Wednesday, October 28, 2009

EXAM siNONem Dgn KehiDupan KIta

Alhamdulillah bersyukur kepada RABB..dgn kurniannya kami telah berjaya melaksanakan kem "anak soleh solehah" yg diadakan di KEDAH [it was very nice journey for me,especially I want to share it with everyone but I need something else to write on this blog]...
Exam merupakan perkara biasa yg sering dihadapi oleh semua manusia ,ia bukan sekadar diambil oleh para2 pelajar /para2 intelektual sahaja malahan ia berlaku kepada semua manusia ..mungkin ia lebih sesuai di panggil ujian ..[ujian=exam]..Sebagai seorang Mahasiswa yg sering dikaitkan dengan golongan intelektual namun setakat mana golongan ini berguna kepada masyarakat..sebagai seorang mahasiswa WE ARE 3rd VOICE OF THE PEOPLE...oleh itu golongan ini tidak seharusnya BEBAL...

Exam juga dikatakan sebagai jalan untuk membezakan tahap kebijaksanaan seseorang namun sejauh manakah kebijaksanaanya itu memberikan satu kelebihan kepada dirinya ataupun kepada masyarakat justeru ISLAM merupakan penyelesaiannya...
Namun kadang2 diri ini berfikir adakah apa yg kita pelajari dapat kita aplikasikan dalam pekerjaan kita ataupun dalam kehidupan ...banyak didengari dari pendengaran ini bahawa apa yg di pelajari berbeza dengan pekerjaan yg dilakukan(sangat berbeza)...kadang2 kita risau akan result yg bakal diterima setelah menduduki peperiksaan takut2 GAGAL tetapi adakah kita risau akan result kita diakhirat nanti diberi kepada tangan kiri???[renungkanlah]..

SAHABAT sekalian ..

Usahlah dirimu risau akan result yg akan diterima nanti namun apa yang harus dilakukan hanyalah buat yg termampu,mengikut pengalaman diri ini MALAS is the oNE THat CAUSE ouR RESUlt to failed..sampai hari ini penyakit ini masih lagi di belenggu diri..sama2lah kita cuba hadapi penyakit ini...Exam dikatakan sinonem dgn diri kita kerana setiap kali kita ingin melangkah kemedan perjuangan yg baru kita akan diuji..ex:-UPSR TO PMR TO SPM TO CGPA...jika kita gagal perjuangan boleh diteruskan tetapi mgkin ia memakan waktu akibat kegagalan yg lepas..namun usah gunda gulana kerana reziki ALLAH berada dimana2 sahaja..kadang 2 rezeki bukan datang kerana kebijaksanaan kita tetapi ia juga mgkin kerana kemahiran yg kita perolehi,justeru kita seharusnya mencari serta mencongkel kemahiran yg ada..manfaatkan sesuatu kemahiran yg diperolehi...

Kemahiran+Kebijaksanaan+tawakal=rezeki yg diberkati

Sayang sekali jika kehidupan kita, kita berjaya dalam segala bentuk EXAM yg diberi sama ada berbentuk intelektual mahupun kehidupan namun jika kita menghadapi exam yg terang-terangan jawapannya diberi tetapi kita memperolehi RESULT diakhirat di TANGAN KIRI maka kita GAGAL BUAT SELAMA2NYA..there is NO REPEAT or taking Short SEM..

"Ia sangat dibenci oleh ALLAH jika kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan"(AS-SAFF-3)
diharap diri ini terlepas dari golongan yg dibenci oleh ALLAH ..nasihat yg diberikan hanyalah untuk diri dan sahabat sekalian..BERSYUKURLAH KITA MERUPAKAN UMAT NABI MUHAMMAD ..yg diberikan pelbagai kelebihan dari ALLAH ..yg baik dtg dari ALLAH dan buruk juga dtg dari ALLAH tetapi disandarkan pada diri yg lemah ini,Selamat menjalani peperiksaan bagi seluruh mahasiswa ..Sekian,SALAM 1 MALAYSIA..
my last day at semesco after spm exam

seronok gila da habes exam ...he

Study2 kat kampk he..yg pakai sweater tu sifu& supplyer makanan..he

Sunday, October 11, 2009

2 Forum In One DAY..

Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah kerana berjaya melaksanakan 2 forum anjuran seksyen a15 bagi forum yg pertama dan Saham bagi forum yg ke2 di universiti malaysia pahang(ump)...bukan mudah bagi mengarah 2 forum dalam 1 hari walaupun pelbagai permasalahan yg dihadapi tetapi ia tetap diteruskan jua..
JUMAAT(9/10), JAM 2.30-3.30 PTG...MASJID UMP.

Forum "bicara siswa:peranan visi dan misi ump kepada mahasiswa ump"...ia merupakan forum yg dilaksanakan sempena minggu tamadun..pelbagai kesulitan dihadapi utk mencari panel...Syukur akhirnya YDP MPP08/09 dan YDP MPP 07/08 sudi menjadi ahli panel...Selaku moderator bukan mudah utk berbicara dengan mereka yg dikatakan sebagai "pemimpin bayangan negara"....




Disebelah kiri moderator ialah saudara Salman bin Razeni(YDP MPP 07/08) & dihujung saudara Mohammad Suffi bin Kamari(YDP MPP 08/09)...perkara yg dibincangkan lebih menjerumus kepada bagaimana utk mencapai visi & misi ump iaitu menjadi sebuah universiti teknikal bertaraf dunia..Saya tertarik dengan kata2..ahli panel...

