Thursday, January 5, 2012

Politk/Siasah Sedikit pencerahan


Apa itu siasah?

bahasa: Daripada perkataan sasa yasusu siasatan. iaitu qaama alal amri beerti 1) mengurus, mentadbir samada manusia atau binatang. 2) menyuruh dan menegah 3) melakukan sesuatu yang memberi kebaikan.

istilah: 1) Asas atau seni mentadbir urusan awam 2) seni mentadbir masyarakat manusia. 3) Politik berkait dengan hukuman dan pentadbiran masyarakat bertamadun (madani)

Adakah perkataan siasah wujud di dalam Al Quran, hadis dan perbendaharaan warisan Islam?

Di dalam Al Quran, tiada kalimah siasah disebut walaupun sekadar ambilan( isytiqaq ) dari perkataan sasa yasusu siasatan tersebut.

Sesetengah berhujah, ini dalil bahawa Islam tiada kaitan dengan politik! Betulkah?

Tidak. Banyak istilah yang diterima pakai dalam kamus penbendaharaan Islam yang tiada pun di sebut dalam Al Quran. Contohnya, kalimah akidah dan fadhilat. Kedua duanya tiada disebut di dalam Al Quran, tetapi diterima pakai penggunaannya di dalam ilmu – ilmu Islam.

Walaupun begitu, Al Quran menyebut perkataan – perkataan yang menunjukkan dan memberitakan perihal berkaitan politik, seperti kalimah al mulk yang beerti penghakiman manusia, suruhan dan larangan serta kepimpinan dalam urusan mereka. Ia datang dalam bentuk dan uslub yang berbeza – beza, antara pujian dan celaan. Ada disebut kerajaan adil dan zalim, kerajaan syura dan diktator.

Lihat an nisa’:54, yusuf:101, al baqarah:247, 251, an naml 32 dan sebagainya.

Ia menceritakan kerajaan daripada keluarga Ibrahim, yusuf, Thalut, Daud dan Sulaiman. Kerajaan syura oleh Raja perempuan Saba’( Balqis ). Begitu juga kerajaan zalim seperti Namrud dan Firaun yang memerangi Nabi Ibrahim dan Musa Alaihimas salam. Ada kerajaan yang kosong dari pujian atau celaan seperti raja Mesir di zaman Yusuf alaihis salam.

Semuanya memperihal politik tanpa menggunakan kalimah politik.

Selain kalimah al mulk, kalimah lain juga digunakan untuk memperihal politik di dalam Al Quran;

1) At tamkin ( kekuasaan ). Lihat Yusuf 56, Al Hajj 41, Al Qasas 5, 6.

2) Al istikhlaf ( menjadi khalifah ). Lihat An Nur 55, Al A’raf 129.

3) Al hukm ( hukum ). Lihat An Nisa’ 58, Al Maidah 44, 45, 47, 49, 50,

Di dalam hadis, terdapat kalimah siasah secara isytiqaq / ambilan disebut oleh RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.

Hadis mutttafaq alaihi daripada Abi Hurairah: “Bani Israil sebelum ini diperintah tadbir ( tasusu/siasah ) oleh para nabi. Setiap kali nabi wafat, ia diganti oleh nabi yang baru. Sesungguhnya tiada lagi nabi selepasku. Maka akan terjadi kewujudan khalifah yang ramai. Para sahabat bertanya: Maka apa perintahmu? Nabi menjawab: bersetialah dengan bai’ah khalifah yang pertama dan begitulah seterusnya. Berikan mereka hak mereka (sebagai pemerintah) yang Allah berikan kepada mereka. Sesungguhnya Allah pasti menyoal mereka akan amanah yang diberikan.”

Penggunaan pertama kalimah siasah di dalam perbendaharaan warisan Islam.