Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH tuhan sekalian ALAM yang meberiKu kesempatan untukku Menulis pada kali ini,dalam mencari Eri kehidupan yang bersifat sementara ini bagi menggapai kehidupan yang Kekal Abadi.
Mari kita merenung serta melihat kembali Apakah yang telah kita lakukan selama kita bertapak dimuka bumi ini?Apakah perubahan yang dilakukan pada diri kita ketika masih diberikan Nikmat kehidupan didunia ini?Adakah cukup dengan bekalan ini untuk Kita mencapai kehidupan yang selesa di Akhirat nanti?....Marilah Teman,Rakan,Sahabat untuk kita kembali kepada Fitrah ,iaitu ubudiyyah /pengabdian diri kepada ALLAH.
"Daku melihat IBU KU yang saban kali sebelum ketibaan Aidul Fitri ,IBU KU akan membuat Kuih yang di beri nama 'Kuih TAT ' yang merupakan kuih tradisional bagi penduduk Kampung Sungai Choh,didalam menghasilkan kuih ini ia memerlukan beberapa ramuan seperti tepung,minyak,gula dan sbgainya...pendek kata IBU KU hanyalah wanita yang menyusun,membentuk,mengadun,membakar sehinggalah selesai menjadi KUIH TAT kemudian apabila hendak dijual ia akan diberi nama sempena nama pembuatnya iaitu KUIH TAT MASLAH,maka ini adalah sebutan kebiasaan apabila seseorng menghasilkan sesuatu Tetapi KETAHUILAH HAKIKATNYA TIDAK.Manusia berkata begitu hanyalah utk mempermudahkan kita sahaja, tetapi HAKIKATNYA JIKA KITA DETAILKAN KEMBALI MAKA ALLAH SEBENAR PENCIPTANYA.."
Jelas apa yang kita lihat disini iaitu segala benda ataupun perkara dimuka bumi ini akan kembali kepada ALLAH ataupun akan berpusat kepada ALLAH seperti manusia apabila susah,gelisah ia akan kembali mengingati Sang MAHA pencipta utk merintih ataupun meminta pertolongan ,Firman ALLAH:-
"Berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan" Al-Mukmin -60.
Kadang kala kita sering mendegar sebutan ini didalam Filem barat sbgai contoh.."OH MY GOD PLEASE SAVE ME"...lihat maka ini adalah sbgai contoh bahawa manusia akan berpusat kembali kepada tuhannya dalam menghadapi kesukaran.
Manusia merupakan satu bentuk penciptaan ALLAH yang dikurniakan pelbagai kenikmatan seperti panca indera,akal yang membolehkan mereka berfikir,kadang kala manusia mudah lupa diatas nikmat yang diberikan lantas satu sifat akan timbul iaitu perasaan Bongkak,Sombong,Bangga diri diatas nikmat yang diberi,ada juga diantara kita yang merasakan dirinya hebat diatas kelebihan yang dimiliki tanpa merenung kembali segala-galanya berpusatkan kepada ALLAH iaitu yang datang daripada ALLAH,sebenarnya ILMU yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia teramatlah sedikit berbanding ILMU ALLAH yang tiada batasnya Firman ALLAH:-
"Katakanlah;Sekiranya lautan menjadi tinta utk menulis kalimat-kalimat tuhanKu,sungguh habislah laut-lautan itu sebelum habis(ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula" Al-Kahfi-190.
Hebatnya ILMU ALLAH,maka sepatutnya tiada satu lafaz pun yang sepatutnya ,manusia lontarkan "aku memang hebatpun",subhanallah mari kita merenung kembali dan bermuhasabah diri.Ingatlah insan,manusia hanyalah mengkaji,menyelidik dalam mencari sesuatu kebenaran yang bertitik kan kembali untuk mencari betapa hebatnya kekuasaan ALLAH,Firmannya:-
"....Dia mengaturkan urusan(makhluknya) dan menjelaskan tanda-tanda(kebesarannya),agar kamu yakin akan pertemuaan dengan TuhanMu" Al-Ra'd-2.
"Tiada apa-apa pada manusia"....inilah ungkapan yang bermain di Benak ini,setelah melihat kembali segala-galanya datang daripada ALLAH,hatta kata-kata kita,ataupun hujah kita,jika ALLAH berkehendak utk tidak mengeluarkannya daripada mulut kita maka kita tidak dapat berkata2 pun,Pergerakkan kita jika ALLAH tidak izinkan untuk kita bergerak maka kita akan kaku seperti patung yang diciptakan manusia,tetapi ingat hatta patungpun bahannya diciptakan oleh ALLAH.
Cinta ALLAH,Cinta RASULULLAH,Cinta JIHAD.....Let's START again,begin our new life to arkib MARDHOTILLAH.
No comments:
Post a Comment