Thursday, December 17, 2009

Tauliah sementaraku dari JAIS berakhir

Syukur,Alhamdulillah kerana dengan nikmat kurniaannya aku masih lagi dapat meneruskan perjuangan ini dan masih lagi boleh berbicara mengenai nikmat nya yang tidak akan dapat dibalas oleh insan yang lemah ini yg bernama Zulwafi...aku bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberi aku peluang untukku menyumbangkan sesuatu untuk agama yang diredhoinya,yakni ISLAM...walaupun sumbangan aku ini tidak seberapa namun aku berharap apabila aku disoal olehnya nanti.."APAKAH SUMBANGAN DIKAU KEPADA ISLAM",insyaallah..aku ada sesuatu untuk ditunjukkan.
"Abang nak pangil ustad ke nak panggil abang Zul"
-adik2 bertanya
Tidak ku sangka tujuan ku berjumpa untuk menanyakan pada seorang ustad mengenai ada atau tidak Usrah disini,kerana aku merasakan hari aku tidak terisi dengan perkara yang berfaedah lantas aku ditaklifkan sebagai guru sementara kerana kekurangan tenaga pengajar bagi sebuah program anjuran JAIS yang dilakukan bagi setiap masjid di Selangor "Program Daurah Kefahaman ISLAM dan Penghayatan Al-Quran Remaja Negeri Selangor"untuk mengisi masa lapang adik2 di sungai choh mengenai perkara2 asas fardhu ain dan sebagainya,program ini disertai oleh 100 orang peserta dari umur 8 hingga 16 tahun yang dijalankan selama 4 minggu.

"Ustad saya ni tak berapa tahu sangatlah tentang nak mengajar ni terutama Tajwid,saya lemah sikit"..Zulwafi.

"Boleh..ajar asas je"...Ustad Khaizir.

It's not easy to teach especially for candidates below 12years old..phew, memang memeningkan macam -macam perangai yang mereka tunjukkan tetapi ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan,sedikit tips untuk mendidik adik2:-insyaallah...

1.Sentiasa senyum
2.Jangan melenting jika mereka melakukan kesalahan.
3.Sentiasa bersama mereka.
4.Belanja mereka.
5.Sentiasa mendengar apa yg mereka ingin katakan.
6.Sentiasa mengingatkan mereka perkara2 yg baik.
7.Sentiasa menjawab persoalan mereka.

Mungkin ini dapat membantu kita untuk kita mencari penganti kita pada masa hadapan,aku amat menghargai mereka...bila waktu terakhir aku bersama mereka,ketika "sesi salam semut" aku merasakan satu semangat untuk aku terus berjuang,aku mempunyai matlamat aku sendiri iaitu aku ingin mengubah kampungku sendiri sehingga tertegaknya pemerintahan ISLAM.Aku juga bersyukur kerana aku dapat mencari beberapa orang adek2 yg igin mengikuti usrah denganku ada diantaranya faham tentang usrah dan ada diantaranya baru mengenali dan ALHAMDULILLAH...aku juga sudah membuat usrah dengan mereka sebanyak 3kali...dan aku ingin bertemu dengan mereka lagi..untuk berusrah..,jika diizinkan ALLAH akan aku menjadikan usrah satu perkara yang penting dikampungku untuk merapatkan Ukhwah mereka..

Ketika program daurah dilaksanakan perkara yg aku titik beratkan kepada adik2 ialah mengenai masalah sosial remaja:-

1;Mengenai cerita lucah bukan cerita kartun.
2.Couple bukan perkara ringan.
3.Aurat mereka.
4.Adab mereka dengan Ibubapa.

Akhir kata,walaupun berakhirnya program daurah ini dan juga usrah pada tahun ini wajah2 adik2ku tidak akan terpadam dari ingatan ini,"aku berharap sumbangan aku untuk ISLAM tidak akan putus" bukan hanya ia berakhir sepertimana tauliah sementaraku berakhir pada 24/12/2009....Insyaallah...

Barisan FASILITATOR... Ok...adek2 semua bleh beratur.... Adek2 in my group.. Adek2 muslimin berjaya mendapat SIJIL dari JAIS...Tahniah... Muslimat sejati mendapat SIJIL...insyaallah...EH anak sape la ni? abg irfan,abg zul,abg am dan danish SENYUM..... 7 Golongan yg mendapat perlindungan dibawah ARASY ALLAH di akhirat kelak:-
Diantaranya ialah golongan dimana mereka bertemu dan berpisah kerana ALLAH..
INSYAALLAH KITA BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH

Monday, December 14, 2009

CinTa BHg 2

"Ibu ku berkata kepadaku,Epi kalau kat matrik nanti jangan cari ilmu dunia sahaja carilah ilmu agama juga"...Pesanan Maslah Bnti Taib.

Itulah kata2 CINTA ibu kepada anaknya,Alhamdulillah apa yang ibuku seruhku car, akhirnya ku temu jua...Indahnya cinta Ibu kepada kita sehinggakan dia memikirkan kebaikan kita didunia dan diakhirat,Namun adakah kita mencintai ibu kita?Adakah segala suruhan yg ibu ingin kita laksanakan,kita laksanakan?...Ingatlah teman,ibu berkorban untuk kita,menahan segala kesakitan semata2 utk kita,sanggup berhempas pulas hanya utk kesenangan kita...

"Epi balik bila? nak suruh Abah ambil ke?"..Kata Bahaudin B.Watab.
"Abah terima kasih kerana tolong hantar dan ambil Epi kat Universiti?"...Kata2 Zulwafi
"Itulah tanggungjawab seorang bapa"...Kata Bahaudin B.Watab.

