Tuesday, October 19, 2010

Taubat SeoRaNg HaMba


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

Tarbiyyah DaRi sEbUah Lagu :

Sahabat/sahabiah yang sentiasa dirahmati ALLAH sekalian mohon Lagu INI menjadi pendidik utk membawa kita lebih mendekati Rabb Yang mempunyai segala-galanya.Jadikan tEilinga utk mendengar Perkara yAng baik-baik,syukran.Jadikan Hobi sebagai bentuk pentarbiyahan diri...

Sunday, October 17, 2010

TErima Kasih Tuhan




Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi


Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rahmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

Ya ALLAH diriku insan yang lemah dan tidak terdaya,kadang2 terfikir adakah mampu utk daku menempuh dugaan QaLbu KU ini,sedangkan Qalbu Ku ini masih didalam pembentukkan mengenal erti keTaqwaan,Ya ALLAH....namun Ku bersyukur dengan adanya dugaan ini daku dapat mendekatkan diri kepadaMu,sedangkan jika daku dikala kesenangan,dikala alpa dimamah keasyikan dunia yang sementara ini...aku mudah lupa kepadaMu,YA ALLAH..BERMULA DARI DIRIKU DALAM UTK MEMBENTUK HAMBAMU....SyuKran RABB.

Monday, October 11, 2010

Buat DiriKU

Ya ALLAH ...

Pantaskah daku utk memperolehi syurgaMu?,adakah begini sikap dan tingkah laku ahli syurgaMu?adakah daku mampu memperolehi syurgaMu?...


persoalan yg bermain di Minda....


Terkenang daku ketika waktu kecil yg tidak pernah mengenal erti Tanggungjawab dan jugaamanah,tidak penah terdetik utk daku memegang amanah mahupun tanggungjawab,namun hari berganti hari,diri makin menyedari bahawa daku bukan lagi yang boleh dipanggil "epi"....Ya ALLAH keringatKu makin bertambah ketika melihat anak2 kecil yang berlari-lari serta bermain di masjid,taman2 permainan,apatah lagi apabila daku pulang ketika waktu Ramadhan "Alangkah seronok jika daku menjadi seperti Mereka"...Zulwafi "kini dikau sudah bergelar Syabab,yang akan memegang tanggungjawab yang perlu dikau galaskan dipundakMu"....

Firman ALLAH

"Demi masa .sesungguhnya manusia dalam kerugian"(Al-Asr 1-2)

Lantas mengimbau firman ini,bahwa janji ALLAH,manusia itu berada didalam kerugian...

Firman ALLAH "Kecuali orang yang beriman....."(Al-Asr 3)

Kecuali mereka yang beriman...Ya ALLAH tempatkanlah daku ditempat org2 yg beriman...

Hari berganti hari kini daku berakhir SPM 2007..dan mula melangkah kegerbang ilmu yng mencabar di KMPK...Epi ingat pesanan Mak "cari dunia dan cari Akhirat sekali"...inilah kata2 yang tidak pernah daku terlupa dari ingatan ini.

Ya ALLAH banyaknya dosaku....kehidupanku sepanjang hidup bermula kecil hingga naik sekolah menengah...tidak sekali pon memikirkan utk memahami dan mencari apa itu ISLAM...SAHABAT S.M.K.SG.CHOH..

KMPK 2008/2009..Disini daku bermula,daku cuba mencari apa yang diamanahkan untukKu...daku bertemu dengan seorang abg yang boleh dikatakan sbgai manusia dimana ALLAH meletakkan hidayah diatasnya Utk daku..."Ya ALLAH..masukkanlah abg Tarmizi ini dikalangan org2 yg beriman"....

Melihat wajah pemuda ini teringat kisah bersama2 dengan mereka berzikir serta berfikir dalam mengenal ALLAH,kami berjalan bersama2 menuju kesuatu tempat utk mendekatkan diri kepada ALLAH dan cuba mengajak manusia mengenali ALLAH,walaupun diri tidak sempurna tetapi daku cuba mengajak manusia mengenal ALLAH...kerana daku tidak mahu mereka lalai serta alpa seperti mana waktu dahuluku,kadang2 pernah terfikir alangkah ruginya tidak mahu berlajar bersungguh2 di dalam memahami agama....

