Monday, June 21, 2010

DiaLah GURU bagiKU

Mohd Zulfahmi Bin Bahaudin
(Guru Fizik S.M.K.Taman Bunga Raya)
Dialah AbangKu,
Dialah GuruKu,
LahirMu Membawa seribu Makna,
Memberi erti kehidupan kepada kami sekeluarga,
Ya ALLAH tempatkan dirinya dikalangan orang beriman.



Sajak GURU.

"Guru Oh Guru"





Ke padang datar,


Dapat rusa belang kaki,


Berguru kepala ajar,


Ibarat bunga kembang tak jadi,


Dialah pemberi pailng setia,


Tiap akan ilmu miliknya,


Pelita dan lampu segala,


Untuk manusia sebelum dewasa.





Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,


Akan kesetiaan mengalirkan nasihat,


Pemimpin yang ditauliahkan segala Umat,


Seribu tahun katanya menjadi hikmat.





Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,


Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,


Jika hari ini seorang Ulama yang mulia,


Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,


Jika hari ini seorang Penulis terkemuka,


Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,


Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.





Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,


Di sebuah sekolah mewah di Ibu kota,


Di banggunan tua sekolah Hulu Terengganu,


Di adalah Guru mewakili seribu buku,


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,


Semakin bererti tugasnya kepada negara,


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanMu,


GuruKu,


Budi yang diapungkan di ulangi ilmu,


Panggilan keramat "Cikgu" kekal terpahat,


Menjadi kenangan ke akhir hayat.





Semangat diriku utk menjadi "murabbi/guru" tidak pernah terpadam..

Thursday, June 10, 2010

Berjuang it's not EasY


Ingin daku nukilkan di sini Bahawa perjuangan itu bukan Mudah,YA ALLAH...tuhan pencipta sekalian Alam,adakah kami dikatakan berjuang sedangkan mungkin ada diantara kami masih lagi bergelak ketawa...Ya Rahman,daku memohon agar dikau memberi Rahmat kepada kami kerana hanya dikau sahajalah menjadi asbab untuk kami ke Syurga,walaupun bukan mudah utk kami kesyurgaMu,ISLAM pasti akan Menang satu hari Nanti....Ya ALLAH ,kami sedar bahawa mereka(laknatulah) tidak akan redho dengan kami selagi kami tidak mengikuti mereka...bantulah kami,menagkanlah keatas kami...Hancurkanlah mereka!!!

Perjuangan itu gerun dan mengerikan,
Hebat dan dahsyat menggerunkan Hati,
Bagu mukmin disini harga dan nilainya.
Perjuangan itu bagai sampan di laut,
Diatas lapang tiada perlindungan,
Di bawah air berlambung dan menggunung,
Menongkah gelombang datang yang melanda.
Kiri kanan depan belakang,
Angin yang menderu tidak tahu bila datang,
Hujan badai datang menyerang,
Bak singa lapar yang garang.
Kadang-kadang terdampar di batu karang,
Penumpang menerima nasib berlainan,
Ada yang jatuh ada yang tenggelam,
Yang pandai berenang berpaut ke sampan.
Ada yang berjaya berenag ke tepian,
Sekali dia melayar sampan,
Walau pelayar mungkin tidak berjaya,
Namun harapnya pada yang Esa.
Ketahuilah teman,bahawa berjuang itu bukan mudah,jika kita merasakan perjuangan itu seperti air yang mengalir tanpa halangan ketahuilah bahawa perjuangan itu belum dikatakan lagi sebagai perjuangan,Sudah sunnatullah Mehnah dan Tribulasi akan kita hadapi ketika kita berjuang...Marilah teman kita beruasaha mencari perjuangan itu ,Tanam kan HATI utk kita SYAHID DI JALANNYA...ameen,Insyaallah....ALLAHHUAKHBAR!!!! ISLAM ITU SEJAHTERA DAN UTK SEMUA.

