ni..

Guru : Cikgu nak kamu ambil jugak…barang tu.Baiklah seorang demi seorang melompat dan ambil.

Murid 1: Baik.

Semua murid bergilir-gilir menunggu giliran untuk mengambil barang itu,ada yang melompat dengan pelbagai gaya dan pelbagai ragam,sehingga ada di antara mereka mengeluh.

Murid 1: Cikgu,payah la,tinggi sangat,susah nak ambil,tak logic la,dengan lompat ja boleh ambik….tak nak la…ambil.

Guru : Takpa2,sapa yang rasa sudah berpuas hati dan tak mahu ambil,maka berehat di tepi cikgu.


Tiba2 guru ini melihat salah seorang anak muridnya ,tidak berputus-asa untuk mengambil barang tersebut,sehinggakan berkali2 dia mencuba,akan tetapi Guru ini tidak pernah menyuruh anak muridnya ini berhenti ,malahan memberi semangat.Dan akhirnya…

Guru : Baiklah ,anak muridKu semua ,boleh berhenti.

Murid 2 :Baik cikgu.


Guru : Murid-muridKu,yang cikgu sayangi sekalian…bukanlah tujuan cikgu membawa kamu semua ini disini ini hanyalah sekadar utk melompat-lompat,bermain-main,berseronok dan sebagainya,akan tetapi tujuan cikgu hanyalah ingin melihat bagaimanakah USAHA KALIAN UTK MEMPEROLEHI SESUATU,cikgu ibaratkan Barang tersebut ialah KEREDHOAN ALLAH dan kamu sebagai manusia yang ingin memperolehi keredhoan tersebut,lantas bukan mudah untuk seseorang insan utk mendapatnya,tetapi ingat muridKu ,bahawa ALLAH tidak melihat keputusan akhirnya,tetapi ALLAH MELIHAT USAHA KITA MENGGAPINYA IAITU MENGGAPAI MARDHOTILLAH,berusahalah muridKu !!


Sahabat sekalian,ayuh kita berusah utk memperolehi Syurga yang telah dihidangkan bagi mereka yang menjualkan diri mereka sepenuhnya kepada ALLAH,BERUSAHA DAN BERUSAH itu yang perlu…moga dengan USAHA itu yang menjadikan kita Dikurniakan Syurga oleh ALLAH,Syurga itu Manis maka jalan memperolehinya Amat Pahit,BERJUANGLAH didunia dan akhirat semata-mata kerana ALLAH.


"MY WORLD is always in the grip but the ENTIRE My soul is ONLY for ALLAH,allways FOR ALLAH"



Tuesday, November 2, 2010

Sihat TubuH Badan




Main futsal bersama IMAM MUDA

Assalammualaikum,kali ini daku ingin berbicara mengenai ISLAM dari sudut kesihatan,manusia memerlukan badan yang sihat dalam untuk berinteraksi dengan manusia lain dengan cara lebih efektif,ISLAM tidak menyuruh hambanya menjadi lemah,ia bukan bermaksud ISLAM menindas mereka yang lemah akan tetapi manusia jika diberi kelebihan amatlah payah untuk kembali kepada ALLAH,namun jika diuji kesusahan maka ia menjadi perkara mudah untuk manusia mencari tuhannya yakni ALLAH.Maka ALLAH lebih sukai manusia yang sihat daripada manusia yang lemah,pelbagai method yang boleh dilaksanakan untuk menyihatkan tubuh badan sebagai contoh bermain badminto,jogging dan sebagainya...AYUH SAHABAT MAHUPUN SAHABIAH mari kita sihatkan badan,kuatkan badan kerana IA diantara 10 muwassafat tarbiyyah yang perlu kepada setiap individu Muslim.INGAT SEMUA KERANA ALLAH.
Kuat Tubuh Badan (Qawiyyul Jism)

Kekuatan tubuh badan tue sangat penting untuk setiap Muslim. Andai kita tidak mempunyai kekuatan tubuh badan jangankan nak pergi berperang, nak solat pun susah sebab tubuh badan kita tak kuat. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

SALAM,SEAQIDAH....

Monday, November 1, 2010

PEsona CiNta


Kau siramkan wangian mawar putih
Kepada sebuah kenangan yang layu
Bisakah merubah detik-detik yang berlalu
Dari sekadar impian yang kaku

Jiwa terpaut menyaksi
Seribu pengorbanan dihulur
Cinta kasihan bersemi
Mengagung tak disedari
Diimpi tak pasti
Mengharap tak mendakap
Kesetiaan dijunjung
Rupanya tak ke hujung

Lilin yang menyala membakari dirinya
Buat menerangi insan yang memerlukan
Tanpa disedari diri sendiri sirna
Duka nestapa dibiarkan saja

Begini jadinya bila dihamba pesona cinta
Yang buta tak mengenal sebenar sifatnya

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Kesucian cinta
Ikhlas tak diundang
Perliharalah...

Disana Menanti SyuRGA yang Abadi,syuRga Yang HAKIki..."MY WORLD is always in the grip but the ENTIRE My soul is ONLY for ALLAH,allways FOR ALLAH".....Tarbiyyah dari SEbuah Lagu.