Suffi :Mahasiswa berbeza dengan Siswa kerana Mahasiswa merupakan satu title yg bukan boleh dibuat mainan..mahasiswa perlu berubah dengan mentransformkan diri dan bukan hanya sekadar duduk diam dengan hanya belajar....

Salman: Ump merupakan satu2nya universiti yg unik krn mempunyai nilai teras yg tiada pada universiti lain iaitu "Stronger with the creator"(hubungan kuat dengan maha pencipta)....kita bukan hanya perlu membangun dari sudut kemudahan,pembanggunan sesebuah universiti saja tatapi perlu seiring sahsiah dan pengetahuan..

Keseluruhan perbincangan daripada forum ini mengatakan" mahasisawa perlu berubah.." bagi mencapai visi dan misi sesebuah universiti itu sendiri..Ayuh Mahasiswa kita berubah bagi mencipta satu tamadun yg membangun dari pelbagai aspek dalam kehidupan...disamping mengejar keredhoan ilahi..

JUMAAT(9/10),JAM 9-11 MLM...SAME PLACE..

Satu gerak kerja yg ditubuhkan oleh unit dakwah dalaman saham bagi mengendali sebuah program iaitu "program samalam bersama masjid" yg merangkumi Forum yg bertajuk "Bicara cinta:Hatiku milik siapa?" serta Qiammulail perdana...walaupun perancangan program ini hanyalah seminggu namun ia berjaya dilaksanakan dengan prestasi yg cukup baik..

Abdul Basith selaku moderator dan panel diantara staff2 ump,dihujung ialah DR Sugeng Ariyono dan disebelah moderator ialah Ustad Tuan Sidek bin Tuan Muda bagi membincangkan satu topik yg berkait rapat dengan kehidupan remaja masa kini...Sebelum forum berlangsung sebuah rakaman video telah dipertontonkan kepada para penonton...mengenai apakah pandangan masyarakat Ump tentang milik siapakah hati ini?...ramai berpendapat hati ini milik tuhan yg satu syukur ...namun segelintir yg keliru...

Objektif Forum ini sebenarnya adalah untuk memberikan satu kefahaman kepada pelajar Ump bagaimana untuk mencari cinta yg diredhoi...Bagi sesiapa yg bercinta:-

Surah An-NUR:26.."..wanita yg baik utk lelaki yg baik dan lelaki yg baik utk wanita yg baik"..Telah tercatat diseungkap nama d Luh Mahfuz utkmu cuma peribadinya ditentukn sejauh mana ketinggian peribadimu..TEGUHKAN CINTAMU KEPADA YG HAKIKI..jadilah yg soleh utk memperolehi yg solehah...

Akhir kata ...Kepada seluruh sahabat kmpk marilah kita mendoakan kebahagiaan PUAN JU(miss ju sblum kahwin) hingga ke anak cucu... Sory kak mas mulu xleh nak bersuara malam tu ..hee..

Sunday, October 4, 2009

Dia Kekasih ALLAH

Malu rasanya ,
Mengatakan Cinta,
Kepada dia kekasih ALLAH,
Kerana dia insan mulia,
Sedangkan diriku,
Insan biasa.

Ku pujuk jua,
Hati dan jiwa,
Meluahkan rasa,
Cinta membara,
Didalam pujian,
Ucapan selawat,
Tanda penghargaan ,
Seorang ummat.

Selagi upaya,
Ku turuti ajarannya,
Apa terdaya,
Ku amalkan sunnahnya,
Moga didunia,
Mendapat berkat,
Diakhirat sana,
Peroleh syafaat.

Kerana peribadinya,
Aku terpesona,
Kerna budinya,
Aku jatuh cinta,
Rindu kepadanya,
Tiada terkata,
Nantikanlah daku,
Di taman syurga.

Ya rasul...Ku rindu padamu...Syafaatkan daku...
Ya rasul...Syafaatkan Daku...Ku rindu padamu...

Sesungguhnya apa,
Yang ku dambakan,
Adalah cinta,
ALLAH yang esa,
Kerana cinta,
Kepada rasulullah,
Bererti cinta,
kepada ALLAH...

Selagi upaya,
Ku turuti ajarannya,
Apa terdaya,
Ku amalkan sunnahnya,
Moga didunia,
Mendapatkan berkat,
Diakhirat sana,
Peroleh syafaat.

Kerana peribadinya,
Aku terpesona,
Kerna budinya,
Aku jatuh cinta,
Rindu kepadanya,
Tiada terkata,
Nantikanlah daku,
Ditaman syurga...

Sesungguhnya apa,
Yang ku dambakan
Hanyalah cinta,
ALLAH yang esa,
Kerana cinta,
Kepada rasulullah,
Bererti cinta,
Kepada ALLAH..

Sahabat sekalian... marilah kita muhassabah diri setakat mana cinta kita kepada rasullullah...KERANA CINTA RASULLULLAH BERERTI CINTA KEPADA ALLAH..

"Cinta umpama pisau, kerana cinta ia memberi kebaikan seperti pisau yang boleh memotong apa jua makanan,kerana cinta juga ia memberi keburukkan seperti pisau yang boleh membunuh..."
Oleh itu carilah cinta yang sebenar2nya CINTA..