Imam Said bin Jubair "jika manusia menunggu dirinya sempurna baru hendak menyuruh orang membuat kebaikkan dan mencegah kemungkaran ,nescaya tiada seorang pon di muka bumi ini akan menyuruh orang membuat kebaikkan dan mencegah kemungkaran"

lantas Imam Malik membalas"Siapakah diantara kalian yang sempurna?"

Daku mula melangkah setapak dalam memahami tanggungjawab dan juga amanah yang akan di pikul sebagai pemuda yang dikatakan "syababul islam",pelajari akidah,iman dan juga ihsan didalam ISLAM,berusaha dalam mempelajari ilmu pengetahuan dan ilmu kepimpinan bersertakan ilmu agama...Disini daku banyak belajar dalam mendidik diri utk menjadi seorang pemimpin "aku ni tak pandai nak jadi ketua ni,sbb tak pnah langsung jadi ketua dalam persatuan dan sbgainya dan aku pon kat sekolah menengah tak aktif pon berpesatuan"...inilah lontaran suara daku kepada sahabat,namun daku berbalik kembali matlamat yang perlu ada didalam diriku apabila diberi amanah sebagai seorang ketua "Oh,jika bukan aku siapa lagi yang boleh membantu mereka dan mengawal mereka utk tidak terlanjur dari batas2 syariat Islam"...berfikir kembali,akhirnya daku setuju lalu diberi amanah sbgai Pengerusai Kelab Kebudayaan KMPK 2008/2009(Ya ALLAH seandainya ada yang daku terlupa dalam melaksanakan tanggungjwab sebagai seorang ketua maka ampunilah aku ,sesungguhnya daku hanyalah insan yang lemah)....berakhir kehidupanKu di KMPK dan selangkah lagi ke medan yang paling mencabar setelah di didik dan diberi kefahaman tanggungjawab dan amanah yang akan digalas nanti "cabaran dan halangan yang akan di tempuhi"

Perjuanganku disini, UMP 2009/2013...INSYAALLAH



Daku cuba meneruskan dalam mencari erti perjuangan ,cuba untuk melaksanakan tanggungjawab serta amanah yang diberikan walaupun kadang2 berfikir diri ini lemah dan tak mampu untuk menggalasnya...

Firman ALLAH
"tidak aku bebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupan dirinya"

Firman ini memang telah memberi bukti kepada ku bahawa ia merupakan tanggungjawab yang aku boleh laksanakan dengan kesanggupan diriKu...waktu ini aku diberi amanah sebagai Ketua Fasilitator MIND'S 2010,berat bagiku sebenarnya utk memegang amanah ini,dengan bantuan sahabat dan dirinya yang dikatakan fitrah sbgai seorang lelaki daku berjaya melaksanakan tugas ini walaupun bukan sebagai ketua yang terbaik...

Tanggungjawab dan amanah masih lagi diteruskan,walaupun minat ataupun keinginan lebih kepada perkara yang lebih disukai ....ia juga tanggungjawab tetapi bagiku ianya tanggungjawab yang berbeza melalui kecenderungan diri..

FIRMAN ALLAH "...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu terbaik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu ,padahal itu tidak baik bagimu,ALLAH lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui"(Al- Baqarah 216)

Ingatlah pemuda dikau SYABAB HARAPAN...dikau bukan lagi kanak2 yang tidak mengenal erti tanggungjawab dan amanah tetapi dikau kini bergelar PEMUDA...

Pemuda itu,
Pemuda harapan agama,
Belajar mematangkan diri,
Biarpun tak sejajar dengan usia ,
Mencari titik permulaan,
Dalam mancari redha Tuhan...

Tatkala remaja seusia lalai dengan syurga dunia,
Berhempas pulas si pemuda,
Merangkak dalam zulumat,
Terkapai-kapai,
Mencari Nur dari Tuhan,
Dari zaman kejahilan,
Menuju sinar ketaqwaan...

Hebatnya pemuda itu,
Mengoreksi diri demi meneguhkan iman,
Mendambakan kasih dan cinta dari Tuhan,
Menyerah jiwa dan raga ke jalan kebenaran...