Cinta Ayah kepada anaknya,tidak kira penat dan lelah untuk memudahkan kita...Sehinggakan kita berasa segan untuk meminta bantuan darinya..Sahabat kadang kala,mgkin kita tidak sehaluan dengan Ayahanda kita,mungkin ayah mengatakan ini benar dan harus diikut tetapi berbeza dengan kita yang mengatakan ia salah jalan ini baru benar...Sahabat berlapanglah Dada utk Ayahanda kita selagi ia tidak mengakibatkan aqidah kita....

Sahabat bertanya kepada Rasulullah:-

"siapakah yang perlu kita sayang selain ALLAH dan RASULULLAH?"

Rasulullah menjawab:-

"Ibu,Ibu,Ibu,Ayah"

Sahabat...tingginya Darjat seorang ibu dan ayah kepada kita...Janganlah kita leka kepada benda yang lain sehinggakan perasaan ayah dan ibu kita tidak ambil peduli...Islam mengajarkan kita menghormati ibubapa kita,sentiasa ambil peduli tentang ibu kita dan Allah memurkai hambanya jika tidak menjaga perasaan hati ibubapa kita.Jangan biarkan ibubapa menangis kerana kemurkaan kita,biarlah ibubapa menangis kerana kejayaan kita.

Sahabat sentiasalah membuat IBUBAPA TERSENYUM kerana SENYUMANNYA ITU MEMBAWA ERTI KEREDHOAN ALLAH KEPADA KITA..ingatlah keredhoan Allah terletak kepada keredhoan ibubapa kita dan ALLAH AKAN MEMBERIKAN SERTA MERTA BALASAN JIKA KITA MENDERHAKA KEPADA IBUBAPA KITA...

Cintalah IbuBapa kerana ia cinta tulus suci selamanya...

Aku seorang anak yang kurang mendengar kata2 ibu mahupun bapa,aku seorang anak yang sentiasa membuat kelaianan dalam keluargaku,sehinggakan satu masa aku dibelasah oleh ibuku sampai kepalaku berada ditanah kerana mengikuti rakan kesatu tempah yang jauh dengan menaiki basikal,dan aku juga pernah dirotan dengan besi sehinggakan aku berguling di halaman kerana pergi lombong mengikuti rakan...Akhirnya baruku sedari betapa Cintanya ibu kepadaku

Abah..Emak ...Saya sayangkan DIRIMU...I'm proud to be your son...(alangkah indahnya jika abah,emak dapat membaca blog ini)

Wednesday, December 9, 2009

CiNta Bhg 1

Assalammualaikum…syukur kepada ALLAH kerana masih lagi diberi nikmat untuk menulis pada kali ini tanpa nikmat yg diberikan olehnya maka tangan ini tidak mungkin akan menulis,kali ini saya ingin membicarakan satu pendapat atau lebih kepada pengalaman diri mengenai Cinta manusia….sejauh manakah cinta manusia ini memberikan kebaikan kepada individu…adakah semua cinta manusia itu buruk?....Cinta is equal to Sayang...

Adakalanya cinta manusia itu timbul kerana kasihkan kepada sahabatnya,mencintai sahabatnya lebih daripada diri sendiri….itulah merupakan tingkatan ukhwah yg tertinggi…Ia bukan mudah untuk dicapai tetapi memerlukan usaha yg gigih…ini merupakan sedikit tips2 yg diperolehi utk kita lebih mencintai sahabat kita:-

External – 1)Sentiasa senyum kepada sahabat ketika berjumpa.
2)Makan bersama.
3)Sentiasa berhubung(Masej).
4)Sentiasa ziarah sahabat.
Internal - 1)Muhassabah diri.
2)Ikhlaskan hati bersahabat.
3) Sentiasa berlapang dada kpd sahabat.

Cinta merupakan fitrah manusia tipulah seseorang itu jika mengatakan dia tidak mempunyai perasaan kepada seseorng yg bernama wanita bagi lelaki dan lelaki bagi wanita….namun dengan Islam yg menjadikan Cinta ini terjaga agar ia tidak menjadi sesuatu yg buruk kepada individu mahupun masyarakat…Islam tidak pernah untuk menghalang kita bercinta tetapi islam menjadi pendidik agar cinta manusia tidak melebihi cinta kepada Ar-Rahman…

Jangan pula kerana bercinta kita pun leka entah kemana,jangan pula kerana cinta maruah agama tergadai….Cinta yg sejati hanya cintakan ilahi ,cinta ayah bonda tulus suci selamanya ,cintakan saudara masa berada hanya sementara,cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan.

Aku jatuh cinta kerana wajahnya indah tanpa memikirkan jarak diantara aku dan dia sangat berbeza lantas cara utk memilikinya berdoa kepada tuhan yg esa agar bertemu di satu masa,tetapi aku sebenarnya tertipu dengan rupa parasnya baru ku sedar cintaku bertukar pada yg esa kerana asyik memohon padanya untuk memiliki sidia,diuji kali ini bukan dengan rupa parasnya tetapi dengan akhlaknya,lantas hatiku menjadi gundah gulana…lalu aku berkata pada yg maha esa “jika sidia diciptakan untuku maka satukan hati kami satu hari nanti tetapi jika dia bukan diciptakan untukku maka redholah hatiku dengan ketentuanmu”…Akan ku mencari Cinta yg Hakiki kerana Cinta ILAHI merupakan cinta abadi…Takkan aku mengalah untuk bercinta dengan mu YA ALLAH…I LOVE YOU ALLAH…Cuma cintaku ini belum diuji…adakah aku hanya berkata2 shj atau dari hati…..