Saturday, February 27, 2010

IN-SAFF pengalamanku.

IN-SAFF Bersama2 Kumpulan Nasyid FAR-EAST

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi ku peluang utk ku berbicara didalam blog ini,Selangkah lagi daku menimba pengalaman,walaupun ia satu pengalaman yg tidak disangkan tapi ia memberi satu makna yg mendalam.

Pelbagai cara utk kita memberi tahu massage/pesanan yg baik kepada saudara kita tak kira muslim atau bukan muslim,maka alunan Nasyid merupakan salah satu platform ataupun method utk memberitahu massage/pesanan kearah kebaikan.Walaubagaimana pun pesanan yg dibawa hendaklah disertakan niat yg Ikhlas bukan kerana Nama,Pangkat,Gelaran,Harta dan sebagainya,Sahabatku sering berkata kepadaku tatkala aku mula Alpa"Ikhlaskan niat kita":dia berkata ,maka setiap perbuatan kita hendaklah disertakan dengan niat yg Ikhlas maka barulah memperolehi Redho daripada Allah Azza Wajalla,mungkin ada kalanya niat kita mula terpesong maka bengkokkanlah niat itu semula agar menjadi Lurus.

"Solatku,Ibadah,Hidupku dan Matiku hanyalah Utk ALLAH"-Ikhlas

SAY WE LOVE YOU RASULULLAH S.A.W.

Monday, February 22, 2010

Adakah Kita Serupa dengan Abu Lahab??


Ya..Allah berikanku kesedaran utk daku berubah,aku lemah tetapi aku perlu berubah...

Bersyukur kepada Al-Mutakkabbir yg memberi ku peluang utk ku menulis walaupun diri ini sentiasa di belenggu dosa,Ya Allah berikan ku kesedaran betapa penting nya Islam didalam kehidupan walaupun tubuhku ini diberi pilihan oleh dirimu utk kejalan kebaikan atau kekufuran sama seperti dirimu memberi pilihan kepada Dajjal dan juga Iblis dimana mereka disuruh memilih kejalan kebaikan atau kejalan kekufuran dan akhirnya mereka memilih jalan yg dibenci oleh Mu,Ya Allah...Berikan jalan yg diredhoi oleh mu.

Salam,Persaudaraan..
Pernahkah kita terfikir adakalanya kita sama dengan Abu Lahab/We are equal tu Abu Lahab...kita merupakan golongan Manusia dimana apabila disebut Abu Lahab kita secara tidak langsung akan memusuhi dirinya dan membenci dirinya kerana dia merupakan manusia yang banyak menghalang dakwah Rasulullah S.A.W dalam menegakkan agama ISLAM.Ingatlah saudara sekalian janganlah kita memusuhi seseorang itu kerana apa yg dilakukannya tetapi memusuhilah dan membencilah perbuatan yg dilakukannya bukan orangnya ,disini bukan menyuruh utk menyukai Abu Lahab tetapi utk dijadikan contoh agar kita tidak melakukan keji yg dilakukannya.


Berbalik kepada Adakah kita serupa dengan Abu Lahab??Sempena Maulidurrasul pada 26 Februari 2010..mari kita lihat apa yg dikatakan kita serupa dgn Abu Lahab??...Sedar ataupun tidak kita sebenarnya serupa dengan Abu Lahab,sebagai contoh kita lihat ketika kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W pada 12 Rabiulawal,Abu Lahab ialah Bapa saudara Baginda amat berbangga dan gembira ketika itu kerana dengan kelahiran manusia teragung ini sehinggakan kegembiraan dia menyebabkan dirinya sanggup melepaskan hamba2nya serta menyembelih beberapa ekor binatang untuk dibuat jamuan serta sedekah,Namun setelah wahyu diturunkan kepada baginda utk menyebarkan ISLAM secara terbuka maka Abu Lahab merupkan org terkuat dalam menentang dakwah baginda utk menyebarkan agama ISLAM...disini kita lihat Apa yg Dikatakan KITA SERUPA dengan Abu Lahab...Apabila tibanya Maulidurrasul kita merupakan golongan manusia yg akan bersungguh2 utk menyambutnya sehinggakan snggup utk menempah baju baru utk dijadikan perarakkan ketika itu dan sebagainya ,Namun Apabila Kita DiSuruh utk MengIKUT Syariat ISLAM secara keseluruhan tetapi kita menjadi yg terhebat menentangnya sebagai contoh Hukum HUDUD yg hendak dilaksanakan di Malaysia...FIKIR-FIKIRKANLAH....

