Thursday, January 17, 2013

Isu Air Selangor:Anak Muda Prihatin

Apa sebenarnya berlaku di Selangor??Selangor tiada air??Masalah air??

TV1,TV2,TV3,TV9 sibuk menceritkan isu air di Selangor,ade bertanggapan ianya merupakan salah Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menolak kerjasama bersama dengan SYABAS Sdn.Bhd dengan enggan meluluskan biayaan Modal CAPEX untuk penyelengaraan dan,ada juga bertanggapan bahawasanya ianya kesalahan Kerajaan Pusat yang mengpolitikan isu air semata-mata kerana hampir Pilihanraya Umum 13(PRU13).

Kini,anak muda Selangor menilai,teknologi di tangan,maklumat serta fakta mampu di capai,setelah melihat beberapa respon dari anak muda perantauan yang masih segar buah fikiran mereka demi menginginkan kesejahteraan dan keselamatan di Selangor,di antara respon mereka;-


"Saya secara peribadi melihat ucapan tersebut tidak lebih daripada cakap-cakap politik yang bertujuan untuk memancing undi rakyat Negeri Selangor selari dengan hasrat Datuk Seri sendiri yang memberi tawaran dan berjanji bahawa isu tersebut akan dapat diatasi dengan baik sekiranya rakyat Selangor kembali memberi mandat kepada Barisan Nasional untuk memerintah kembali negeri tersebut"
(Mohd Fazli Abd.Halim,Mahasiswa UMP Tahun 4)


Beberapa perkara yang  melibatkan SYABAS Sdn.Bhd didapati tidak di ketahui oleh Rakyat Selangor:-

1)Kegagalan sistem yang di kendalikan oleh SYABAS Sdn.Bhd.
2)Kegagalan menunaikan perjanjian yang di metrai.
3)Individu yang terlibat di dalam menmungut keuntungan.

Apa fakta sebenar yang berlaku di dalam "Krisis Air di Selangor"?

1)Air yang gagal di di bekalkan kepada pengguna
2)15 Tahun pembaziran air (Non-Revenue Water) gagal di kurangkan ke paras 30% seperti yang di janjikan
3)Air tanggungan sudah di berada pada tahap maksima,namun 68% sahaja sampai pada tangan pengguna selebihnya 32% berlaku pembaziran.

Apakah sistem yang di gunakan?

Ini merupakan sistem yang di laksanakan didalam menguruskan air untuk di salurkan kepada Rakyat Selangor.

1)Empangann air:- merupakan tempat penyimpanan air
2)Konsesi (SYABAS Sdn.Bhd):- yang menguruskan air untuk di salurkan kepada pengguna
3)Pengguna:- Rakyat Selangor yang menggunkan air.

Sistem bermasalah?

Ianya bukan berpunca daripada sistem yang di gunakan,namun ianya berpunca daripada kegagalan mengurus takbir sistem yang di gunakan walaupun ade yang mengatakan gaji bulanan Ketua Pengarah Eksekutif Puncak Niaga yang memiliki SYABAS Sdn.Bhd mencecah RM425k.Ianya di lihat hanya sekadar mengambil keuntungan semata dengan tidak mempedulikan masalah kebocoran paip yang di alami sehinggakan berlakunya pembaziran air di Selangor.Sebelum air di salurkan kepada pengguna ia perlu melalui Konsesi(SYABAS Sdn.Bhd) untuk merawat dan membekalkan air kepada pengguna iaitu Rakyat Selangor.

Apa itu Konsesi?

Konsesi adalah Syarikat yang di beri kontrak untuk menguruskan sesuatu tugas di wilayah tertentu pada tempoh tertentu,Syarikat Bekalan Air Selangor(SYABAS) di beri kontrak untuk merawat air mentah dan kontrak untuk membekalkan air yang sudah di rawat kepada Rakyat Selangor,SYABAS Sdn.Bhd di beri hak untuk mengaut keuntungan sepanjang tempoh pengurusan dengan syarat mereka menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada Rakyat Selangor.

"Sebagai Rakyat ataupun pengguna,kita berhak memiliki perkhidmatan yang terbaik"

Apakah CAPEX?Siapakah yang membekukan CAPEX?

InsyaALLAH nantikan Isu Air Selangor:Anak Muda prihatin siri 2

Aku hanyalah Rakyat Selangor,yang inginkan kesejahteraan Rakyat Selangor,Maaf sekiranya mengguris hati beberapa pihak.

Sekian,Terima Kasih.

Mohd Zulwafi Bahaudin,
Mahasiswa Tahun Akhir,
Anak Muda Selangor.

Sunday, January 6, 2013

Bila diri Di Sayangi











Terdengar bisikan mesra,
Kalimah keramat bermentera,
Bermulanya siang berakhir malamku,
Tak akan kujemu menyebut namamu,
Tiada batasan waktu,
Tiada tempat mu tertentu,
Di gunung di lembah, di darat, di air,
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih,
Merubah takdir,
Bila ku sedari diri disayangi,
Langkah kaki ini semakin berani,
Bila terkeliru ku ucap namamu,
Terasa diriku kembali dipandu,
Engkau yang pertama tiada akhirnya,
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya,
Izinkahlah aku menumpang di sini,
Di bawah naungan kasih dan sayang mu,
Ku berserah diri,
Tiada batasan waktu,
Tiada tempat mu tertentu,
Di gunung di lembah, di darat, di air,
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih,
Merubah takdir..
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir...
(Fahami Lirik lagu dari Kumpulan UKAYS)
Indahya SAAT jika kita meletakkan CINTA,RINDU dan KASIH hanya kepada ALLAH