Monday, June 7, 2010

KeindaHAn ALAM - KiaS CinTA


Seandainya Dunia tiada warna,
TetapkanKu Kagumi,
Indah maya Alam Ciptaannya,
KudratnyaKu agungi.
Namun Jalin warna,
Zahirlah Sang pelangi,
Menyisih mendung menambat seni,
Terbias semua cahaya,
Nyata ilham di Alam Mimpi,
BetapaKu syukuri Nikmatnya,
Ku Pasti..
Bersyukur kita kepada ALLAH yg telah menjadikan Alam ini begitu INdah utk kita manusia menikmatinya akan tetapi keindahan ini hanyalah sementara yg kekal abadi diakhirat sana,Keindahan ini merupakan satu kenikmatan yg diberikan oleh ALLAH utk kita menikmati dan berfikir ttg kewujudan maha pencipta,tidaklah ALLAH azza wajalla menjadikan ALam ini dengan sia2,Firman ALLAH:-"...Dan berfikir ttg kejadiaan langit dan bumi(sambil berkata):wahai tuhan kami!tidaklah kau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia,Maha suci engkau,maka periharalah kami dari azab neraka"-Surah Ali Imran-ayat 191.YA ALLAH ...jikalah dikau menciptakan ALam ini tanpa sebuah warna pon DIKau TETAP MAHAKUASA yg mencipta sekalian ALam ,tiada keraguaan baginya.
Begitu kias Cinta ,
Hadir menghuni jiwa,
Menyatu sejuta rasa,
Kurnia penuh bermata,
Tika dalam gelita,
Atau sepi kembara,
Dihadirkan rasa Cinta,
Sisih segala duka,
Anugerah darinya.
Hanyalah Cintanya,
Yang amatKu harapkan,
Tiada lain yang jadi rayuan,
Namun dia Maha mengerti,
Tak mampu Insan bersendiri,
Menempuh dugaan yang menguji,
Naluri..
Fitrah manusia,ketika disulit dengan kesusahan,kegelisahan,kesedihan,kehampaan maka akhirnya akan menemui dan mencari Sang KHaLiq jua...Ujian terbahagi kepada 2 iaitu kesenangan dan kesusahan,ramai diantara kita akan menemui Rabb ketika ditimpa ujian kesusahan namun sedikit bagi mereka yg menerima ujian kesenangan utk menemui Sang pencipta...Firman ALLAH:-"Dan kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik-baik dan (bencana) yang buruk-buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran)" Surah Al' Araf ...dan Firman ALLAH:-" Tidak aku menguji seseorg itu melainkan dengan kesanggupan dirinya..."Surah Al-Baqarah 286....Ingatlah wahai Insan setiap ujian yg diberikan kepadaMu adalah setara dengan kesanggupan diriMu...
Begitu Kias Cinta,
Hadir menghuni jiwa,
Menyatu sejuta rasa,
Kurnia penuh bermakna,
Tak akanKu persia,
Limpah rahmat yang Esa,
Bagaikan jalinan warna,
Yang menyulam Cahaya,
Biasan kasihnya,
Moga tak diUji,
Asyik cinta duniawi,
Mengharap teguh Redho Illahi,
Kerna segala Kurnia,
Hadirnya hanya pinjaman,
Sungguh Ku syukuri Kesempatan,
Bahagia....
Ingatlah insan ,usahlah dikau leka dengan Cinta dunia kerana ia hanya bersifat sementara yang bukan kekal abadi ,jadikanlah dunia sebagai wasilah kita utk mencapai akhirat yang kekal abadi....Dunia diumpamakan seperti kehijauan hutan apabila dilihat dari jauh sungguh canti kemudian apabila dilihat dari dekat ia hanyalah tumbuh-tumbuhan,lalang yg tidak seindah ketika kita melihatnya dari Jauh...Nikmatilah keindahan Dunia jangan sampai KEnikmatan itu menjadikan KIta Lupa akan SIAPA PENCIPTA kita??...Berbahagialah dikau Didunia dan diakhirat dengan berkat kurniaan rahmat Dari ILLAHI,kerana itulah sifat harus Sang Hakaki yang mengIAkan dan meNIDAKKan.

Thursday, May 20, 2010

SahaBat "GeLaS bEsaR"


ukhuwwahfillah....!!!

Alhamdilillah ,bersyukur kepada maha pencipta yg masih memberiku peluang dan juga ketenangan utk daku menulis...dan memberiku kekuatan kpda jari jemariku ini utk menekan setiap huruf dipapan keyboard laptop ini...Ingatlah wahai teman.."setiap kata-kata,mahupun hujah yg dilontarkan serta tindakkan yg dilakukan bukanlah diatas kekuatan dan kehebatan diri kita tetapi semuanya dari ALLAH dgn keizinannya kerana dialah yang mengurniakan setiap perkataan dari mulut kita dan tindakkan dari tubuh badan kita.


3 Rukun berKeluarga:-


1-Berkenalan

2-Faham memahamkan.

3-Tolong menolong,bekerjasama.


Maka 3 rukun ini yg perlu siserapkan kepada setiap Daie dalam diri mereka agar dapat mewujudkan "Wehdatul Fiqh ,Wehdatul amal"...iaitu kesatuan pemikiran ,kesatuan tindakkan ..maka Keluarga merupakan tunjang kepada sesuatu organanisasi islamiyyah.


Kali ini ingin daku bawakan "Keluarga Gelas Besar" yg berlaku pada 20/5/2010:-


PIC&MC = Zulwafi.