Muslimin yang penuh kehebatan,
Punyai sebuah agenda kehidupan,
Melahirkan generasi Al-Quran,
Pewaris dakwah Rasul junjungan,
Demi pembentukan Islam yang gemilang..

Teruskan langkahmu,
Wahai pemuda harapan,
Usah melatah tatkala dijengah ujian,
Jangan gentar dihujani cabaran,
Sesungguhnya,
Itulah tanda KASIH SAYANG TUHAN...
Moga diriKu menjadi SYABAB HARAPAN ini..AMEEN

Friday, August 27, 2010

Semua MilikMu..


Duhai insan,
Tiap insan yang diciptakan,
Pasti ada kelemahan dan kekuatan,
Alangkah malangnya,
Andai yang kuat mencetus kebanggaan,
Riak dan Ujub menjadi hidangan,
Menyemai benih-benih yang menjadi penghalang,
Menghalang dari mendapat redho tuhan....

Duhai insan,
Jangan dikau takuti tiap kelemahan,
Sesungguhnya ia sesuatu hadiah dari tuhan,
Hadiah istimewa menguji keimanan,
Kelemahan itu bakal mengingatkan diriMu,
Pada pencipta ALAM...

Duhai insan,
Pernahkah terdetik dihatiMu,
Aku bersyukur kepadaMu,
Pernahkah ungkapan dibibirMu,
Aku cinta PadaMu,
Kerana semuanya Milikmu....



Tuesday, August 17, 2010

Impak PUASA

Puasa merupakan satu impak yang besar jika Ummat ISLAM mengkaji dan meneliti kisah dimana bulan Ramadhan Ummat ISLAM telah diuji keimanan mereka lantas ketaqwaan dan keimanan mereka kepada RABB dan kecintaan mereka kepada pembawa risalah kebenaran mereka turun untuk berperang demi untuk agama yang tercinta BADAR AL-KUBRA bukti Impak Ramadhan dengan kemenangan UMMAT ISLAM dikala kualiti lebih utama dibandingkan kuantiti....SALAM RAMADHAN KAREEM.

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN!! let's improve our IMAN

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi yang masih memberiku peluang utk daku merasi nikmat RAMADHAN ,moga daku dapat merasainya sehinggalah pengakhiran bulan ini yang dipenuhi rahmat dan keampunan,YA ALLAH,moga kalian sentiasa diberkatinya.

Ramadhan merupakan bulan mendidik jiwa agar kita tidak dibuai mimpi lena dek dihayun dengan keindahan dunia.Jadikanlah bulan ramadhan ini sebagai garis permulaan utk kita semua berubah dan pengakhirannya ataupun garis penamatnya adalah keselesaan kehidupan di akhirat kelak,biar susah payah didunia agar kita bersenang-lenang di akhirat kelak.

"Puasa boleh digambarkan seperti Nasi putih yang dijadikan menu kebiasaan kita,dan Adakah kita akan memakan sekadar nasi putih sahaja??semestinya tidak,lantas lauk pauk diumpamakan ibadah yang dikerjakan sewaktu bulan Ramadhan yang dijadikan menu bersama nasi putih agar ia menjadi satu hidangan yang istimewa kemudian kenikmatan rasanya di umpamakan dengan kenikmatan di syurga kelak"

Sahabat sekalian,
Let's improve our IMAN...

Monday, August 2, 2010

TiaDa Apa-Apa Pada MaNusiA.

Dengan Nama ALLAH MAHA PEMURAH,lagi MAHA PENYAYANG....moga kita sentiasa dibawah Bayangan Rahmatnya...

Alhamdulillah bersyukur kepada ALLAH tuhan sekalian ALAM yang meberiKu kesempatan untukku Menulis pada kali ini,dalam mencari Eri kehidupan yang bersifat sementara ini bagi menggapai kehidupan yang Kekal Abadi.

Mari kita merenung serta melihat kembali Apakah yang telah kita lakukan selama kita bertapak dimuka bumi ini?Apakah perubahan yang dilakukan pada diri kita ketika masih diberikan Nikmat kehidupan didunia ini?Adakah cukup dengan bekalan ini untuk Kita mencapai kehidupan yang selesa di Akhirat nanti?....Marilah Teman,Rakan,Sahabat untuk kita kembali kepada Fitrah ,iaitu ubudiyyah /pengabdian diri kepada ALLAH.