"ISLAM itu MENCEGAH BUKAN MENGHUKUM"

Ini adalah merupakan contoh ringkas utk mengatakan kadang2 kita serupa dengan Abu Lahab,Islam itu mencegah dan Hukum HUDUD bukan utk menghukum tetapi mencegah,Kenapa ia dikatakan mencegah??? Insyaallah jika diberi kesempatan diri ini akan menulis serba sedikit mengenainya.

Pesanan terakhir dari diri ini...."SESUNGGUHNYA SESEORANG MANUSIA ITU MASUK KE SYURGA BUKANLAH KERANA AMALANNYA,IBADAHNYA,SOLATNYA,PUASANYA TETAPI IA KESYURGA KERANA RAHMAT DARI ALLAH AZZA WA JALLA".

Monday, February 1, 2010

Tazkirah Mahasiswa

Alhamdulillah,bersyukur kepada Al-Jabbar kerana masih lagi memberiku peluang utk menghirup udara di muka bumi ini dan juga diberi kekuatan pada jari ini menaip keyboard laptop pada kali ini,INSYAALLAH kali ini aku ingin membicarakan sedikit mengenai perkongsianku kepada sahabat di Masjid UMP kepada sahabat di luar lapangan ilmuku ini,aku bukanlah Ustad mahupun guru tetapi utk menyampaikan sesuatu kita perlu,mgkin perkongsian aku tidak sehebat sahabat2 kalian cuma apa yg aku ingin kongsikan kepada sahabat sekalian akanku luahkan...sabda Rasulullah:"Yuballighu anni walau Ayyah"(sampaikan kepadaku walaupun satu ayat)...sahabat walaupun ilmu kita tidak setinggi Ustad mahupun Ulamak2 berpesan2 kearah kebaiakan kita perlu.

Seandainya Dunia Tiada Warna,
Tetapkanku Kagumi,
Indah Maya Alam ciptaannya,
Kudratnya ku Agungi. (Suhaimi,KIAS CINTA)

Hebatnya ALLAH,berkuasanya ALLAH kerana walaupun bumi ini dicipta tiada warna,kulit kita tiada warna,masjid kita tiada warna,meja didepan ini tiada warna(time aku kat masjid UMp)..ALLAH tetap hebat kerana dapat mencipta kita dan alam ini.

Mahasiswa is equal to Pemuda-It's that right?

7 golongan yg akan mendapat perlindungan dari ALLAH dibawah bayangan rahmatnya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatnya itu:-(Bukhari dan Muslim)
diantaranya pemuda yg menggunakan masa mudanya beribadah kepada ALLAH.

"Hidup Mahasisawa,Mahasiswa Power,Mahasiswa dan Perubahan"

Sering kita laungkan slogan/perkataan ini namun ape sebenarnya Mahasiswa perlu hidupkan,Mahasiswa sebenarya perlu menghidupkan ROHANI mereka,their SPIRITUAL kerana jika rohani mereka terbaik maka tindaklaku jasad mereka juga terbaik,kita berbalik kepada matlamat manusia di muka bumi ini:-

"Tidak aku jadikan JIN dan MANUSIA melainkan utk beribadah kepadaku"(AL-Zariyat-56)

Itulah matlamat sebenar kita dimuka bumi ini,matlamat Mahasiswa,Mari kita melihat contoh2 Mahasiswa terbaik atau lebih sesuai Pemuda terbaik...ex:-Sultan Muhammad Al-Fateh seorang pemuda yg dikatakan umurnya linkungan dalam 20++ (diberitahu sahabat 21thun)..jika begitu beliau merupakan 3rd year di Universiti...Ok..didalam sebuah buku yg dibaca Beliau ini merupakan seorang perancang strategi yg terbaik diantara strategi di bumi ini apabila ,dimana strategi yg tidak dapat digambarkan oleh akal rasional kita,itulah dikatan pemuda itu hebat jika dia menghidupkan Rohani mereka dan sama juga seperti Mus'ab bin Umair kelahiran Mahasiswa dari Madrasah Rasulullah S.A.W...sebum baginda berhijrah ke Madinah Baginda menghantar pemuda ini...Hebatnya Murabbi ini hingga melahirkan Mahasiswa seperti ini...