Pentadabbur = Zulfadli

Tazkirah = Basith

Isu Semasa = Aman


Flow prog.


6.45pm- peserta bergerak dari Ump ke Masjid di Permatang Badak

7.15pm- peserta menunaikan solat Maghrib

7.50pm-berada di tempat program "Gerai Gelas besar".

8.00pm-program bermula dengan kata2 MC serta permulaan majlis.

8.05-8.10pm -Tadabbur dari Saudara Zulfadli.

"Redho kpda ALLAH"

8.10-8.25pm- Tazkirah dari Saudara Basith.

"10 muwassafat Tarbiyyah"

1)Aqidah yg sejahtera.

2)Ibadah yg sahih.

3)Akhlak yg mantap.

4)Mampu melawan nafsu.

5)Sihat tubuh badan.

6)Berpengetahuan meluas.

7)Menjaga Waktu.

8)Tersusun Urusan.

9)Mampu berusaha.

10)Berguna utk org lain.


8.25-8.30pm-Isu semasa oleh Saudara Aman.

8.30pm-Agenda makan...dimulakan dgn bacaan doa oleh MC dan sesi bergambar.


Keluarga merupakan tunjang kepada gerakan oleh itu method ataupun cara pelaksanaannya boleh dipelbagaikan agar ia memberikan satu impak"minat" pada awal dan akhirnya kepada kefahaman....May ALLAH bless us ,there is no GOD EXCEPT ALLAH.

Tuesday, May 18, 2010

Kerana Cinta

Cinta itu cahaya sanubari,
Kurniaan Tuhan Fitrah insani,
Dan dimana terciptalah Cinta,
Disitu rindu bermula.

Cinta itu tidak pernah meminta,
Tetapi memberi sepenuh rela,
Rasa bahgia biarpun sensara,
Berkorban segala-gala.

Semua kerana Cinta,
Yang pahit manis dirasa,
Menghibur nestapa,
Merawat duka,
Damai dijiwa.

Terpadam api benci permusuhan,
Terjalinlah kasih sayang,
Begitulah Cinta yang di idamkan,
Tanpa nafsu yang mencemarkan.

Dan jangan pula,
Kerana bercinta,
Kita pun leka,
Entah kemana,

Dan jangan pula,
Kerana bercinta,
Tergadai semua,
Maruah agama.

Cinta yang Sejati,
Hanya Cintakan ILLAHI,
Cinta Ayah Bonda,
Tulus Suci selamanya,
Cintakan saudara,
Masa berada Hanya sementara,
Cinta kepada Insan Suburkan dengan,
KETAQWAAN.

Wednesday, April 21, 2010

BerKorbaN DeMi Cinta

Bermula gemilang Cahaya,
Petunjuk pimpinan yg Esa,
Menempuh jalan hidup didunia,
Cabaran yg silih berganti,
Dugaan mematangkan diri,
Mengajar Erti hidup ini.

Alhamdulillah,Ar-Rahman masih lagi memberiku peluang utk daku bernafas didunia ini,dengan hidayah dan petunjuk darinya kalimah toyyibah masih lagi menjadi pegangan diri"Tiada tuhan yg layak disembah melainkan ALLAH".Dunia merupakan tempat persinggahan manusia utk mencari bekalan utk keakhirat kelak,sering kali didalam perjalanan manusia diuji dan diuji silih berganti..firman Allah"Adakah kamu mengatakan kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji"...maka ujian yg diberikan oleh Allah utk melihat bagaimanakah keiman kita,sebagai insan aku diuji dengan satu ujian yg tidak pernah dialami selama ini,namun dengan ujian ini ia membuatkan daku lebih matang dalam mencari erti kehidupan ini...firman Allah"Allah tidak akn menguji seseorg melainkan dengan kesanggupan dirinya"..ingatlah insan bahawa ujian yg Allah berikan setimpal dengan kesanggupan diri kita..so Wafi you can do it..
Berjuang berkorban Demi cinta,
Suka dan duka suratannya,
Mengenal makna jalan Bahagia,
Masa yg silih berlalu,
Semakin hampir saat itu,
Ya tuhan tunjukkan,
Moga selamat bersamaMu.

Cinta merupakan fitrah manusia yg ingin dikasihi dan mengasihi namun cinta yg manakah yg sepatutnya Insan berkorban Deminya,Cinta diibaratkan seperti Pisau,jika baik digunakannya maka ia memberi kebaikan kpada kita jika salah menggunakannya maka ia juga boleh membunuh kita...ingatlah"Cinta yg sejati Hanya Cintakan Illahi,Cinta Ayah bonda Tulus Suci selamanya,Cintakan saudara masa berada hanya sementara,Cinta kpda Insan seuburkan dengan ketaqwaan"...itulah ungkapan yg kita seharusnya semai dihati kita.Insan Masa silih berlalu dan tidak akan undur maka mohonlah kepada Allah agar diberi petunjuk agar kita selamat didunia dan akhirat..firman Allah"berdoalah kepadaku nescaya ku perkenankan"
Biarpun bersama kekurangan,
Namun bersyukur kurniaan Tuhan,
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri,
DenganMu ku punyai segala,
Takkan beruntung seisi dunia,
Limpah kurniakan petunjuk bantuan,
Tempuh hari yg mendatang.