"Daku melihat IBU KU yang saban kali sebelum ketibaan Aidul Fitri ,IBU KU akan membuat Kuih yang di beri nama 'Kuih TAT ' yang merupakan kuih tradisional bagi penduduk Kampung Sungai Choh,didalam menghasilkan kuih ini ia memerlukan beberapa ramuan seperti tepung,minyak,gula dan sbgainya...pendek kata IBU KU hanyalah wanita yang menyusun,membentuk,mengadun,membakar sehinggalah selesai menjadi KUIH TAT kemudian apabila hendak dijual ia akan diberi nama sempena nama pembuatnya iaitu KUIH TAT MASLAH,maka ini adalah sebutan kebiasaan apabila seseorng menghasilkan sesuatu Tetapi KETAHUILAH HAKIKATNYA TIDAK.Manusia berkata begitu hanyalah utk mempermudahkan kita sahaja, tetapi HAKIKATNYA JIKA KITA DETAILKAN KEMBALI MAKA ALLAH SEBENAR PENCIPTANYA.."

Jelas apa yang kita lihat disini iaitu segala benda ataupun perkara dimuka bumi ini akan kembali kepada ALLAH ataupun akan berpusat kepada ALLAH seperti manusia apabila susah,gelisah ia akan kembali mengingati Sang MAHA pencipta utk merintih ataupun meminta pertolongan ,Firman ALLAH:-

"Berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan" Al-Mukmin -60.

Kadang kala kita sering mendegar sebutan ini didalam Filem barat sbgai contoh.."OH MY GOD PLEASE SAVE ME"...lihat maka ini adalah sbgai contoh bahawa manusia akan berpusat kembali kepada tuhannya dalam menghadapi kesukaran.

Manusia merupakan satu bentuk penciptaan ALLAH yang dikurniakan pelbagai kenikmatan seperti panca indera,akal yang membolehkan mereka berfikir,kadang kala manusia mudah lupa diatas nikmat yang diberikan lantas satu sifat akan timbul iaitu perasaan Bongkak,Sombong,Bangga diri diatas nikmat yang diberi,ada juga diantara kita yang merasakan dirinya hebat diatas kelebihan yang dimiliki tanpa merenung kembali segala-galanya berpusatkan kepada ALLAH iaitu yang datang daripada ALLAH,sebenarnya ILMU yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia teramatlah sedikit berbanding ILMU ALLAH yang tiada batasnya Firman ALLAH:-

"Katakanlah;Sekiranya lautan menjadi tinta utk menulis kalimat-kalimat tuhanKu,sungguh habislah laut-lautan itu sebelum habis(ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula" Al-Kahfi-190.

Hebatnya ILMU ALLAH,maka sepatutnya tiada satu lafaz pun yang sepatutnya ,manusia lontarkan "aku memang hebatpun",subhanallah mari kita merenung kembali dan bermuhasabah diri.Ingatlah insan,manusia hanyalah mengkaji,menyelidik dalam mencari sesuatu kebenaran yang bertitik kan kembali untuk mencari betapa hebatnya kekuasaan ALLAH,Firmannya:-

"....Dia mengaturkan urusan(makhluknya) dan menjelaskan tanda-tanda(kebesarannya),agar kamu yakin akan pertemuaan dengan TuhanMu" Al-Ra'd-2.

"Tiada apa-apa pada manusia"....inilah ungkapan yang bermain di Benak ini,setelah melihat kembali segala-galanya datang daripada ALLAH,hatta kata-kata kita,ataupun hujah kita,jika ALLAH berkehendak utk tidak mengeluarkannya daripada mulut kita maka kita tidak dapat berkata2 pun,Pergerakkan kita jika ALLAH tidak izinkan untuk kita bergerak maka kita akan kaku seperti patung yang diciptakan manusia,tetapi ingat hatta patungpun bahannya diciptakan oleh ALLAH.

Cinta ALLAH,Cinta RASULULLAH,Cinta JIHAD.....Let's START again,begin our new life to arkib MARDHOTILLAH.