Where is the True Power of MAHASISWA??

Mahasiswa itu Power sekiranya mereka menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran...kita lihat surah Ali-Imran-101:-

"Kita adalah umat yg terbaik yg diciptakan dikalangan manusia,yg menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada ALLAH"

Disitulah terletaknya Power Mahasiswa,ayat ini mengatakan umat ISLAM adalah umat terbaik tak kira Mahasiswa,pertua,pertiwi,pemuda ke..tetapi ALLAH berfirman kita yg terbaik...maka itulah POWER kita sebgai Mahasiswa.

Dr Yussuf Al-Qaradhawi memberi analogi mengenai ayat ini didalam sebuah buku beliau:-"Ia di umpamakan seperti Padang Pasir dimana ada sepohon pokok/tumbuhan ,ia tumbuh dan hidup membesar sehingga akhirnya ia mengeluarkan buah dan buah itu digunakan manusia utk dimakan" ia menggambarkan manusia dihidupkan dimuka bumi ini bukan hanya sekadar hidup semata2 tetapi menyuruh org membuat kebaikkan dan mencegah kemungkaran...itulah dikatakan kita umat terbaik.

Mahasiswa dan Perubahan

Apa yg perlu di ubahkan oleh Mahasiswa sebenarnya?? aku teringat sahabat sesama usrahku berkata "ubahkan diri kita dahulu sebelum kita mengubah benda yg lain"..(Thankz Friends)..lalu itulah yg kita perlu ubahkan dahulu sebenarnya..Akhlak kita ,perlakuan kita,perubahan sebenarnya memerlukan dari satu fasa ke fasa yg lain ataupun beransur-ansur,mari kita melihat realiti hidup Mahasiswa kini dikampus,perkara yg mereka anggap ringan seperti solat,sebenarnya solat perkara yg terpenting sekali justeru Mahasiswa perlu berubah dari sudut Solat mereka sebagai contoh mgkin diantara mereka yg jarang Solat ,kita berubah cuba solat dahulu di bilik,kemudian cuba merasakan solat secara berjemaah di Surau,kemudian mara setapak Solat di Masjid,dan jika mahu hebat lagi kita solat di Masjid AL-Aqsa..itulah perubahan berperingkat.Saya ambil contoh perkara yg berdosa dianggap biasa seperti menonton cerita lucah.."Rilek la Bro kat U tak tengok cite lucah tak damakne la Bro...kepala ko"..bagi lelaki cerita ini bukanlah cerita biase ia boleh merosakkan pemikiran menjadi lembab,mudah lupa dan sebagainya,kita mesti berubah melalui berperingkat sbgai contoh kita tengok cerita Korea dulu(sahabat UMP ketawa)...cerita cinta...le...kemudian kita ubah tengok cerita kartun (naruto ke dan sbgainya)..berubah lagi tengok cerita Melayu "Nur Kasih"..kita kene Ingat Cerita Malaysia kini lebih kepada Matlamat Menghalalkan Cara,jangan jadi seperti Robin Hood,berubah lagi tengok cerita Islamik ex"Sang Murabbi" hasil ciptaan Indonesia..Mahasiswa perlu berubah dari sudut Akhlaknya dengan secara berperingkat.

Mehnah dan Tribulasi yg berlaku kepada Pemuda memang banyak ex: Couple,lepak,rempit,main game dan sebagainya dan jika Pemuda /Mahasiswa dapat merempuh halangan ini maka ia dijanjikan ALLAH perlindungan dan sepatutnya warga ini dikatakan Warga Emas bukan golongan org tua.

Khulasah saya pada kali ini,Mahasiswa hendaklah menghidupkan ROHANI mereka,dan POWER Mahasiswa menyuruh membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan Mahasiswa perlu berubah Akhlaknya kepada yg lebih baik.

"Ia Sangat di bencikan oleh Allah jika kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan"(Surah As-Saff-ayat 4)
Diharap saya terlepas dari golongan ini,yg Baik datang dari ALLAH dan yg Buruk juga datang dari ALLAH tapi disandarkan pada diri yg lemah ini.