Insan tidak sempurna dan mempunyai kelemahan,justeru setiap insan hendaklah mengasihi insan yg lain dengan adanya kelemahan insan ini dan bukan diatas kelebihan insan ini sahaja,Namun setiap insan hendaklah bersyukur bahawa segala-galanya datang dari Allah yg Maha Agung,tanpa nikmatnya maka Insan = 0,dan setiap insan hendaklah bersedia dengan ujian yg bakal dihadapi akan datang.Iman itu benar adakalanya naik dan menurun,justeru itu hendaklah kita sentiasa Istiqomah dalam mengabdikan diri kpada Allah...firman Allah"Tidakku jadikan Manusia dan Jin melainkan utk menyembahku".
Semoga?
Sisa Hidup ini takkan terbuang lagi,
Setiap detik masa dalam amalan jua,
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan,
Semoga dengan ini jambatan menemui,
Cinta yang sejati,
Itu yang abadi.

Firman Allah"Demi masa sesungguhnya manusia kerugiaan,melainkan yg beriman dan beramal soleh"...Allah telah bersumpah demi masa bahawa setiap insan sentiasa dalam kerugian melainkan dia beriman dan beramal soleh,justeru itu setiap insan hendaklah memanfaatkan masa yang diberi agar Cinta yg dicari selama ini adalah cinta yang sejati dan benar2 abadi,kadang kala insan diuji dengan cinta duniawi dengan mengatakan cinta ini mendekatkan kepada yang Abadi namun ada diantaranya memperolehi kejayaan dan ada diantaranya tewas didalam perjalanannya,inilah hakikat cinta manusia yang fitrahnya lupa bahawa Cinta kepada Allah tidak akan rugi dan menyakitkan tetapi Cinta kepada manusia ada yang kadang kala menyakitkan namun hendaklah ia diperisaikan dengan ketaqwaan.

Berjuang mencari Iman Taqwa,
Perisai menempuh pancaroba,
Penentu tempat rahmat bahagia,
Seiring teman dan saudara,
Pimpinan tauladan baginda,
Ya Tuhan bantulah,
Moga selamat selamanya..

Iman dan Taqwa merupakan perisai bagi insan yang menempuh dugaan dengan adanya 2 perkara ini tindakan mahupun perlakuan manusia akan menjadi terbatas,justeru itu tidak hairanlah ada manusia yg mencari jalan singgkat dalam menyelesaikan masalah seperti membunuh diri yg dianggap penyelesaiaan kpda masalah...firman Allah"Allah mengilhamkan sukma kefasikkan dan ketaqwaan,beruntung bagi yg menyucikannya merugi bagi yg mengotorinya"...Allah telah memberikan kita pilihan jalan manakah yang hendak kita lalui,jikau dikau memilih jalan yg buruk maka dikau tergolong dikalangan org yg fasik yg lagi merugikan dan sekiranya dikau memilih jalan kebaikan maka dikau tergolong dalam golongan org yg bertaqwa yg lagi menguntungkan.Maka pilihlah jalan KETAQWAAN.

Marilah teman2 kita berkorban demi Cinta yg abadi dan janganlah terkorban demi cinta yg sementara..jadikanlah peribadi Rabiatul Ardawiyyah yg hanya mendambakan Cinta yg Hakiki sbagai contoh dan tauladan utk kita semua....As-Saff:3,moga daku terpelihara dari golongan ini.



Tuesday, April 6, 2010

DimenSiOn is THe way To get strong Bond with CREator

Barisan Pelajar2 SeMesTar, Fasilitator dan kerusi.(eeee)

Mandi-manda bersama sahabat..!!!!!sejuk mcm kene cocok jarum.
Bagaimanakah kita untuk mendapatkan hubungan yg kuat dengan Maha pencipta???...Berfikirlah tentang kekuasaan Allah dengan tanda2 penciptaannya,seperti penciptaan langit,alam sekitar sungai dan sebagainya ,so this program actually give us motivation How we want to get the strong bonds to the creator.
SEANDAINYA DUNIA TIADA WARNA ,
TETAPKANKU KAGUMI,
KEDAMAIAN ALAM CIPTAANNYA,
KUDRATNYA KU AGUNGI.